Menunggu di Sayup Rindu (Part II)

by - May 15, 2011

Sambungan...
Baca dahulu di sini --> (Menunggu di Sayup Rindu Part 1)



“Ustazah.. salahkah andai kita berdoa untuk orang spesifik? Doa dijodohkan dengan si fulan bin si fulan misalnya...”
Soalan SMS penuh terus terang buat Ustazah Sakinah sewaktu dia berada di tahun asas pengajian sarjana mudanya itu kembali tergambar di kotak minda Wardah. Mujur tidak tanya berdepan-depan, tentu lagi cuak jadinya. Soalan dari orang tidak matang, fikirnya. Ya, manakan matang, umurnya di kala itu baru mahu masuk ke angka dua, 20 tahun. Baru mahu belajar menyukai orang. Suka..kah..? Atau sebatas hanya perasaan ‘kagum..?’

“Bagi ustazah, seperti yang ustazah amalkan, usahlah berdoa untuk orang spesifik, kerana kita tidak kan pernah tahu apakah benar dia yang paling pantas buat kita. Dan nanti misalnya tidak menjadi kenyataan, alangkah hati kita ini, sungguh kasihan...! Ada baiknya kita berdoa secara umum sahaja. Misalannya, sebutkan sahaja apa yang kita mahu. Tinggi berapa, orang mana, ciri-cirinya bagaimana, apa romantik, apa pendiam, apa berilmu, apa ustaz, apa protaz, apa balik Azhar dll. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar rintihan dan permintaan hamba-hambaNya.. Hamba-hamba yang ikhlas di jalanNya. Yang penting adalah ikhlas, dan lakukan semua suruhanNya, di samping memperbaiki diri dari hari ke sehari. Berikan hatimu pada Allah, Insya Allah Dia akan menemukan pemilik terbaik buat hatimu. Insya Allah, kalau tidak dapat yang 100% seperti apa yang kita mahu, Insya Allah, lebih dari 50% seperti apa yang hati kita inginkan.. Alhamdulillah..seperti apa yang ustazah dapat.. Subhaanallah..”

Dan Wardah tidak mampu terkata apa lagi, tidak mampu mempersoalkan banyak lagi. Suatu jawapan yang sungguh-sungguh menikam ke jantungnya, memahamkan fikrahnya, menyuburkan hatinya. Sungguh bijak dan berhikmah Ustazah Sakinah menerangkan, ibaratnya berhadapan kaca yang rapuh. Ya, umur serikandi mujahidah mana yang tidak rapuh, di sela umur 20-an yang ternyatanya suatu persimpangan penuh peperangan antara keinginan, hawa nafsu, fitrah, cinta Ilahi, cinta manusiawi dan seribu satu rasa lagi..Suatu spektrum dimensi bagi seorang anak muda yang baru mahu ‘mengenal’ dunia dan akhirat secara sesungguhnya..
Dan Wardah lantas meniupkan ke dalam diri.. “Ya, aku mahu jadi seperti ustazah ini...! Ustazah murabbiah ummah, yang menyentuh hati-hati manusia dengan penuh cinta dan kasih sayang serta hikmah..!”

Sejak itu dia selalu berdoa, dari umurnya kira-kira 19 tahun hingga kini.. Tidak kan pernah lupa..
Pabila dia bangun untuk menghidupkan malam, ada doa untuk seorang akhi itu. Seorang lelaki yang entah siapa-siapa, seorang akhi yang entah di mana-mana, seorang mujahid yang entah sedang bagaimana..?
“Ya Allah, bangunkan dia juga untuk solat malam.”
Di sela peperiksaan, dia juga berdoa dengan tulus.. “Ya Allah, sekiranya dia juga sedang menghadapi peperiksaan seperti aku.. mudahkanlah dia.. campakkanlah sakinah ke dalam dadanya agar dia dapat melaluinya dengan baik, Insya Allah..”
Kadang-kadang Wardah terfikir.. pelikkah dia untuk melakukan hal ini ...?? 

“Ukhti, kadang-kadang ada tak awak doakan untuk seseorang...?
Seseorang yang masih tidak tahu siapa...”
“Doakan untuk siapa..? Hm... Tak faham.. Sungguh ni..” begitu acapkali balas sahabat-sahabatnya kalau ditanya..
“Ya, misalannya untuk bakal pasangan kita.. kerna kita yakin kan, Insya Allah dia pasti ada..”
“Ha...?? Hm.... tak pernah pulak rasanya... Ha’ah la kan..... macam best je... Nak cuba la pasni.. Insya Allah... Nape tak pernah terfikir sebelum ni ya..? huhu..” Masrina membalas dengan wajah yang berbunga-bunga.


Dialog bakal-bakal graduan sarjana muda dalam bidang-bidang pengajian Islam ini sepertinya semakin pelik dan aneh sekali. Ya..! pelik dan aneh kerna ia soal hati. Suatu rasa yang jarang singgah di hati. Ya, kalau singgah pun cuma sekadar sahaja, dan sekejap cuma. Ya, mungkin hanya terbatas pada kagum, mungkin. Wardah dan sahabat-sahabatnya ternyata jarang bercakap soal ini. Bagi mereka, berada di hijau menara gading, apatah lagi di mentah bangku sekolah bukanlah menawarkan satu tiket untuk mereka bergelumang dengan soal yang ‘tidak pasti’ ini. Ternyata masih banyak lagi pekerjaan ‘pasti’ yang lebih diutamakan. Ada assignment dari muhadhir dan muhadhirah yang ‘pasti’ perlu dihantar dan dinilai, ada soalan peperiksaan yang ‘pasti’ perlu dijawab dalam peperiksaan nanti, ada gerakerja persatuan yang telah ditaklifkan, dan ‘pasti’ ditanya di negeri akhirat nanti, ada buku-buku dan bahan bacaan umum yang perlu dihadami, bimbang nanti bergraduasi ‘pasti’ ditanya masyarakat, dan dibilang orang entah graduan apa tanpa strata ilmu dan intelektual yang entah apa-apa, dan paling ‘pasti’ adalah tugasnya sebagai khalifah dan abid, posisi sebagai hamba yang ‘pasti’ ditanya di hadapan Khaliq nanti... La Haula Wala Quwwata Illa Billah... Semuanya menuntut upaya yang bukan sedikit dan bukan calang-calang.. Dan soal ‘ketidakpastian’ inilah yang telah menguatkan hati nya saat beliau di kacau orang sewaktu di bangku sekolah, ditanya orang, mahu dipadankan dengan orang, dan pelbagai lagi term yang seumpama dengannya. Ya, walaupun sehingga sekarang.. di sela umur 24 tahun..! Itu belum lagi memikirkan tentang ilmu dan persediaannya, sebagai bakal isteri. Memasak, menjahit, penjagaan kehamilan, penjagaan anak, bergaul dengan keluarga mentua, menguruskan kewangan, apatah lagi soal menjadi seorang isteri yang cerdik dan solehah.. Allahuakbar........!

(bersambung..... Part III)

Share This Post =)

You May Also Like

0 Comments