Berhati-hati membahagi hati ~
Membahagi hati.. ya.. mungkin suatu perkara yang agak mudah... namun payah pula bagi sesetengah insan.. seperti biasa, soal hati; soal yang amat sukar dimengerti!
Ternyata bagiku ia amat sukar. Amat amat sukar. Membahagi hati kepada Allah, kepada Baginda SAW, pada mak abah, saudara saudara, sahabat dan insan insan di sekeliling. Kerna hatiku cuma satu! Dan aku yang berstatus anak perempuan yang satu!
Sukar sekali untukku membuka hatiku. Untuk sahabat wanita pun, apatah lagi kaum adam yang ajnabi. Lelaki asing yang bakal memasuki ruang hidupku. Entah dulu dia itu siapa siapa, sekarang harus pula menyertai ruang di dalam hatiku, bersama cinta cinta yang sedia ada dalam hatiku. Cinta pada Allah, Rasul dan perjuangan Islam, juga cinta hablun minannaas yang lain.
Kerna itu diriku tidak suka berkomitmen. Kerna sekali diriku berkomitmen, harus sepenuhnya bertanggungjawab. Harus melakukan yang terbaik. Berusaha mempersembahkan yang terbaik. Bukan sekadar biasa..
Pada ibuku, ku cuba melakukan yang terbaik.
Pada abahku, ku berusaha membentangkan yang terbagus.
Pada sahabat sahabatku, diriku berusaha menghidangkan yang teristimewa.
Pada kajianku dan amalku, ku berusaha menghiaskan yang terindah..
Tidak malu untuk ku katakan, diriku tidak pernah mempunyai dan dipunyai.
Malah diriku juga tidak gemar untuk mudah berangkat angkat.. abang angkat? Adik angkat? Kakak angkat?
Jika ada yang mencemik kononnya diriku kolot, namun ku kan membalas dengan senyum bangga.
"Ana fakhuurah bil Islam.."
"Aku bangga dengan cara hidup Islam.."
Begitu hatiku bernyanyi nyanyi..
Walau ada yang menghulur tangan.
Walau ada yang meminta jemari.
Walau ada yang menagih hati.
Namun mengapa hatiku ini, sukar sekali berbagi.
Kerana cinta yang tidak halal,
Telah membuatkan hati-hati muslimah merasa sangsi.
Membuatkan diri merasa dibenci.
Membuatkan jiwa merasa terkunci.
Semoga bila hatiku berbunga bak mawar merekah,
Itulah jodohku dunia akhirat yang penuh barokah!
Uhibbuka Fillah, Uhibbuka mithlama anta
Insya Allah...
Aamin..
"..Semoga jangan jatuh sebelum Kau benarkan jatuh.Waktu Kau izinkan jatuh untuk pertama kali, aku ingin sekali jatuh berjuta juta kali..~
Mawar_Mujaheedah 2011
0 Comments