Nasihat Buat Puteri
Subhaanalah... Walhamdulillah.. Wa La ilaha IllaLlah..
Alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk menulis lagi =)
Saya sangat gembira untuk mewujudkan posting2 dengan labels baru ini.
Posting-posting dalam labels 'Nasihat Buat Puteri' ini, saya khususkan buat bapa saya,
Cikgu Abdullah bin Ab. Manaf.
Saya tahu saya tidak mampu untuk membalas walau sekadar hujung jari kelingking pun kepada beliau. Jasa beliau sungguh amat banyak sekali..
Saya tidak tahu apa saya sempat tumbuh membesar dengan keadaan ekonomi yang stabil untuk membalas jasa beliau dari sudut materi. Kalaulah dikirakan dari umur di dalam kandungan hingga bakal 24 tahun ini, sudah berpuluh-puluh atau mungkin beratus ribu sudah dihabiskan pada saya..saya tidak mungkin dapat menghitungnya.. Tidak mungkin...
A TRIBUTE TO ABAH AL-MAHBUUBAH... ♥
Berisikan kata-kata nasihat yang beliau nukilkan untuk saya.
Beliau tujukan untuk saya.
Beliau hadiahkan untuk saya.
Walau saya tahu, ia tidak mungkinlah setaraf dengan 'Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya'... namun saya tahu, ia semuanya ikhlas untuk kami adik beradik.
Beliau lelaki pertama yang saya cintai..
Beliau lelaki pertama yang saya sayangi..
Sebelum saya sempat mengenal cinta seorang lelaki agung iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
Tapi tetaplah, semoga cinta saya sekarang kepada Baginda Muhammad s.a.w adalah melebihi cinta saya pada beliau dan isteri beliau. Namun saya pasti, dalam hal ini, beliau tidak akan marahkan saya, malah akan sangat gembira...
CINTA SEORANG AYAH YANG TULUS
Cinta seorang ayah amatlah tulus. Kepada anak-anaknya, apatah lagi kepada anak perempuannya. Ia perasaan yang tulus suci tapi tersendiri. Ia tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ia sukar difahami apatah lagi oleh anak-anak mereka, khususnya yang makin tambah membesar dari hari ke hari.
JIWA MENUJU DEWASA INI MAKIN TERKESAN..
Semenjak dua menjak ini saya kembali terkesan. Saat beliau sering menghantar mesej kepada saya dan adik beradik saya yang rata-ratanya berada di kejauhan. Abang Hafiz di Kuala Terengganu, saya sendiri di Kuala Lumpur, apatah lagi adik Hakim di Pulau Labuan nun jauh dipisahkan Laut China Selatan. Yang lain pula semuanya tinggal di asrama, hanya pulang setiap 2 minggu. Mesej-mesej yang dihantarnya pada remang dinihari, ketika qiamullail yang mana merupakan amalan rutinnya, sering sahaja singgah di inbox saya di setiap pagi bila saya bangun pagi. Saya bangun setiap pagi dengan membaca mesej dari beliau.
Justeru, saya ingin nukilkan di dalam blog saya ini. (Semuanya masih disimpan dengan baik dalam inbox saya). Semua manfaat dan pahalanya yang baik, saya kembalikan pada beliau. Insya Allah..... Ya, mungkin sekali kerana beliau berasa sunyi, lalu sering sahaja menghantar pada kami adik-beradik. Itulah, bukan tidak sering beliau menyebutkan.. "Nak cu....!" Mungkin sudah lama tidak ada anak kecil.. Adam juga sudah mahu masuk Tingkatan Tiga.
Antara yang paling terkesan juga, adalah kerana saya banyak memikirkan. Saya berkira-kira mahu melepaskan hati dari mereka disebabkan umur dewasa ini. Namun ternyata tidak mampu. Biarlah saya matang dan berdikari dalam tindakan, tapi tetap saya mendahulukan mereka dalam segenap hal. Sementara mereka masih ada bersama saya... Biarlah mak tetap menjadi sahabat baik rakan karib saya yang saya ceritakan perihal diri saya.. biarlah abah tetap menjadi sumber motivasi dan tarbiyyah ruhiyyah saya... abi murabbi...
