facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

Inspirasi Syahadah

Everyday is a miracle :)





Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah berkesempatan nak aktif semula blog. Rindu sungguh nak berblog kembali. Maklumlah, sejak 2005 Syahadah berblog. Masa tu buat kat blogdrive. Syahadah.blogdrive.com. Entah wujud ke tak lagi. Masa tu kat Nilam Puri. Kemudian, buat pula kat blogspot. Kemudian, buat pula beberapa blog lain lepas tu. Ni la sejenis Syahadah. Sukar nak istiqamah.hihi. Tapi Insha Allah harap ada kebaikan yang tersimpan.

So now Syahadah dah decide nak aktif semula di blog dan kurangkan di FB. Sebabnya ada banyaklah. Antaranya :-

1) Blog ni boleh tulis apa kita mahu, tak terlalu bound to T&C. Contoh kalau FB, teringat dekat pasangan kawan Syahadah, FB dia kena banned sebab dia ada tulis tentang gerakan LGBT, dan agak vokal. Jadi bayangkan dia tak boleh akses masuk FB dia sendiri, dan gambar kenangan dia dengan family, dan juga semua hasil penulisan dia hilang. Memang sedih kalau jadi kat diri sendiri, tapi apakan daya. Kena akur sebab bila kita sign up FB pun, kita dah bound to agreement.

2) Blog ni agak secret dan tak expose. Bila FB, kadang tak lepas perasaan nak meluah tu. Hehe. Tak lepas, tak puas orang kata. Sebab apa, kita terlalu exposure dan subject to criticsm, to likers or haters, share and all that. So kadang, kita tak dapat terlalu ikhlas jika nak posting sana, Tulis pendek pun tak kena, tulis panjang pun tak kena. Tu as for Syahadah la ya, orang lain mungkin lain.

3) 





November 02, 2018 No Comments

Assalamualaikum laaaaama sungguh tidak menulis di blog kesayangan ini.
Selepas overhaul interface.. baru kali ini saya bercadang dan menguatkan diri untuk menulis lagi. Semoga Allah beri kekuatan.
.
Tajuk post ini tentang masa depan.
Masa depan yang sangat menggerunkan pastinya.
Kerna apa saya kata ia menggerunkan?
Ya.. sudah pasti kerana ia adalah suatu misteri yang tidak ada seorang manusia di dunia ini yang akan pernah tahu..
Akan bagaimana masa depannya..

Bagaimana kehidupannya di masa depan?
Bagaimana hayatnya?
Bagaimana pekerjaannya?
Bagaimana jodohnya?
Bagaimana kesihatannya?
Bagaimana rezekinya?
Bagaimana matinya?
Bagaimana mizannya?
Bagaimana kehidupan selepas matinya?
...

Ya Allah..sungguh kami cemas bila memikirkan semua ini.. Namun.. ternyata untuk risau pada hal-hal masa depan yang bukan urusan kami, tentulah tidak patut sama sekali. Ini kerna urusan masa depan kami adalah hak Mu Ya Allah.. Yang dibutuhkan dari kami adalah USAHA DOA DAN TAWAKKAL.

"JIKA KAU TELAH YAKIN BAHAWA ALLAH TELAH MENYUSUN HIDUPMU SELAMA INI DENGAN SANGAT TERINDAH, MAKA UNTUK APA KAU RISAU TENTANG MASA MU SELEPAS INI?"

Sungguh kata-kata ini sangat mendalam.
Sangat membekas dan sangat menenangkan.
Hanya kita yang tahu rasa akan segala keindahan pengaturan Allah pada kita selama ini sejak dari kita di alam rahim.

Allah telah menjagamu dari dalam rahim..
Dengan memberimu makan, memberimu keluarga dan nama yang baik, mana mungkin Allah akan tinggalkan dirimu selepas ini..

Hiduplah dengan damai dan tenang..
Jangan kecohkan pada sesuatu yang bukan hak kita..
Jangan sibukkan pada sesuatu yang bukan urusan kita..

Insha Allah Dia akan sentiasa menuntun kita..

Syahadatul Hafizah
Teratak Ilham
Besut
Cuti Raya Haji 1437H / 2016M

September 13, 2016 No Comments
Cinta Adam Hawa atau cinta antara lelaki perempuan merupakan suatu bentuk manifestasi keagungan dan kecintaan Allah kepada makhluk.

Bukan sedikit ayat-ayat dalam al-Qur'an yang menceritakan tentang perihal cinta ini. 

