AL-AYYAAM FI HAYAATI...

by - April 02, 2010

Assalamualaikum.
Post kali ini simple. Hanya ingin menukilkan beberapa perkara.

Pertama, ana sudah tamat RA di hujung bulan yang lepas. Sangat berterima kasih kepada Murabbiku, Prof Zul. Banyak mengenalkanku pada kehidupan dan galur dunia ilmu dan akademik. Ana tidak bermaksud untuk bekerja secara penuh lagi. Kerna ingin bersedia untuk Master. Insya Allah, sekarang sudah di peringkat JKA dan selepas ini akan di senat dsb. Ada juga tawaran sebagai part time RA dsb, Insya Allah akan difikirkan lagi. Persediaan untuk Master juga perlu, kerana ana berhasrat untuk bergraduasi pada tahun depan, Ogos 2011 Insya Allah. Sebelum menyambung lagi ke Doktorat Insya Allah. Tajuk Master ku juga, ada slight/minor problem. Ana pun tidak tahu untuk klasifikasikannya sebagai apa. Mungkin sedikit overlap. Ana ingin mengambil Preventive Step. Bukankah mencegah itu selalunya lebih baik dari mengubat??

Kedua, Insya Allah, ana akan berkursus selama 2 hari mulai pagi esok (Sabtu) di ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia) Bangi. Kursus (Tahap Kedua) setelah Alhamdulillah, lulus pada ujian di kali pertama yang lepas. Dan jika lulus, barulah ke tahap ketiga iaitu interview. Untuk Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam (apa layakkah??). Ana hanya menanggapi apa adanya, kerana jiwa untuk belajar, mengkaji dan menulis buku masih menebal. Apapun, ana hanya menyerahkan nasib pada Allah. Kerana Dialah sebaik-baik perancang. Dengan caraNya yang halus dan berseni serta penuh hikmah itu, apa taranya dengan perancangan kita yang penuh lemah, berlubang dan compang-camping itu??

Ketiga, tentang cinta manusiawi, sungguh ana ingin tawakkuf seketika. Habislah kalau Mak Abah tahu. Kerna sekali lagi, (seperti di atas), ana ingin sekali menyerahkan nasib pada Allah. Kerana Dialah sebaik-baik perancang. Dengan caraNya yang halus dan berseni serta penuh hikmah itu, apa taranya dengan perancangan kita yang penuh lemah, berlubang dan compang-camping itu? Apapun bak pesan Kak Dayah (kini sudah mengandung hampir dua bulan Alhamdulillah), Zaujah pada Ustaz Yusri Hafiz, haruslah SABAR+USAHA+DOA+TAWAKKAL BULAT.
Jadi teringat pada ujaran sahabat seperjuanganku sejak dari sekolah menengah hingga kini, Ukhti Hazirah yang dicintai kerana Allah, begini komentarnya:
"Rasanya harus seimbang, mesti yang boleh completekan enti. Contoh, enti agak outspoken, dia mesti yang tak banyak cakap sangat tapi diam berilmu, tegas. Anak sulung pun boleh tapi bukan anak bongsu kot. Protaz  lebih sesuai rasanya. Bagus untuk kembangkan potensi enti.."
Syukran sahabatku, memang seperti apa yang hatiku mahu. Sungguh-sungguh Cik Hazirah memahami hatiku. Walau kita dipisahkan oleh jarak dan waktu, namun dengan 'sesuatu' itu, kita dipertemukan kembali oleh Allah, malah lebih hampir, makin dekat berbanding dahulu.. Rabitah kita [semoga] bersulamkan Ukhuwwah Islamiyyah dan Jihad Fisabiilillah.. Itulah, apapun manusia boleh merancang dan mengajukan proposal Insaniyyah di hadapan meja pengadilan Allah, tapi Allah lah yang Maha Mengadili. Insya Allah.. Yang disayang Tuhan tentulah yang Redha padaNya, dan Dia juga pasti akan redha pada kita.. Insya Allah..
"Tuhanku Ya Allah…jangan sampai aku mendapatkan cinta ‘dia’ sebelum aku mendapatkan cintaMU Tuhanku, dan cinta Nabiku, cinta keluargaku, mualim mualimahku, sahabat sahabiahku, dan cinta pada ilmu dan perjuangan Islam. Ya ALLAH, kerana aku takut, aku takut tidak kuat dalam mencintainya”~ begitu beberapa hari lepas ana menyampaikan bicara ini pada beberapa sahabiah kesayanganku... 