Lalu sedang saya berkira-kira mengemaskan perasaan (mungkin Allah mahu tunjukkan pada saya).. saya ke program baru-baru ini, lalu melihat anak-anak kecil.. dua orang puteri yang asyik bermain dengan gembira dan kelihatan polos sekali.. Peserta bersolat berjemaah bersama-sama. Ayah dan ibu dua kanak-kanak itu (termasuk saya) adalah adhoc program tersebut. Sehabis solat, puteri tersebut terus berlari-lari anak melalui barisan solat, lalu berlari mendapatkan ayah mereka. Beberapa kali juga mereka tersasar (mungkin kerana baju/wajah yang lebih kurang sama dengan abah mereka), namun cepat-cepat mereka melarikan diri lalu mencari kembali wajah bapa mereka. Selepas berjumpa ayah mereka, mereka terus naik ke riba dan memeluk bapa mereka.. keadaan itu sungguh mesra di hati saya. Hati saya menangis, dan mata terasa panas sekali, mengingatkan mungkin begitu keadaannya saya ketika kecil dulu. Bukan tidak sering abah bercerita kembali momen-momen manis ketika kecil dahulu...
Juga, saya mendengar lagu ini... dan beberapa kali menangis. Ayah (The Masterpiece of Rinto Harahap with Tohpati). Ini adalah suara hati dari seorang anak buat bapanya... sungguh mendalam. Ia kerinduan yang mendalam di lubuk hati yang paling dalam. Tidak dapat diluahkan.. saya tidak pernah mengalaminya..tapi saya mencuba untuk memahami.. Saya mengulang2 lagu ini... dan Ukht Roomate saya yang telah kehilangan ayahnya di waktu umur 6 tahun.. berasa sedih.. lalu selepas itu, saya tidak memasangnya lagi.. hanya mendengarnya seorang diri.. Maaf ukht yang dekat di hati....
Ternyata saya ramai sekali sahabat yang telah kehilangan bapa. Semuanya tumbuh amat kuat perasaan dan juga mentalnya. Mereka membesar menjadi anak yang baik, tabah dan matang dan berdikari. Ada Ukht Solehah Samsudin, Ukht Hayati Ismail, Ukht Maslida Suddin, Ukht Fariza Zahrin, Ukht Fatimah Ab. Halim, Ukht Aniza Ismail, Ukht Atiqah Che Aziz, dan ramai lagi... ternyata saya keharuan.. Mereka menjadi bintang kepada ibu juga adik beradik mereka yang lain. Saya amat kagum pada mereka. Kalau saya, entah dapat kuat dan teguh kah..?
Juga saat saya mendengar lagu nasyid ini.. Saat Lafaz Sakinah oleh FarEast. Nasyid ini sungguh unik. Melodi jua liriknya. Sampai Ukht Roomate saya sempat membuat lelucon pada saya. "Adah, nanti minta abah awak karaoke ngan menantu masa majlis kahwin.."
"Ukht... abah saya tak berapa minat lagu-lagu/nyanyi2 ni...." balas saya. =P
(Ya Allah...semoga abah dan mak saya sempat melihat kebahagiaan dan kejayaan saya...!)
"Ukht... abah saya tak berapa minat lagu-lagu/nyanyi2 ni...." balas saya. =P
(Ya Allah...semoga abah dan mak saya sempat melihat kebahagiaan dan kejayaan saya...!)
Dan lagi...paling utama..kerana abah saya sedikit tidak sihat..
Beliau menghidap kencing manis... dan sekarang berat beliau sudah makin susut... (mungkin sudah sama dengan saya, dan lebih ringan dari mak). Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya... sangat sangat sedih..!
May Allah bless us ~
May Allah bless us ~
0 Comments