"TENTANG KERETA DAN AL-FAHMU"

by - October 27, 2009


"Berangkatlah penuh yakin dan bergaya di Jalan Allah :) "

Tersentak diriku pada pertanyaan seorang senior ku seputar 3 tahun dahulu.
Dia yang layak kupanggil 'Sang Murobby'.

"What drives you?" "Apa yang menggerakkan kakimu 
di jalan ini. Jalan Ilahi?"

Otak ini kuperah layaknya kain yang basah. Ah.. baru ku sedar aku tidak pernah mendefinisikannya, atau menyisih dan mencerakinkannya. Setelah dua tahun aku menyelusuri jalan perjuangan.

"Apa? Apa yang menggerakkan kakiku di jalan ini, dan rabitah hati yang terus menerus disulam di jalan Ilahi. Kerana apakah? Kerana Ukhuwwah kah? Kerana Syahid kah? Mardhotillah kah? Atau kerna apa??? Kerana apa??????? "Otakku, nuraniku, jiwaku, ragaku, fizikalku langsung dikerah diperah...
"Kerna apa???"

Lalu aku menyelam ke dalam dasar hati walau aku tidak pandai berenang. Ada lubuk di situ lantas aku
menerjah ke dalamnya. Aku menjadi lemas sendiri namun lubuk itu sungguh tenang menurut perkiraanku.
Nafas yang tercungap menimbulkan satu buah rasa pada fikrah ku..

Drive? Apa tu? Oh....maksudnya memandu/menggerakkan/membawa.

Oh. Maksudnya seperti kereta lah. Bukankah kereta itu yang selalu digunakan untuk membawa dan menggerakkan kita? 
Kereta pula, jenis apa ya yang baik?

Lagi, kalaulah semakin perlahan atau meragam, maka maintainance perlu dilakukan.
Dan lagi, kalau sudah mahu habis minyak, perlu diisi lagi. Jangan sampai tersadai dulu ditepi jalan baru hendak dicari minyak. 
Minyak hitam pula, perlu ditukar ya?. 
Lagi apa ya?
Kalau kotor perlu dibasuh dan disental. Untuk selesa, pasang pewangi di dalam nya. Perlu ada radio bimbang mengantuk, dan jadi peneman kala sunyi. Hm...angin tayar juga harus diperiksa selalu.
Apa lagi ya..? Bawak juga harus berhati-hati. Jangan sampai kemalanagan. Ingatlah orang tersayang.
Hm... sejujurnya tidak banyak tahu tentang kereta.


Ya....aku kemudian jadi yakin...dan aku menjawab tenang "Al-Fahmu....."
Hanya aku seorang yang menjawab begitu......
Tiada seorang yang lain pun begitu..
Entah kenapa jawapan itu terbit dari bibirku...

Kata dia...Murabbiku..Mursyidku...yang telah jauh pergi meninggalkan jasad kami. Namun semangatnya
kekal di dalam hati kami bawa sampai mati.. Hassan al-Banna. Seorang Syahid. Sangat wangi di sisi Allah.
"al-Fahmu muqaddamu 'ala al-Amri wa an-Nahyi"
"Kefahaman itu adalah pendahulu kepada perintah dan suruhan"

Ya.... AL-FAHMU!!

Kesedaran dan kefahaman kepada ayat Ilahi ini...
“Kuntum khaira ummatin ukh-rijat lin-naasi ta’ muruuna bil ma’roof, watan hauna ‘anil munkari watu’ minuuna billaah”. 
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah"

“You are the best of peoples evolved for mankind, You enjoin what is right and you forbid what is wrong, and you believe in Allah…” 

Aku sebaik baik ummat. Kau pun juga. Mereka juga. 
Umat ISLAM adalah sebaik-baik ummat!! 
Kenapa harus ragu-ragu? Cuak? Rasa lemah atau hina? Malas?
Tak ingin berubah? Rendah diri? 


Sedangkan kau KUAT, TABAH, BIJAK, SABAR dan MULIA.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang  beriman..."


(Credit on Image of Persona Car. I really love this car lately!)


You May Also Like

0 Comments