Soroti sahaja ayat-ayat Nya yang bermula dengan ..
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan kamu berpasang-pasangan.."
atau ayat-ayat yang mengandungi perkataan زوج.


May 08, 2016 No Comments







Tiada yang lebih terindah
Selain kita, kau dan aku bersama
Biar ku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu

Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah..
Kaulah segalanya

Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu dewasa dan sempurna
Setiap air matamu hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu

Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyumanmu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang ..


March 25, 2016 No Comments



Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat untuk kita pagi ini, untuk terus dapat menikmati sebuah kehidupan. Dan pastinya, semoga hari ini akan jadi lebih baik dari semalam. Because everyday is a miracle! Insaf dengan ayat UAI di atas..huhu..menerobos diri... benar dalam Subuh Jemaah itu ada rahsia besar untuk orang-orang besar!! Pada yang belum solat tu mari segera solat ya. Kejut sahabat anda, suami anda dan anak2 anda. Paling hebat kalau anda dapat hambat suami anda ke masjid untuk subuh berjemaah! :)

Alhamdulillah juga, Allah bagi kekuatan untuk mentransformasikan semula blog kesayangan ini, setelah beberapa kali mencuba membuat beberapa website baru. Namun tetap tidak dapat membuatkan diri ini beralih dari blogspot percuma kepada website berbayar. Bukan kerna bayaran sebenarnya, namun kerana easy handling, rapid loading dan sebagainya. (Tapi bercadang untuk point ke .com selepas ini doakan. Begitu juga untuk mengemaskan semula facebook dan social media yang lain. Walaupun ia bukanlah dilihat paling penting, tapi semua ini mempunyai signifikan yang besar khususnya dalam bidang dakwah, ukhuwwah dan tijaarah!

Insha Allah, saya akan mula menulis semula di blog ini dan Alhamdulillah, telah berjumpa dengan dua web services provider yang sangat bagus! dlvr.it dan ifttt.com membuatkan kita boleh mengintegrasikan antara akaun blog dan social media kita. Alhamdulillah semoga kerja lebih efektif dan masa lebih berkah.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk meng update sebarang posting dan aktivi serta lain2 lagi di blog. Kerana apa? Kerana blog ibarat satu gudang besar yang boleh disimpan dan diakses oleh seluruh dunia, sedangkan status di facebook agak sukar dicari semula dan disimpan. Semoga ini semua menjadi saham di akhirat bahkan boleh dibaca hingga ke generasi depan.

Okey sahabat ini sahaja dulu untuk kali ini.
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk mencapai apa jua impian kita. Dan semestinya impian utama kita adalah untuk masuk syurga dan bertemu Allah dan Baginda Rasulullah s.a.w

Salam Sayang, Syahadah.

November 02, 2014 No Comments







Assalamualaikum. Kali ini nak kongsi tips ringkas namun amat penting. Tips tentang bagaimana mengajar anak untuk tidur asing.

Kini hari demi hari terus berganjak. Anak kecil di ribaan dan dakapan sudah semakin bertambah umurnya. Kefahaman si kecil juga sudah makin meningkat. Alhamdulillah. Tiba masa untuk mengajar anak tidur berasingan dari ibu dan bapa. Proses ini suatu proses yang agak mencabar dan perlu dilakukan berdikit-dikit.

Kebaikan mengajar anak tidur asing
1. Latih kendiri anak dan jati diri mereka
2. Ibu bapa mempunyai ruang waktu eksklusif bersama.
3. Anak lebih berdikari dan kurang manja.
4. Lebih bijak dan matang kerana diasuh untuk lebih menghormati orang tua.
5. Sunnah nabi memisahkan tempat tidur anak tatkala anak sudah berpisah susu dengan ibu(2 tahun ke atas)
6. Labih berani.
7. Lebih cerdik kerana banyak melakukan sesuatu dengan sendiri
8. Anak menjadi lebih bertanggungjawab.

Cara mengajar anak tidur asing
1. Babitkan anak dalam memilih langsir dan cadar kesukaannya.
2. Sama-sama menghias bilik. i.e : mengecat, menampal, melukis.
3. Memberi kata-kata perangasang - i.e : "Adik anak yang baik dan berani. Anak yang baik dan berani dah kena tidur sendiri."
4. Menemani dan berbual-bual sebelum anak tidur.
5. Menyanyi atau membacakan buku cerita untuk anak sehingga mereka merasa tenang dan selesa.
6. Ambil masa (+/- 15 minit) untuk menemani anak di biliknya.
7. Menyediakan permainan dan kelengkapan kesukaannya, supaya dia lebih suka berada di dalam biliknya.
8. Bayi mesti mempunyai katil atau tempat tidur sendiri walaupun berada di bilik yang sama dengan ibu bapa.
9. Berikan pelukan dan ciuman sambil mengucapkan kasih sayang dan selamat malam
10. Ajarkan anak doa tidur.i.e : doa tidur dan ayat kursi.
11. Jangan memaksa secara berlebih-lebihan atau menakut-nakutkan mereka, cuma berikan lebih galakan secara positif.

