SANA SITU SINI ~ MOGA ALLAH DI HATI INI

by - April 08, 2010

Salamullahi alaykum jamii’an.
Ah...sekejap saja, ana sudah ke ILIM, kemudian kembali ke Villa Mujahidah semula. Kemudian menjalani hari-hari perjuangan lagi.. Insya Allah.. Bagai sekelip mata sahaja. Sungguh-sungguhlah bahawa; tahun, bulan, hari, jam, minit dan saat; cepat sungguh berlalu! Subhaanallah~ Astaghfirullah. Nanti-nanti sekejap sahaja, sudah mengadap Allah. Itupun, kalau Dia sudi bertemu kita... Allahu Akbar..

Sahabat-sahabat ramai bertanya tentang Assessment di ILIM itu. Kerana ada yang gilirannya minggu ini. Ana pula hari itu, tidak bersedia langsung. Menanggapi apa adanya. Fikir-fikir kembali lucu juga. Di tengah malam suntuk sebelum bertolak pagi Sabtunya, barulah gagah-gagah mesej saudara Norazali. Kerana mendapat khabar, dia juga akan menjalani Assessement sekali. Alhamdulillah, dia banyak bercerita selok belok. Kerana katanya dia sudah bertanya pada Kak Khairul Izza. Namun, di tengah hari Sabtu, dia harus bergegas pulang dan menarik diri dari assessement itu. Kerana musibah yang tertimpakan keluarganya.. Allahu Akbar. Selalu saja nikmat dan cobaan datang silih berganti, buat memberi hikmah pada insani..

Justeru, ana kongsikan di sini. Moga ada manfaatnya Insya Allah.

Ana sampai dan mendaftar diri. Mendapat nombor yang sangat comel sekali. Semua orang mengujarkan padaku “Wahh..nombor bertuah..” The Lucky number, termasuklah Ustaz Iszam Padzil. Nomborku 123. Besarnya tag, peserta jadi cuak. Namun mereka berkata, “Semua orang pun pakai.. Janganlah malu..” huhu


 I got filmed??

Begini jadualnya:
HARI 1
8.30-10.00    : Pendaftaran
10.00-10.30  : Sarapan pagi
10.30-11.30  : Taklimat
11.30-12.30  : Ujian Psikometrik
(12.30)         : Mencabut tajuk Speech Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
12.30-2.00   : Lunch/Solat
2.00-2.50     : Aktiviti 1 (LDK-Ice Breaking, Aktiviti berkumpulan, Pembentangan)
3.00-4.00     : Aktiviti 2 (Wacana Ilmiah-Tajuk Kalimah Allah)
4.00-4.15     : Rehat, minum
4.15-6.15     : Aktiviti 3 (Speech Bahasa Melayu, dapat tajuk, bersedia 5 minit terus speech. Tajukku: Kepentingan Gerakerja Bersama dalam Organisasi)
6.15-8.30     : Solat, Dinner, Solat
8.30-10.30   : Ujian Qira’ah (Membaca al-Qur’an, soalan Tajwid)
HARI 2
6.00-7.30     : Solat Subuh, Breakfast
8.30-10.30   : Aktiviti 4 (Speech Bahasa Arab, 5 minit, Tajukku: Daur al-Mar’ah fi Binaa’ al-Usrah wa al-Mujtama’)
10.30-11.00  : Rehat, minum pagi
11.00-1.00   : Speech Bahasa Inggeris (5 minit, Tajukku: Gangsterisme in School)
1.00-2.00     : Lunch, Solat
2.00-3.00     : Aktiviti 6 (Simulasi Mesyuarat. Masing-masing mendapat kad nama. Pengerusi Majlis, Wakil MERCY, JAKIM, PUM (pun ada J), dll. Dan ana, Wakil ABIM! :P
3.10-4.40     : Aktiviti 7 (Debat Ala Parlimen. Ada barisan pembangkang dan kerajaan. Ana di pihak pembangkang. Dan telah memilih Parlimen Kota Raja. Buntu, tak tahu nak tulis apa. hehe)
5.00-6.00     : Ujian Penulisan (Terjemah BI-BM, BA-BM, BM-BI, BM-BA)
6.00-6.15     : Penutup
6.30             : Makan malam, bersurai)

