LET'S BECOME MUHARRIK EFFECTIVE DAIE!~

by - July 03, 2011

Sorry this is just the short-quick posting.
Cause I have some Amalulillah to do now =)
Yet I hope it'll be beneficial.


Ana mendengar IKIM.fm dalam suatu talk tentang qudwah.

"Sungguh sekarang ini masyarakat ketandusan model yang 'dapat dilihat' figura dan sahsiahnya. Kerana mata yang melihat itu lebih kuat tarikan berbanding telinga yang mendengar atau ayat yang dibaca. Sebab itu cinta Muhammad SAW payah sekali subur dalam jiwa mereka berbanding artis2."

Ayuh kita tonjolkan peribadi Rasulullah! Let's become Muharrik Daie!~



If I got sons, then I will encourage him to get into Imam Muda or that sort of program, Insha Allah. Sungguh luas spektrum dakwahnya, Masha Allah!~ (Pandangan saya berbeza dalam soal 'Ustazah Pilihan' dsb, kerana muslimat (wanita) lebih besar khilaf dan fitnahnya.



IM Hassan adalah seorang anak yatim sejak kecil, dengan 9 beradik, ibunya hanya seorang penoreh getah, bertudung labuh. That was very touching and inspiring~


IM Mohd Hassan Adli bin Yahaya telah dinobatkan sebagai Juara Imam Muda 2 sekaligus membawa pulang hadiah berupa hadiah tajaan biasiswa penuh pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu. Dia juga menerima sebuah iPad, telefon bimbit, voucer Perabot Jati bernilai RM15 ribu, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital dan trofi.

Siapa kata dengan program-program dunia saja kita dapat tajaan dan menjadi kaya?
Siapa kata dalam kita berjuang untuk akhirat, kita tidak dapat mengecapi khazanah dunia?

Oh, that was really inspiring me.



Ya Allah, dalam pengetahuanMu, jika menjadi terkenal itu adalah lebih baik untuk dakwah pada ummah yang semakin parah ini, maka mudahkanlah urusanku untuk menjadi seorang Pensyarah, Penceramah, Penulis dan Businesswoman. Aamin.


JANGAN TAKUT MENJADI TERKENAL JIKA ITU BAIK UNTUK ISLAM!



HAMBAMU (LAGU TEMA IMAM MUDA II) by Akhil Hayy and Mawi
(a very inspiring song too)

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa


I just knew that 'Akademi Fantasia' things will end forever, after being broadcast for 9 years (9 seasons)!
Thanks ALLAH it will end up. Please end up all that sort of programmes~
Raja Lawak, Maharaja Lawak, AF, Mentor, Malaysian Idol bla bla~

Saya selalu memantau aktiviti adik2 saya. Kadang-kadang adik2 saya yang semuanya lelaki itu menonton Maharaja Lawak di Youtube. Saya merasa sangat geram dan gusar, lantas cuba menasihati mereka. Ini tidak lain kerana sayangnya saya pada mereka dan tidak mahu mereka hanyut dalam permainan dunia. Namun begitu, mereka juga suka menonton Imam Muda khususnya adik saya Ustaz Akmal (bakal Imam Muda) =). Profile pic facebooknya adalah Imam Muda Nazrul. Saya harap mereka semua menjadi terinspirasi dengan para Imam Muda. Alhamdulillah, bergetar hati dan sangat gembira bila mereka semua sudah boleh menjadi imam solat khususnya pada saya dan mak. Mereka juga biasa menjadi imam di surau sekolah, kerana kebanyakan mereka tinggal di asrama. Ada yang ditaklifkan sebagai unit kerohanian dsb. Alhamdulillah.. Saya sebagai kakak, apatah lagi ibu dan bapa di luar sana yang melahirkan sendiri anak-anak yang baik dan soleh solehah, tentu lebih sejuk mata hati mereka. Alhamdulillah.... Semoga saya juga akan mendapat anak-anak yang baik, dan suami yang baik dan soleh, yang akan menjadi imam seumur hidup saya... Namun, sebelum dari itu, saya sendiri yang harus menjadi solehah dan menyediakan diri untuk menjadi yang terbaik.



"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang)
yang berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada pasangan serta zuriat keturunan kami, perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai
imam bagi orang yang bertakwa.."



(Surah al-Furqan, ayat 74) 

اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان...
 اللهم إنا نسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنا إلى حبك....
Ya Allah, cintakanlah kami kepada keimanan, dan hiasilah ia di dalam hati kami, dan bencikanlah kami kepada kekufuran, kefasikan, dan kemaksiatan… Ya Allah, sesungguhnya kami mendambakan cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta terhadap amalan yang dapat mendekatkan kami kepada cinta-Mu…
AAMIN..
Saya menggesa kader-kader dakwah kampus untuk menyertai program baik seumpama ini.
Baru teruji di medan dan lapangan sebenar.
Dari sesi-sesi tamrin ke siri-siri kehidupan!~
Jangan kita banyak memperlekehkan dan bersangka buruk pada usaha orang lain, tanpa kita menyediakan solusi yang lebih baik.
That was totally hopeless ~

Ayuh bersama-sama kita membina masa hadapan Islam dan masa depan Malaysia yang lebih gemilang!!

Rabbuna Yassir   

 
 Share This Post =')

You May Also Like

1 Comments

  1. btul 2,sis... =)
    sbb,kdang2 tu..ada kwn2 kite yg tercari2 ikon yg mude,sbaye dgn kite utk mereka lakukan penghijrahan diri..& kite absolutely AGREE dgn prog2 yg mcm ni..Like 100% ... =)

    ReplyDelete