Semoga berjaya ya ibu bapa sekalian :)

p/s: Sangat comel kan lihat anak-anak tidur. Tenang dan damai je

Salam Sayang, Syahadah <3 p="">

July 23, 2014 No Comments


19 Jun tidak akan kulupakan..
Dia bersamaku sedari awal..
Mengelap keringatku dan memegang jemariku..
Saat aku berjihad melahirkan seorang umat Nabi Muhammad..
Pewaris perjuangan Nabi..
Dan pewaris perjuangan kami..
Nur Insyirah Solehah nama diberi..
Hasil gabungan darinya (Insyirah) dan diriku (Solehah)..

19 Julai tidak akan kulupakan..
Hari lahirmu yang istimewa..
Tahun kedua kami menyambutnya bersama..
Seorang suami..
Yang umpama teman dan kekasih..
Bahkan kadangkala seperti abang, adik, ayah, anak.. Seorang sahabat sejati..
Di dunia..
Yang selalu menyokongku, membantuku, memahamiku, bersabar denganku..
Dia yang muncul dalam mimpi istikharahku..
Saat aku tidak kenal siapa dirinya..
Membuat aku kuat menantinya..
Dan semoga di Jannah sana..
Hanya dia..
Satu-satunya..

Aamiin..
Baitul Jannah
Gombak
Ramadhan.

July 21, 2014 No Comments
Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mendapat cirit-birit? 
Ramai ibu bapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidap cirit-birit kerana bagi bayi baru lahir, pembuangan air besar berlaku secara kerap.

Pembuangan air besar yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau formula.

Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan, dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari. 

Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan membuang air besar semasa atau sebaik selesai menghisap susu ibu.

Ini berlaku kerana apabila perutnya diisi penuh, susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pembuangan najis.

Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan akan membuang najis satu atau dua kali sehari sahaja.

Pembuangan najis bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari dan najisnya biasanya agak kental dan berbau busuk. 

Najis cair yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal.

Namun, bayi anda mungkin mengalami cirit-birit jika: 


  • Selepas usianya mencecah sebulan, dia mengeluarkan najis yang busuk, cair dan berlendir (seorang doktor mengandaikannya seperti menghembuskan hingus ke dalam lampin bayi) pada kadar yang kerap iaitu membuang najis setiap kali menyusu. 
  • Dia juga demam atau berat badannya menurun. 


Bawalah bayi anda berjumpa pakar kanak-kanak atau doktor keluarga jika ini berlaku.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

 Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh: alergi (baca lebih lanjut mengenai alergi dan alahan terhadap susu dan alergi terhadap makanan);susu formula tidak disediakan dengan sempurna;selesema; antibiotik; keracunan makanan;kekurangan enzim tertentu, walaupun ini sangat jarang.  

Bagaimanakah saya merawat cirit-birit bayi saya? 
Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripadaternyahhidrat. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam.  ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk). Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa diaberenang untuk dua minggu seterusnya.

Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit? 
Ya. Elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Haruskah saya hentikan makanan pepejal? 
Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya makanan pejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan nyahhidrat.

Bilakah saya harus menghubungi doktor?
Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda membuang najis yang cair selama lebih daripada dua hari, jumpalah doktor. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh membawanya kepada doktor atau pakar kanak-kanak jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:  kulit atau bibir kering;lemah lesu;menangis tanpa air mata;ubun-ubun yang mengecut;tangan dan kaki pucat;air kencing kuning pekat;kurang kencing berbanding biasa. Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian:  cirit-birit dan muntah lebih daripada 24 jam; demam lebih daripada 24 jam;enggan minum apa-apa; terdapat darah dalam najisnya;perutnya membuncit.

Bagaimanakah saya dapat melegakan ketidakselesaan bayi saya?
Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin kerana mudah untuk punggung bayi menjadipedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah ketidakselesaan jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakinlah bahawa bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.  Bagaimanakah saya dapat mengelakkan bayi saya mendapat cirit-birit lagi? Amalan kebersihan yang baik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah dipindahkan daripada tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda bersih-bersih selepas menggunakan tandas atau selepas menukar lampin bayi.


