SEKEPING NOTA CINTA UNTUK ILAHI... [Apa Layakkah...?]
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk Mu..
Bersama embun titisan air mata cinta pada Mu...
Allah... ingin sekali aku mengarang nota cinta buat Mu...
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat Mu..
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu..
Allah.. ingin sekali aku mengirim nota cinta padaMu..
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim padaMu..
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu..
Allah...
Kalau aku tulis, karang lalu kirim padaMu..
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu..?
Suatu nota dari seorang aku..
Yang hina lagi jahil malah kaku..
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu..
Allah...
Kalau aku tulis, karang lalu kirim padaMu..
Sudikah Kau membalasnya buat diriku..?
Sebuah nota pada seorang aku..
Yang curang tak bererti lagi buntu..
Dalam menanggapi erti kehambaan padaMu..
Allah...
Ingin sekali aku memberikan nota cinta untukMu..
Tapi aku malah jadi tidak tahu..
Mahu bermula dari mana..
Mahu mengakhirkan bagaimana..
Allah...
Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini
menyebut namaMu Yang Agung itu..?
Al-Faqiirah Wa al-Haqiirah Ilayka...
0 Comments