'MERDEKA' DI JIWA UMAT & UMAT YANG BERJIWA 'MERDEKA'??

by - September 02, 2008

Adakah kedua-dua kenyataan ini mempunyai kontradiksi ataupun saling berkaitan?


25 Augustus 2008

Bendera kelihatan kurang berkibar di mana-mana.. Di premis-premis kediaman, di kedai-kedai, di tepi laluan jalan mahupun di pejabat-pejabat.. Kenapa agaknya??
- Adakah ia manifestasi kepada kos sara hidup yang tinggi?
- Inflasi yang sangat meningkat naik?
- Rakyat ingin bijak berbelanja justeru menghadkan pembelian barang, bendera umpamanya?
- Pejabat dan syarikat ingin mengawal aliran wang keluar masuk dengan berhemah?
- Atau ia sememangnya satu manifestasi kepada menurunnya semangat cintakan negara dan kemerdekaan di jiwa umat?

"..Saya membesar dengan tumbuh mencintai negara di lubuk hati terdalam. Saya tidak mengibarkan bendera negara ke sana ke mari namun saya mem'bawa'nya ke mana sahaja saya pergi.. budaya bangsa..adab ketimuran.. jati diri bangsa..adab kesopanan.. cinta untuk melihat tanah air sentiasa aman..dan inginkan yang terbaik untuknya.. Terkadang sangat sedih melihat anak-anak muda, kanak-kanak yang ke hulu ke hilir pada malam merdeka membawa bendera-bendera ke sana ke mari..tanpa faham makna dan hakikat sebenar pada sebuah kata bernama 'merdeka'.."



Umat yang berjiwa merdeka??

"Bagi saya kata ini sangat mendalam dan menyentuh rasa..sangat sukar untuk menghayatinya apatah lagi untuk mengaplikasikannya.. Tersentak saya dengan inzar dan muhasabah dari seorang senior yang sangat saya hormati.. LEPASKAN BELENGGU DUNIA..SEMASA ITULAH KITA AKAN MULA DAPAT MERASAKAN KEMERDEKAAN, KEBEBASAN, DAN JUGA KETENANGAN HAKIKI.. Mula menginsafi diri yang hina...saya mula bermuhasabah..terkadang untuk menyumbang harta kepada perjuangan itu masih terpalit rasa bolak-balik..untuk meninggalkan hiburan itu terkadang agak payah..dan kini setelah mula mengorak langkah ke depan..rasa bahagia itu semakin dekat di jiwa.."

Saya tinggalkan persoalan-persoalan di atas untuk sama-sama dikoreksi..
Moga-moga hari yang mendatang akan tambah mematangkan kita..pada rasa, pemikiran dan tindakan..

SALAM 'MERDEKA'

You May Also Like

0 Comments