INILAH DUNIAKU....
Esok 1 Muharam 1431H..
Barang dua minggu lagi..30/12/2009M pula..
Inilah aku....yang masih dangkal dalam menaksir makna hidup..
23 tahun?? Apa yang kekal dalam diriku?? Yang sudah sebati dalam ragaku??
Sejak dahulu dan hingga masih kini...
Akalku selalu berputar..
Hatiku sering bermuhasabah...
Jiwaku sering menerawang..
Menjiwai makna dan tujuan hidup yang hakiki..
Kadang aku jauh dari jalan Ilahi
Kadang aku larut dalam lamunan sendiri
Kadang aku alpa dalam bayangan mentari
Kadang aku lena dalam dakapan dinihari...
Dan...
Syukur pada pemikiran ini..
Yang sering menguatkan aku..
Tika aku lemah sendiri..
Bahawa...
"AKU ADALAH AKU"
Tiada insan lain bisa menjadi diriku
Bukan orang lain adalah aku
Tidak mungkin makhluk lain menggantikan diriku
Atau aku menggantikan dirimu
Pahalaku adalah kurniaan restu
Dan dosaku adalah kerna diriku yang buntu
Dan bahawa...
"HANYA SEKALI INI HIDUPKU DI DUNIA.."
Tiada yang lain lagi selepas ini
Laknatlah pemikiran kehidupan selepas mati
Atau hayat sebelum atau seterusnya
Yang ada hanyalah..
Dulu di alam roh...
Kemudian di alam rahim..
KINI DI DUNIA FANA..
Dan akhirnya di AKHIRAT sana...
Yang pasti kekal..
Lalu inilah duniaku
Dunia yang hanya sekali
Tiada lagi mungkin berganti
Untuk menebus segala salah diri
Untuk menadah ilmu Ilahi
Untuk berbuat kebaikan sebanyaknya pasti
Mengutip pahala dan berkat Rabbi
Mencintai Muhammad belahan jiwa selayaknya peri
Untuk berjuang buat agamaNya yang suci
Untuk mengirim senyuman pada insani
Menebar cahaya dalam kehidupan alami
Berbakti pada keluarga yang menyayangi
Mesra pada sahabat yang sejati
Setia pada 'kekasih' titipan dari Rabbul Izzati..
Menjaga ikhlas permata hati..
Justeru
Dengan berkat bulan Muharam suci
Dan tanggal umurku yang baru ini
Aku memohon istiqomah dan ketetapan hati
Serta perilaku dan hati yang bersinar murni
Bak Kejora di langit lepas nan tinggi
Sambil berkata...
"INILAH DUNIAKU..."
Ladang tempat aku menuai..
Agar dapat merasa hasilnya yang baik
Sambil berkata...
"KAU TUNGGU AKU.."
"KERNA AKU MENUNGGUMU DATANG MENJEMPUTKU..."
Syahadah al~Hafeezah
APIUM_in_my_heart
Khamis, 17/12/09
3.30 pm
0 Comments