RAMADHAN IS NOT A REHEARSAL

by - August 04, 2010


Ramadhan is not a rehearsal.
Pencerahan ini saya dapat dalam satu kuliah ketika di tahun awal pengajian dahulu di Nilam Puri.

Lalu pemikiran menjadi jernih, dan kefahaman tambah mengganda.
Tentang Ramadhan yang dicintai.

Ramadhan ternyata bukan rehearsal.
Sampai-sampai kita perlu berusaha untuk berjuang dan mencoba dengan gigihnya di bulan penuh pahala ini.

Tapi ia tetap bukan rehearsal.
Kerna kata Ustaz: 
"Di bulan Ramadhan, setiap sudut dan incinya adalah penuh dengan pahala dan berkah"

Jangan sampai kita terlepas walaupun sepicing.

Justeru haruslah ia dipacu bermula dari awal. 
Sebab itu ada bulan Rejab dan Syaaban yang diberkahi untuk 
mengambil manfaatnya, menjemput semangat Ramadhan.
Biar dua bulan ini kita memacu dari awal.
Rehearsalnya, bermula dari Rejab dan Syaaban.

Kalau harus mujahadah dan memaksa diri; 
itu bermula dari sebelum Ramadhan.
Dengan Qiamullayl, puasa sunat, mentadabbur bertadarrus Al-Qur'an, berzikir, menjaga nafsu dan pandangan serta hati, juga melazimi perkara-perkara yang baik sahaja.
Itu sebelum Ramadhan.
Kerna Ramadhan, bukannya Rehearsal.

Kerna mereka yang menyangka dalam bulan Ramadhan baru harus memaksa diri,
maka Bulan ramadhan yang hadir terasa hambar.
Maka jadilah ada yang terlepas malam-malam bertarawikh,
malah tidak sempat menghabiskan 30 juzu' sedang insan lain khatam 2,3 kali dalam Bulan Ramadhan.
Qiamullail juga melepas pergi.
Membagi pahala hanya untuk yang bersedia sahaja.
  
Kerna itu Ramadhan; awalnya rahmat, kemudian keampunan dan akhirnya pelepasan dari api neraka.
Ramai yang berpura-pura dan kuat di awal Ramadhan sahaja.
Malam pertama Ramadhan surau penuh sekali untuk bertarawikh.
Malam 10 ke atas, menjadi semakin sirna, dan 20 ke atas..semakin hilang..dan kelam..

Saya teringat lagi, saat membaca majalah Anis juga sewaktu di Bumi Nilam penuh Barokah.
Seorang Ustazah menceritakan rahsia dan petua beliau, yang tidak ma'zurah ketika bulan Ramadhan.
Subhaanallah... beliau menceritakan bahawa sudah lama beliau tidak ma'zurah ketika Ramadhan, dengan berkat bulan Rejab dan Syaaban.
Beliau berpuasa sebanyak-banyaknya dalam dua bulan itu. 
Dan beribadah sebanyak-banyaknya.
Dan berdoa setulus-tulusnya agar tidak ma'zurah dalam bulan Ramadhan.
Untuk menjalani ibadah dengan sesempurna-sempurnanya.
Alhamdulillah.

Itulah contoh mereka yang bersedia menyambut Ramadhan.
Ramadhan yang datang disambut dengan sangat-sangat gembira.
Seolah-olah ingin dipeluk kerna kerinduan yang teramat sangat.
Ibarat tidak bertemu insan yang dicintai selama setahun.
Masakan tidak rindu????

Blogger Templates
Rabu
4 Ogos 2010
Villa Mujahidah
10.15 malam

You May Also Like

0 Comments