KENANGAN WISUDA!! : )
Wisuda alias Konvokesyen ku sudah usai... 12 Ogos 2009-sesi pagi itu mencatat sejarah.
Bagaimanapun mungkin ini kifarahku...seminggu sebelum itu aku demam.. lalu menjadi tidak bersemangatlah aku seputar wisudaku... Batuk nya tidak tertahankan...moga2 bukan H1N1..
Na'udzubillah.... Lalu aku naik ke pentas sambil mengulum gula2 Hacks...huhu. Dan aku membagi gula2 Hacks bersama teman2 yang lain ketika di dalam dewan.. Ramai sahabatku juga tidak sihat... sekarang aku sudah hampir sihat sepenuhnya Alhamdulillah....
Kata seorang teman facebook ku sehari sebelum aku grad..."Tak bestnya kalau tak dapat skroll dengan Raja Dr Nazrin Syah.." Bagiku aku tidak kisah. Lagipun istiadat tu umpama 'berlakon' sahaja. Naik ke pentas untuk mengambil segulung bekas skroll yang kosong! Ramai juga sahabat sebatch yang tidak join untuk konvokesyen. Biayanya memang agak mahal juga. Tambah tangkap gambar dsb.. Ditambah tambah lagi dengan pendapat jubah konvo yang ala-ala paderi... (hmm..). Mungkin ini antara alasan mereka. Tapi tidak mengapalah.
Pendapatku begini, apa salahnya untuk meraikan hari kejayaan. Seperti kata-kata mak Kak Akmal ore Besut kite yang stay ngan kitorang.. "Puasa sebulan juga diraikan dengan hari Raya...apa salahnya untuk perjuangan kita selama 3, 4 tahun ini.. Ibu bapa tumpang gembira lihat anak-anak gembira..." Terharu rasanya hatiku ini...
Pagi itu aku ke Bangunan Peperiksaan untuk perarakan graduan... naik AEP 455 dengan Aju dan Ainum. Untuk memakai lif hijau tu memang mengambil masa yang lama...mujur ada Kak Dayah yang dah grad tahun lepas. Tq kak! Sakit kepala kerana sebelum itu aku tidur pukul 3 menyiapkan iklan untuk Wacana Perdana sempena Feskum 09... "Apa yang kita sedang buat ni?..huhu..."ujar Ainum... memang lawak 3 orang yang memakai jubah konvo yang berserebeh tu, di pagi konvo sendiri... drive sendiri...
Dalam buru-buru aku nampak wajah-wajah yang kurindui seputar 3,4 bulan lepas... muka-muka cerah sahabat fillahku.. muslimin dan muslimat... ingin rasanya menyapa dan memeluk mereka..namun perarakan sudah ingin masuk DTC.. Kereta dan motosikal terpaksa stop di jalan di tepi DTC. Mereka menjadi penonton setia. (Maaf, kami ingin lalu sekejap. Tapi bukan sekejap. Lama juga... :P )
DEWAN TUNKU CANSELOR... aku beratur memasukinya dengan kasut gold ku.. Sebelum masuk disembur sanitizer di tangan dan baju...huk huk...nasib baik wangi juga seposen.. Tak tahu setiap tahun dilakukan begini atau untuk musim2 H1N1 ni sahaja..
"Ust We Mad alias YDP MPMUM turut memberikan ucapan"
"Adik Munir alias YDP PMIUM dengan gayanya "
"Mengabadikan kenangan wajah generasi warisan yang diukir..
Fikry..Amir Nabil dan Amirudin.."
"Tahniah Ustaz Ali Hanafiah (Cemerlang).
Ust Danial dapat Kepujian (Cemerlang) tahun depan ya Insya Allah "
WAIT FOR PART II.. huhu.. : )
0 Comments