PUASA INI UNTUKKU…

by - September 11, 2010

سلام الله عليكم ورحمته وبركاته وغفرته


Alhamdulillah.. Ramadhan pun sudah melabuhkan tirainya. Walaupun berasa sangat sedih dengan kepergiannya, khususnya di pagi Syawal nan hening.. namun bersyukur juga kerana kita telah berhasil menjalaninya. Selebihnya serahkan pada Allah, kerana Firman Allah dalam Hadith Qudsi:
..."الصيام لي وانا أجزى به "
“Puasa itu adalah untukKu..dan Akulah yang berhak memberi ganjaran (menilai) nya..”

Semuanya kita serahkan pada Dia yang Maha menilai.. Entah baikkah, entah burukkah? Entah maqbul, entah mardud..? Naudzubillah.. Semoga natijahnya adalah baik-baik sahaja.. Allahu Akbar..

Selepas hari raya ini, ada tugas dan amanah menanti. Amanah baru sebagai seorang pelajar sarjana dan juga pemegang Skim Biasiswazah Universiti Malaya. Ada juga test lesen JPJ. Insya Allah moga berhasil dijalani dengan baik. Semoga Allah masih sudi menemani langkahan kaki yang hina ini.. kerna tanpa ditemaniNya..maka jadi tidak ingin pun berteman walau sesuatu yang lain…

Ramadhan ini, seperti juga Ramadhan yang berlalu sebelum-sebelum ini, telah berupaya menambahkan hikmah dan membuka tabir rahsia dalam hidup.. Ada insaf, ada ikhlas, ada pencerahan, ada mujahadah, ada sakinah…ada suka..dan juga duka..

Ya.. Puasa ini UntukMu… Terimalah ia Ya Allah….. Sudikah Engkau Ya Ilaahi..??
Taqabbalallaahu minna waminkum ~ Ya Kareem.. Ya Adzheem..



Al-Faqiirah ilayKa..

You May Also Like

0 Comments