NAMAKU SYAHADAH....ADAKAH KAU SUDI??
Namaku Syahadah
Kau sedia mengenalnya
Kerna Kau lebih dekat dari
Deru urat leherku
Darah dalam nadiku
Detak dalam jantungku
Desah dalam nafasku
Syukur Kau beriku nama ini
Nama yang sangat istimewa
Hina pada Mu
Malu pada Rasul Mu
Segan pada Malaikat Mu
Kerdil pada Bidadari Mu
Berdosa pada makhluk Mu
Bodoh pada Iblis Mu
Andai aku
Tidak menyanjung kalimah mulia ini
Tidak menebar menyebar kalimah suci ini
Syahadah
Adalah kesaksian pada dzat agung MU
Syahadah
Adalah kecintaan pada belahan hatiku jua kekasih Mu
Syahadah
Adalah jalan pertemuan maha suci dengan Mu
Syahadah
Adalah natijah ihsan untukku dari secebis ilmu Mu
Kini
Aku menginjak 23 tahun
Sungguh...lama sudah aku hidup
Namun sungguh...rasanya juga baru sekejap
Kerna aku masih tidak mengenal
Erti hidup...sebenar-benarnya
Akan cintaMu, dia dan makhluk.....setulus-tulusnya
Dan hakikat terdalam wujud diri.....sesungguh-sungguhnya
Kadangkala aku rasa aku puing kosong nyali
Bodoh tak berguna
Terkadang aku rasa aku fana asyik mabuk
Tenggelam dalam lautan cinta
Kerikil di Sahara yang paling dibenciMu
Bayu di Awan yang paling dikasihiMu
Aku..yang hina pendosa...
Mahu bertemu Mu...Yang Paling Kemilau Bercahaya...
Layakkah aku??
Tapi...aku memang mahu...
Memang...
Memang sangat mahu...
Sangat-sangat memang...
Memang sangat...
Namaku Syahadah....adakah Kau sudi nanti??
Tika siap urusanku di sini....
DariMu
KeranaMu
UntukMu
BuatMu
KepadaMu
DemiMu
NAMAKU SYAHADAH....ADAKAH KAU SUDI??
Syahadah al~Hafeezah @ Mawar_Mujaheedah @ Tinta_Kejora @ Eve Polaris
Jumaat Sayyidul Ayyam, 9.30 pm
1 Muharam 1431 = 18 Disember 2009
Ghurfah Sakinah li Villa Mujahidah
0 Comments