Ya Allah, syukran bagiku pengalaman mahal ini. Serasa sungguh-sungguh energi dan daya fikir ku dikerah dan ditarah. Seolah-olah segala-gala yang kubelajar harus dikeluarkan ketika itu. Boleh dikatakan, secara kesimpulan, ini adalah seumpama tamrin + BTN. Ngeee~ Syukran juga pada ibu dan abahku yang menyarankan ana pergi. Juga pada beberapa individu yang kutanya pendapatnya. Syukran kalian.

Sepanjang melalui program penilaian ini, daya fikirku berpusing 24 jam. Macam-macam ku fikir. Walau ana menanggapi segala ujian yang mendatang dengan bersemangat dan mencuba buat sehabis baik (bak SMS pesan abahku saat ana menjejak sahaja kaki ke ILIM-“Buat sehabis baik, tunjukkan kebolehan dan kelebihan diri. Waktu sekarang ini, agak susah kalau mahu memilih kerja”) namun, ana menyerahkan segalanya pada Allah. Total. Insya Allah. Titik.


Ada beberapa perkara membuatku terkesan
1)Ada calon yang tidak membawa pen dan kertas, seolah-olah tidak bersedia ke program
2)Ada calon yang lambat-lambat
3) Dari 7000 orang yang menduduki ujian pada pertama kali dulu, 861 orang terpilih untuk ke assesment ini. Alhamdulillah...
4) Perlu lebih banyak belajar, baca dan hadam isu-isu semasa khususnya berkaitan umat Islam dan agama Islam.
5) Kuatnya semangat ibu-ibu mengandung. Antaranya Ukhti Rabihah sahabatku..
6)Sebolehnya menjaga akhlak, adab dan tingkah laku, padahal tidak diperhatikan atau di evaluate 24 jam pun. Apa taranya dengan pengawasan Allah pada kita, sungguh-sungguh 24 jam itu maha benar. Lalu, mengapa masih sanggup berbuat durjana! Analoginya, mereka yang berjaya dalam assessment ini, seolah-olah kalau dikaitkan dengan suasana akhirat, mereka adalah yang berjaya ke syurga. Keluarlah senarai nama mereka yang berjaya dan tidak. Kerna sungguh-sungguhlah bahawa dunia ini adalah ladang tempat bercucuk tanam, dan di akhirat nanti hasilnya dituai. Sungguh-sungguhlah juga, bahawa nanti sudah di sana, kita tidak mampu kembali lagi ke dunia!! Nastaghfirullahal Aziim.. (menanggapi pesan-pesanan dalam KCB1, oleh ayah Anna Althafunnisa’: “Bahawa biar segala yang berlaku di dunia ini dikaitkan dengan akhirat”)
7) Bertemu ustaz-ustazah JAKIM yang banyak kulihat di TV. Menyaksikan kesungguhan mereka. Menjadi sangat tertarik hati dengan bidang/lapangan perkhidmatan Hal Ehwal Islam, turun ke medan ke tengah masyarakat..
8) Dan banyak-banyak lagi hikmah. Allahu Akbar~

Syukran pada yang sudi mendoakan. Sarang Haeyo Fillah Insya Allah.

- Malam ini, jemput ke DKU APIUM!

Blogger Templates

Blogger Templates

You May Also Like

2 Comments

  1. salam mahabbah fillah ukhti
    wah.. teruja baca entri akak kali ni. interview......
    hoho.. camtu skali ye interview, huhu kalu rin kat tempat akak agaknye terus cabut balik umah..takut..
    ape2 pon rin doakan kejayaan akak..

    ReplyDelete
  2. Salam alaiki aidhan dik. :)
    Aii kamu ni, asek teruja aja ye...
    Tak percaya kalau kamu kat tempat akak, kamu cabut balik. I know u are a very strong person :) Insya Allah. kita kan Mawar. ngee:P Syukran doakan. akak doakan kamu juga Insya Allah (^_^)

    ReplyDelete