Menjadi Diriku, Menjadi Dewasa~
Jadi teringat pada kenangan itu :)
Assesment Jakim, mahal sekali kenangannya walaupun sekejap.
Saya sudah mendapatkan jawapan yang dinantikan.
--Dukacita: Saudari Tidak Terpilih--
Syahadah: "Entah Dukacita... @ Sukacita...?" =)
Dalam Istikharah, saya meminta yang terbaik sahaja..
Dan semoga... ini yang terbaik.
Dia tidak akan izinkan....kalau Dia tidak mahu.
Dia.. yang saya cintai lebih dari segala-galanya di dunia dan akhirat ini..
Justeru, saya sangat akur. Dengan izin-Nya.
Lalu seorang insan yang sangat penting dalam hidup saya menghantar mesej kepada saya.
Padahal boleh saja saya dan beliau berbicara di rumah. Tapi umur dewasa ini telah membataskannya.
Ternyata saya ini, bukan lagi seorang puteri kecil.
SMS - menjadi penghubung - Komunikasi berhadapan mungkin tambah merimas dan menyesakkan ruang jiwa saya.. Beliau faham itu.
Beliau... dengan caranya yang tersendiri.. memang seorang yang amat memahami.
Saya cinta beliau...
Dan kasih sekali sama beliau..
"Apa tidak mahu minta J-QAF...? Stabil secepatnya, secepatnya dapat membina keluarga..."
Ada dua soalan di situ. Soal kerjaya. Dan soal hati.. Kedua-duanya soalan berat, bagi seorang yang awal dewasa. Seperti saya.
J-QAF, Allahu Akbar.... Serasanya, itulah pilihan terakhir saya..
Jiwa mendidik itu sebenarnya sangat amat ada. Hasil turunan beliau dan kekasih beliau.
Tapi, menjadi seorang guru, saya sungguh-sungguh tidak layak. Saya tidak mampu. Saya tidak sabar. Dan bukan jiwa saya.
Saya...mahu jiwa saya sendiri.
Dan soal keluarga. Soal keluarga bermakna soal hati. Soal hati bermakna soal perasaan. Soal perasaan bermakna soalan serius. Soalan serius yang aneh. Ya, soalan yang amat aneh sekali.
Bagi hati dan jiwa saya ini.
Dengan terbata-bata saya membalas mesej beliau.
Dan ia tamat di situ sahaja.
Semoga beliau faham diri saya ini.
Dan tidak pernah meragukan lagi.
Blogger Templates
0 Comments