Keempat, ana ingin menulis buku. Tapi pesan Pak Sasterawan Negara saat diajukan persoalan oleh Akhi Faisal Tehrani (bakal Sasterawan Negara Insya Allah) :) tentang apa tipsnya untuk menulis dengan baik? Jawabnya "Membaca, membaca, membaca barulah menulis!" Jadi Syahadah, teruskan membaca lagi ya...! Semestinya genre pilihanku nanti adalah Karya Kreatif lmiah (Kang Abik, Fatimah Syarha) dan Tazkirah Santai Menyentuh Jiwa (Kang Salim A. Fillah). Semoga Ya Allah.. Aamiin.. Sementelah abahku yang berkali-kali mengingatkan dan bertanya, "Bila mahu mula menulis serius?" Sementelah lagi beliau seorang guru sastera, juga seorang penulis. Sungguh ana bagai nasi yang telah tumpah kuah ke atas ku :)

Kelima, ingin mula berbisnes dari muda juga. Semestinya produk baik dan syar'ie serta bermanfaat buat ummah. HPA, MLM Syariah pertama di Malaysia sudah ku daftar sejak dahulu. Cuma, baru mula untuk aktif kembali. Kedua, MLM Syariah kedua di Malaysia, Stormreaders.net, (tolong promote e-store adik kesayangan..hehe), gedung perniagaan buku-buku ilmiah! Juga bakal kusertai. Semoga bermanfaat untuk ummah. Menebar budaya Iqra' di kalangan warga. Ana sejujurnya sejak dari kecil ingin mempunyai syarikat penerbitan sendiri kerana buku dan penulisan adalah passionku! Sangat teruja untuk memiliki perniagaan sendiri, yang menjadi perniagaan keluarga dan diwariskan ke generasi. Semoga menjadi kenyataan nanti! Insya' Allahu Rabbi..

Keenam, ingin serius dan istiqomah dalam Pemuda Persatuan Ulama' Malaysia. Syu'bah Syubban ini baru sahaja dilakukan rebranding dan transformasi. Syukran pada Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor, selaku Ketua Pemuda yang memberi peluang kepadaku untuk turut serta. Menanggapi tugas setiausaha, semoga Allah melorongkan jalan dan memberi kekuatan..!

Ketujuh, Rindu Teratak Ilham di Taman Ilmu! Nun di Timur Bilaadi. Pada seorang peribadi yang telah 10 bulan aku dalam rahimnya yang mulia; mengenalkanku pada dunia; tempat menanam usaha dan perjuangan agar di akhirat dapat dituai hasilnya. Dan pada sosok yang telah memberi mesej padaku beberapa hari lepas "Salam. Abah harap anak-anak semua bahagia walaupun tinggal berjauhan." Beliau suka melakukan itu, lantas menghantar pada semua anaknya yang keenam-enam telah mempunyai handset. Kadang-kadang hanya segaris ayat buat inzar dan tazkirah. Abah I got terjemahan Sahih Bukhari for you! I grab it at Pesta Buku KL. Dan ana kangan bangat sama seluruh isi rumah....! Juga ikan-ikan tilapia di kolam kecil, tepi Ghurfah Syahadah. Dan juga harus sebelum itu, abang long ku Muhammad Hafiz@Abg Fiz yang kelakar sempoi nun di KUSZA, adik-adik ku yang sudah makin menginjak dewasa; Abdul Hakim Fikri@Dik Yee yang sering saling meluah berkongsi perasaan denganku memahami hatiku; nun di UMS Labuan Sabah, Ahmad Akmal@Dik Maa yang sering berbincang tentang buku kitab, soal agama, ilmu dan kesufian denganku; nun di Sekolah Menengah ku dahulu SMKA Nurul Ittifaq, Muhammad Arif@Dik Reef yang rajin, yang sering membantu keluarga dan aku; nun di SMKA Wataniah dan Nur Adam Azami@Dik Ami, yang bongsu sekali, manja mudah menitiskan air mata saat aku mengusiknya, tapi kini sudah makin matang dan besar (paling tinggi di kalangan keluarga padahal paling bongsu) nun di SMA Ittifakiah sekolah emakku dan abang longku dahulu.... :'( Segeralah hadir cuti semester IPT dan cuti persekolahan bersama-sama, agar ana mampu pulang seketika menatap mata kalian yang kurindui saban hari.

Baarokallahu Fiik...

Blogger Templates

"Makin dewasa; makin pekat bejat cabarannya. Harga kematangan amat besar tukarannya, namun sangat mahal nilaiannya. Bertuahlah barangsiapa yang memilikinya.."-Syahadah al~Hafeezah

You May Also Like

0 Comments