Sumber: babycenter.com.my
July 16, 2014 No Comments

Tatkala Ramadhan menjelang tiba, sudah pasti setiap ibu yang menyusukan anak melahirkan kebimbangan di hati. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatit dalam Rukun Islam tetapi kegusaran mengenangkan bagaimana untuk menyusukan bayi sedangkan diri terikat dengan ibadah puasa. Yang dikhuatirkan ialah pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan ibu tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan berpuasa. Itulah stigma yang seringkali kita dengar bahkan seringkali disogokkan oleh kebanyakan orang.

Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara- perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.

Namun, dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.

Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran ibu- ibu yang menyusukan bayi berkenaan dengan puasa. Namun, ia mungkin akan terjawab jika kita sendiri faham akan erti pengurusan puasa dan juga tahu akan natijahnya dari sudut perspektif sains. Kadangkala bukan ibu yang menyusukan bayi bimbang akan kesihatan tetapi masyarakat sekeliling ataupun keluarga terdekat yang mempengaruhi minda dan pemikiran ibu- ibu bahawa berpuasa boleh membahayakan bayi yang disusui. Lantas, sebab itulah perlunya pemahaman yang mendalam tentang puasa dan peri pentingnya penyusuan susu ibu agar pilihan untuk berbuka puasa itu dapat diminimumkan. Ia merupakan satu langkah yang proaktif supaya tidak timbul masalah yang mendatang dan kesihatan ibu dan anak juga akan diberkati Allah natijah daripada manfaat puasa itu sendiri.

Banyak kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu akan menyebabkan bekalan susu ibu akan berkurangan. Jika kita lihat, berpuasa hanya melibatkan penahanan diri daripada makan dan minum hanya memakan tempoh yang sekejap. Jadi tidak timbul masalah dehidrasi jika kita mengamalkan cara pemakanan yang telah dianjurkan dan minum air dalam kuantiti yang cukup. Ada sesetengah individu yang kekurangan air di dalam badan adalah disebabkan kurangnya pengambilan air yang mencukupi sewaktu berbuka puasa dan kesannya adalah kepada badan untuk keesokan hari. Badan yang kekurangan air akan menyebabkan keletihan yang berpanjangan, sebab itulah disarankan agar mendapat bekalan air yang mencukupi untuk badan segar dan bertenaga terutamanya bagi ibu- ibu yang menyusukan bayi.

Ada juga sesetengah pendapat mengatakan bahawa, jika ibu- ibu berpuasa, akan meningkatkan penghasilan toksin di dalam badan dan akhirnya juga terdapat dalam susu ibu yang akan memberi kesan terhadap bayi. Namun, perlu kita ingat, bayi juga memiliki sistem imun yang dapat menahan diri mereka daripada serangan penyakit. Tanggapan sebegini perlu kita ambil iktibar dan diterjermahkan dalam ertikata puasa yang kita jalani. Allah mensyariatkan berpuasa kepada hamba- hambaNya kerana pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi daripadanya. Terpulang kepada diri kita untuk memanifestasikan puasa dalam kehidupan yang sebenar dengan situasi seperti ibu- ibu yang menyusukan bayi. Kajian yang dijalankan di Afrika Barat mendapati bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi tetapi kemungkinan komposisi susu ibu tersebut akan berubah. Hal ini adalah sejajar jika dikaitkan dengan pemakanan ibu semasa bulan Ramadhan kerana nutrien susu adalah bergantung kepada pemakanan ibu. Seandainya pemakanan sihat dan sempurna yang diamalkan, ia tidak akan mengundang masalah terhadap komposisi susu tersebut tetapi jika terdapat kekurangan dalam pengambilan makanan, kemungkinan komposisi tersebut akan berubah. Namun, ia tidak mendatangkan masalah terhadap kesihatan bayi. Ini kerana, ia boleh dilihat sebagai suatu kitaran iaitu, ibu- ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Selagi mana pemakanan sihat diutamakan, tiada masalah yang diundang buat ibu dan bayi yang menyusu.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat juga menunjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah. Penyusuan susu ibu digalakkan di dalam Islam dan dalam masa yang sama disyariatkan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap manusia khususnya yang bergelar ibu. Malah ada pula rukhsah yang dibolehkan berbuka puasa, istimewa untuk golongan tersebut jika berlaku kekhuatiran dan keadaan yang tidak diduga. Tetapi, bagi kita yang ingin merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian- kajian sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.

Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Secara tuntasnya, sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulanpuasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah.

Sumber: Ditulis oleh Norkumala binti Awang. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8002-ramadhan-dan-penyusuan-ibu

July 16, 2014 No Comments



Qadarallah.. hari ini sakit perut cirit birit.. entahlah..mungkin kenduri aqiqah semalam atau tomyam kaw-kaw tengah malam semalam. kesian solehah pun cirit birit.. Nak makan pil chikit teck aun x boleh, kerana puasa hari ini. Habiskan baki puasa yang perlu ganti masa bersalin Solehah dulu :)
Hari ini tunggu juruteknik telekom dan streamyx datang pasang telefon dan streamyx.. semoga perjuangan lebih laju dengan adanya streamyx.. terfikir juga untuk ambil unifi. tapi 2 org sahaja..kurang berbaloi.. jadi, rsanya streamyx 1mbps pun Insha Allah ok. untuk siapkan master, design, bisnes online dll. Dan dapat telefon kepada fix line secara percuma. Boleh bergayut dengan mak di kampung :))

Hobi tengok cerita korea dan dengan lagu korea dah berkurang lepas berkahwin dan ada baby. mungkin kekangan masa, atau lebih dari itu sudah faham tanggungjawab hakiki di dunia ini.. semoga Allah redha. Sekarang berjeda seketika dari kerja. Kembali ke tugas hakiki menjaga baby dan mengurus rumahtangga. :)


Suamiku yang tercinta berkata padaku, bilamana aku menceritakan tentang keseronokan menjadi tutor dahulu dan passionku sejak kecil untuk menjadi pensyarah, dan bilamana aku tidak tahan dengan bidang perguruan (khususnya di sekolah antarabangsa yang sistemnya completely 100% berbeza dengan sistem Malaysia), dia sanggup untuk menyaraku sehingga aku mencapai cita-citaku, bahkan sehingga ke akhir hayat kami. Malah, keputusan berhenti kerja ini juga antara saranannya, melihatkan diriku yang keletihan kerana bekerja, menyiapkan master, online business dan menguruskan bayi kecil dan rumahtangga, juga bergerakerja jemaah.

Juga antara starting point bilamana keretaku dipecah ketika singgah di pasar malam sewaktu pulang dari kerja, dan laptop sekolah dicuri dan aku terpaksa menolak gajiku untuk membayarnya. Hatiku pun mula tawar, dan aku serta suamiku mula menilai kembali persepsi kehidupan ini.. Tentang apa yang kami mahukan dari kehidupan ini, tentang apa yang kami harapkan dari pernikahan ini, tentang masa depan keluarga dan cita-cita, impian dan passion kami..
Alhamdulillah Ya Allah..syukur..

Tapi Insha Allah untuk pengajian PhD ku, aku tidak akan membebankannya, Insha Allah aku akan memohon MyBrain (MyPhd) atau biasiswa.

Ya Allah rahmati langkah kaki kami...

June 16, 2014 No Comments


1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam? Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah? Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam? Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4. Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya? Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam? Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda. Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita. Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita.

Salam Sayang
February 24, 2014 No Comments
Bila bayi demam, mungkin ada yang pelik kan kenapa bayi atau kanak-kanak selalunya kerap ingin dipangku ibunya, didukung ibunya atau sekadar berada berdekatan ibunya?

Mengikut kajian, bila bayi demam atau sakit, bayi akan berasa lega dan merasa kurang sakit apabila berada dalam jagaan dan dakapan ibunya. Ini membuatnya berasa selesa dan dilindungi khususnya ketika melalui fasa demam, tidak sihat dan mencemaskan, suatu perasaan baru yang tidak pernah dialaminya.


  • Justeru, dakaplah anak anda ketika dia demam atau sakit. 

  • Biarkan dia di ribaan anda. 

  • Biarkan jika dia ingin bermanja dengan anda. 

  • Belailah dia. Rawatilah dia. 

  • Sembuhkanlah kesakitan yang sedang dialaminya. 

  • Luangkan masa buatnya sekalipun anda sibuk. 

  • Anak anak adalah amanah ibu bapa.

  • Khususnya ibu, dekatkanlah anak ke jantung anda. 


Dia merindui denyut jantung anda-suatu irama yang paling disukainya di dalam rahim.
Bahkan irama yang terus disukainya walaupun selepas lahir.

