Satu ketika kau bertanya..
.......................
Sudikah kau menjadi Makmum di setiap solatku..
Agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..
........................
Sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku
Agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku
Agar rohaniku terisi hikmahNya
Dan akhlakku terjaga hendaknya
..........................
Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku
Agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
............................
Sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku
Agar satu hari, jika ujian itu datang...
Air mataku ada yang menghapuskan..
............................
Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku
Agar aku terus berada di atas jalan yang benar
.............................
Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..
Agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan
Walau hanya sekadar senyuman :)
.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..
Mendengar luahan hatiku
Agar aku boleh berbicara apa sahaja denganmu
Tanpa rasa ragu..
...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur tika ku kesunyian
Agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab...
"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
Dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..
................................
Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
Jika aku sudah tidak seperti dulu?
.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
Aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
Menjagamu..
Menemanimu..
Memerhatikanmu..
Mendidikmu..
Membelamu..
Menggerakkanmu..
Menjadi sahabatmu..
dan menghiburkanmu..
Sudikah kamu wahai .....................?
Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
Nikmatilah percintaan itu dengan caranya yang terindah...
~Hanyasanya melalui PERKAHWINAN~
Perkongsian dari FB Sahabat.. Syukran..