Rasakan kekhuatirannya, kesakitannya, ketakutannya.

Ibu bapa khususnya ibu, andalah pelindung terbaik untuk anak anda!

Justeru, menjadi tanggungjawab dan amanah ibu untuk membekalkan nutrisi yang lengkap pada anak. Teruskan penyusuan susu badan sehingga 2 tahun. Sepertimana yang diketahui, susu badan membekalkan imuniti yang tinggi pada anak. Anak akan tidak mudah diserang masalah kesihatan

Selamat menjaga amanah Allah dengan gembira.

Anak adalah terapi dan aset kita dunia dan akhirat!

Namun juga, sering terjadi ibu-ibu kurang bekalan susu badan, atau hampir terhenti walaupun anak masih kecil. Malah, susu juga kurang berkualiti dan khasiat, kerana ibu tidak menjaga pemakanan sendiri dengan betul.

Jangan risau. Cubalah ikhtiar dengan suplemen kesihatan untuk menambahkan kuantiti susu badan dan menambahkan kualiti dan khasiatnya.


a. anak-anak mudah demam kerana antibodi


February 24, 2014 No Comments
Alhamdulillah... Itu sahaja mampu kuluahkan.. Atas semua kurniaanMu..
Khususnya Puteri Hati Nur Insyirah Solehah binti Mohd Ridhuan yang berumur 8 bulan. Solehah sudah pandai sebut ma-ma-ma.. da-da-da.. dan beberapa perkataan lain lagi yang kurang jelas. Dia juga sudah pandai meniti di tepi dinding dan juga sepanjang sofa.. Sangat suka bermain dan tersenyum manis..
Tapi 2 minggu lepas Solehah dan uminya kena chicken pox.. dan bermula dua hari lepas.. Solehah demam panas.. Hari ini akan ke GMC sekalu lagi untuk mengambil darah.. maklumlah.. imunnya rendah selepas jangkitan viris chicken pox.. dan sekarang banyak pula masalah kesihatan bayi dan kanak-kanak yang menular..
Allah..hanya padaMu kami semua memohon pertolongan...
Aamiin...
Baitul Jannah Gombak..
February 22, 2014 No Comments






Hari ini mahu mula menulis lagi kerna dengan menulis jiwaku terasa hidup.. aamiin..
Teruslah menulis Syahadah.. Itu cara untuk menyubur imanmu.. Itu cara untuk menambah ilmumu.. Itu cara untuk menambah halus perasaanmu.. Itu cara untuk mengasah mindamu.. Itu cara untuk menambah amalmu..

Sudah beberapa blog kuwujudkan selepas blog ini. Namun semuanya nampak sahaja tidak menjadi. Justeru nampaknya aku berkeputusan untuk kekal menulis di sini sahaja. Dan menjadikan ini satu-satunya blog peribadiku.

Sangat sudah lama tidak menulis. Ya. Begitu juga penulisan disertasiku yang sempat tertunda selepas melahirkan bayi. Juga penulisan beberapa projek penulisan juga berlangsung lambat. Boleh dikatakan kerna aku sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai seorang isteri dan ibu. Yang nyatanya tidak semudah dijangka namun sebenarnya juga tidak sesukar ditebak.
Atas dari segalanya.. walau begitu.. selalu sahaja inayah dari Allah.. begitu juga sekarang. Aku sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Punya suami yang sangat baik.. sangat sempurna untuk diriku.. banyak melengkapi kelemahanku dan banyak bersabar denganku..

Ya.. mungkin saja aku sudah tidak banyak menulis kerna kurangnya masa.. Juga kerna sudah ada seseorang istimewa yang mendengarkan jiwaku.. Mungkin juga kerna kurangnya membaca lalu membuat kurangnya menulis.. Atau mungkin juga aku lebih menulis disertasi dari di sini.. Atau juga limitasi internet membuat ia sedikit tergendala.. Apapun.. Alhamdulillah selepas 1 tahun perkahwinan.. dan selepas melahirkan seorang khalifah Allah.. aku makin faham akan erti sebuah kehidupan (semoga.. amin)..

Insha Allah.. Semoga Allah senantiasa bersama dengan langkahan kakiku.. Aamiin..
Ada beberapa projek. Aku namakan sebagai 'projek kehidupanku untuk akhiratku'. Semoga ia berhasil dijalani dengan baik.

Antaranya adalah: 1) Bisnes Custom Made Heejabs - on the run 2) Dirasah Master of Quran and Science - on the run 3) Dirasah Doctor of Philosophy (Quran and Science) - to be 4) TM AFC - on the run 5) 3N NG - on the run 6) The Best teacher - starting December 2013 7) the best daughter - on the run 8) the best daughter in law - on the run 9) the best wife - on the run 10) the best ummi - on the run 11) the best sister - on the run 12) the best worker - on the run 13) the best author - on the run.
I have to focus on all these. Seems quite much assorted.. but it's just some compared to Prophet SAW..

Insha Allah.. Ada jalannya..

Salam jihad, Syahadah al-Hafeezah.
October 22, 2013 No Comments

Syukur atas segalanya Ya Allah..
Khususnya untuk perkahwinan kami yang akan berusia setahun pada 25 Ogos 2013 ini..
Dan kelahiran mujahidah solehah yang diberi nama Nur Insyirah Solehah binti Mohd Ridhuan/Syahadatul Hafizah pada 19 Jun 2013 yang lepas..

Alhamdulillah...

*Belum puasa satu hari pun lagi. Allah..semoga berjaganya malam bersama anak kecil ini dan usaha menguruskannya akan dinilai ibadah di sisi Mu Aamiin...

Salam Lailatul Qadr :)

Published with Blogger-droid v2.0.9
August 03, 2013 No Comments




Alhamdulillah, sudah selesai walimah di Teratak Ilham Besut pada 25 Ogos yang lepas.
Insha Allah pada 17hb November ini pula di Kubang Gali, Tanah Merah Kelantan.

Ya Allah, atas cepatnya pengaturanMu pada urusan kehidupanku yang baik ini...
Aku sangat bersyukur sungguh2 padaMu..

Di saat tanganku masih berinai pertunangan, aku sudah dinikahi dan menaiki pelamin..
Di saat tanganku masih berinai pernikahan.... mungkinkah aku sudah menjadi bakal ibu?

Wallaahu a'lam =) Aaamin ~

 
 Like, Share and Comment This Post =)
October 09, 2012 No Comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah akan berwalimah...
Syukur padaMu Ya Allah..
Pada 7 Syawal 1433 H bersamaan 25 Ogos 2012 bersekali dengan Abang Long saya...

Maaf pada followers blog saya sudah agak kurang posting..
Kerana beberapa kekangan..

Lawati blog kami
http://ridhuansyahadah.blogspot.com/

dan boleh tinggalkan ucapan Insha Allah =)
http://ridhuansyahadah.blogspot.com/p/buku-ucapan.html

DOAKAN KAMI =')
Subhaanallah....
Kumpulkan kami dalam keredhaanMu di dunia dan di syurgaMu..
Aamiin...


 Like, Share and Comment This Post =)
July 15, 2012 1 Comments

Subhaanallah... sudah lama tidak berblogging... erm.. maksudku berblogging dari hati..
Em.. mungkin saya banyak posting di facebook.. sampai-sampai kadangkala terasa bersikap zalim pula.. maksudku..tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Di sebalik banyaknya hambatan dan taklifan amanah..

Ya, pesan murabbiku.. "Teknologi dan segala pinjaman Allah adalah umpama pisau.. Terpulang kita nak guna untuk potong makanan buat menyediakan makanan terlazat.. atau kita nak guna untuk tikam orang..cederakan orang dan sebagainya..."

Akhirnya terbata-bata saya menuliskan kembali di posting blog. Insya Allah, ia kekal, lebih privasi, namun senang juga diakses buat menambahkan info dan perkongsian sesama warga dunia.. berbanding facebook. Agaknya kalau ia dihack atau ditutup operasinya, bisa bisa semua databasenya hilang. Rugi juga sebenarnya kalau difikir fikir.. untung juga sudah tukar pada timeline walaupun agak memeningkan, kerna kita bisa akses pada post yang lepas lepas..

Tidak tahu untuk menulis apa setelah lama tidak menuliskan.. saya rasa tidak ada orang akan rindu pada posting saya.. kerna saya bukanlah ikon atau selebriti..
Tapi saya tetap optimis, mahu jadi 'somebody'. Mungkin melalui penulisan. Insha Allah. Sebab bidang ini adalah kecintaan saya. Sekarang ini, sudah agak lewat bermula..namun tetap saya optimis bahawa 'masih belum terlewat'. Sekarang ini adalah sesi merampungkan disertasi.. dan saya tidak mahu 'yang dikejar tak dapat.. malah yang dikendong pula berciciran..'

Haaza min fadhli Rabbi..
Itu sahaja saya dapat simpulkan..
Untuk semua nikmat dan anugerah..
Untuk segala ujian dan musibah...
Yang melanda diri ini seputar dua ini..
Saya merasa syukur..
Dan sangat gembira..
Kerna ia menambahkan kematangan saya..kesabaran saya..kesetiaan saya..kejujuran saya..
Dan cara berfikir dan cara bertindak saya..
Kerna saya YAKIN..
Semuanya dari Allah..kerna Allah.. dan akan kembali pada Allah =' )
Published with Blogger-droid v1.7.4
February 08, 2012 1 Comments

SyahadatulHafizah MawarMujaheedah

Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya.


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.

Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: "Aku turut bahagia untukmu.."

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, supaya kita dapat mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.

Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.

Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.

Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian… Dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Sumber: http://forum.jobmarket.com.my/index.php?topic=475.0;wap2

Like, Share and Comment This Post =)
January 15, 2012 No Comments

SyahadatulHafizah MawarMujaheedah


Ibu sahabat baik saya meluahkan pada saya..

"Mak orang lain risau anak dia duk asyik kawan dengan orang.. kita pulak risau anak kita tak pandai nak kawan dengan orang.." saya hanya mampu 
Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa Senyum. Sebenarnya bukan tak perlu kata apa apa..tapi tak mampu nak kata apa apa.. ! Saya juga seolah olah melihat itu ibu saya..
Saya... sesungguhnya sangat faham kegetiran dan kebimbangan hati ibu-ibu ini... Maklumlah, tahun ini kebanyakan kami sudah menginjak umur 26 tahun.. (masih muda bukan? hehe) Tambahan lagi, orang selalu ingat saya berumur 21-23 tahun >_<

Tapi... hari ini, hari ini saya mahu menjawabnya....khas buat ibu ibu sedunia yang sangat istimewa..

"Bahawa ibu sejak dari dalam kandungan telah mengajarkan kami bahawa ALLAH adalah segala galanya.. bukannya cinta seorang lelaki yang tak pasti.. tidak ingin kami pada sebuah cinta yang tidak pasti andai tidak diiringi cinta Ilahi..


Kami redha Allah menunda sedikit pernikahan kami buat menyediakan diri sesempurna mungkin untuk seorang imam soleh yang dinanti..


Kami redha Allah menunda sedikit pernikahan kami supaya di masa depan kami tidak menjadi isteri yang membebani suami.. bahkan mampu pula membanggakan suami...


Kami redha Allah menunda sedikit pernikahan kami andai dengan jalan ini kami telah mampu membantu ekonomi ibu ayah dan juga adik adik kami..


Jangan ibu bimbang.. Allah kan menjawab nya pada saat, kondisi dan calon yang pasti.. Ibulah yang telah berjaya mendidik kami supaya SANGAT YAKIN dengan Allah..


Dan pada waktu yang bakal tiba.. sungguh kami meminta doa dan restu dari ibu..."

Like, Share and Comment This Post =)
January 14, 2012 No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



A simple me, Syahadah Hafeezah.
Co-Founder at
MYHEAVEN GROUP SDN. BHD.
Printing | Boutique

Follow Us

Labels

Arkib Syahadah bayi berbuka berpuasa Bingkisan_Mujahidah breastfeeding Buatmu Akhawat Fillah cinta cirit-birit DIARI HIDUP fidyah Free Wallpaper Gerbang Pendidikan Hadith Habibi hari lahir Hari-hari adalah Perjuangan Hari-Hari adalah Perjuangan.. Hebahan ibu Info Inspirational Motivational jannah Jurnal Kesyukuran Lagu Ini Me Myself and I MOTIVATION Muhasabah Cinta muslimah Nasihat Buat Puteri Nasyeed Parenting penyusuan perkahwinan perubatan qadha puasa Ramadhan sabar sakit perut Sembang Buku Sembang_Buku Sembang_Isu Seputar Kemahasiswaan suami Tafsir Hati Tasyji' tazkeerah.net Tazkirah tinta_kejora TIPS uzur Wacana_Fikrah walimah WALIMAH CINTA Walimah Sakinah WOMENS HEALTH

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2018 (1)
    • ▼  November (1)
      • Blog My Love
  • ►  2016 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (3)
  • ►  2013 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  July (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (11)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (19)
  • ►  2010 (91)
    • ►  December (7)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (8)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (14)
  • ►  2009 (46)
    • ►  December (15)
    • ►  November (7)
    • ►  October (8)
    • ►  September (8)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (19)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose