facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

Inspirasi Syahadah

Everyday is a miracle :)



Ramai sudah yang bertanya padaku cara untuk mendaftar sebagai student postgraduate di Universiti Malaya. Kebanyakan dari IPT lain. Dan juga teman kepada sahabat-sahabatku yang masih undergraduate. Ada juga student foreigner luar negara. Lalu aku mengirim e-mail untuk menjelaskan. Dan di sini, aku mengambil peluang untuk share dengan antum. Moga ada manfaatnya.

Aku sangat gembira ramai antara sahabatku mahu menyambung ke postgraduate. Antaranya juga Ustazah-ustazah kita :). Tidak mengapa andai suatu masa, pelajar-pelajar master dan PHD ini yang akan mendidik bukan sahaja warga menara gading, namun juga pelajar di bangku sekolah. Kerana kita belajar bukan untuk gaji dan status. Dan misi untuk menambahkan bilangan profesionalis Islam, harus menjadi agenda umat Islam kini!! IT'S A MUST kerana ini keperluan dunia sekarang, di saat Umat Islam selalu tertinggal ke belakang.

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *


Assalamualaikum wbt.

It's quite easy to apply master here. Because all are prepared online. And the IPS Staff are nice. :)

For academy of islamic studies candidates:

1) Define your interested area of research
2) Define your topic of research
3) Define your suitable supervisor according to your area and their expertise (can contact them through email/phone call)
4) The url that can help you

Official Website of UM - http://um.edu.my/
Official Website of APIUM- http://apium.um.edu.my/
Official Website of APIUM Postgraduate- http://apium.um.edu.my/programs/post/post_home.html
List of APIUM Lecturers and their expertise- http://apium.um.edu.my/staff/F&U/JFU_menu.html

5) Apply online through
Official Website of Institute of Graduate Studies - http://ips.um.edu.my/
Step by Step of Application- http://ips.um.edu.my/index1.php?pfct=ips&modul=About_IGS&pilihan=Application_Process
Fill the Application Online Form- http://kemasukanpgrad.um.edu.my/

* You'll need to print out the Referee Form 1 and Referee Form 2
* You'll need to prepare the Proposal according to their guidelines- http://ips.um.edu.my/index1.php?pfct=ips&modul=International_Students&pilihan=Proposal

The Admission for Session 1 (Jun) 2010 are now open-
http://ips.um.edu.my/images/ips/doc/admission/IklanBI_210110.pdf

6) Just follow all the instructions
7) Submit all the form and document to IPS (by hand/by post)

The result will be about 1-2 months. IPS will contact you for the evocation matters.

Allah Bless,
All The Best!
Wassalam wbt.
Syahadah al-Hafeezah.
January 27, 2010 No Comments


"Melihat kembali video 'Detik kemenangan Pro-Mahasiswa di UM" ini... sungguh hati kami bergetar. Mengingat kembali memori Al-Fath 08/09 sesi lepas... dan kenangan sebagai Setiausaha 1= Sungguh aku terpuruk di hadapan keagungan dan kehebatan Allah.. !!"

"Al-Fath sesi lepas merupakan satu langkah kecil anugerah Allah, suatu 'pembukaan'.
- Kita namakan AL-FATH moga-moga mengambil semangat pembukaan kota Mekah, Al-Fathu Makkah yang mengocakkan jiwa.
- Dan surah Al-Fath, Surah An-Nasr dan Qunut Nazilah tidak lekang di bibir-bibir kita.
- Disertai "Munajat Al-Fath" yang harus menjadi amalan kita. Ia juga amalan Tok Guru kesayangan kita.
- Dan bersama "Thaifah al-Fath" di bawah seliaan YDP PMIUM kita, Akhi Shazni Munir; yang menjadi satu kumpulan yang terus-terusan membaca al-Qur'an dan zikir-zikir serta doa-doa yang lain, buat membantu kemenangan di saat usaha kita yang setakat terdaya. Kumpulan ini tidak diketahui dan dikenal orang lain. Mungkin dia kurang turun mengecat banner berhempas pulas, namun mereka ada tugas pentingnya. Jangan kita su'u dzhonn."

"Mungkin ada bertanya mengapa baru sekarang ana menuliskan ini. Di saat tembakan gelombang semboyan jihad telah dilepaskan di kampus. Namun itulah, untuk menuliskan ini pun ana masih terketar-ketar menyusun kata dan beristighfar. Ana bimbang kemenangan kita pada sesi lepas adalah Istidraj. Sangat bimbang. Kemenangan di saat Allah murka dan tidak redha. Namun ketahuilah sahabat, kami sangat bersyukur pada Allah atas kemenangan ini. Dia sempat kasihan pada kita, dan memberi sedikit peluang untuk merasa manisnya kemenangan Islam, atas jalan kebenaran. Di saat kita....masih begini..dengan dosa dan maksiat yang bertimbun.."

Ana menghembuskan nafas doa dan keyakinan buat semua.. Semoga...

+ Senior-senior sesi 07/08 dan sebelumnya, terima kasih telah merintis jalan!
+ Sahabat-sahabat Ansarullah Al-Fath 08/09, moga istiqomah!
+ Sahabat-sahabat dan adik-adik PRK 10/11, teruskan perjuangan!
+ Sahabat-sahabat di seluruh kampus di Malaysia, bangkitlah Mahasiswa!

Teruskan perjuangan kita, jalan kita masih jauh dan penuh onak duri!

Ya Allah.. bantulah kami lagi.. kami yang kerdil ini, tiada sesiapa pun sebagai pembantu kecuali ENGKAU"



SALAM PERJUANGAN ANAK MUDA!
Lawati
TV PRO-MAHASISWA
BLOG PRO-MAHASISWA UM
January 27, 2010 No Comments




“Aku adalah seekor kijang..
Melompat-melompat menjelajah medan..
Melintas parit, membelah semak..
Hutan dakwah adalah khemahku..

Sebentar lagi aku akan punya majikan, Insya Allah..
Majikan yang harus kusayang dan kuhormati..
Kucintai dan kutaati..
Ada sangkar emas yang menjanjikan Syurga..
Sebagai pagar segala aktivitiku..

Aku mesti belajar diatur dan mengatur lompatan..
Belajar menyayangi dan menghormati..
Mencintai dan mentaati..
Menyenangkan dan membahagiakan..
Menenangkan dan mententeramkan..

Namun aku tetaplah kijang..
Yang suka melompat-lompat, menyeruak petualangan dakwah.


Sungguh aku berharap, jadikan aku kijang manismu..
Yang tiap lompatanku adalah bahagiamu..
Yang tiap lariku adalah redhamu..
Redha suami yang soleh dan bertaqwa”

(Dikutip dari: Novel “Beri Aku Satu Bidadari” karya M. Muttaqwiati)
Dari blog Sahabat FB ku.

Dialih bahasa ke bahasa Malaysia oleh Syahadah 
Ditujukan khas buat semua akhawat dakwah yang kusayangi Fillah...dan 'dia'.

January 26, 2010 No Comments

"Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu. Dan mereka tidak merubah janji mereka.."
(Al-Ahzaab:23)

Aku memulakan post ini dengan ayat cinta Ilahi yang sungguh bermakna pada diriku ini. Subhaanallah... gerimis hatiku lalu air mata tumpah membaca post yang diambil dari blog seorang sahabat seperjuangan. Walau tidak mengenali dua orang mujahid ini namun terasa pilu menjalar nubari. Itulah dia bahana ukhuwwah fillah. Asasnya syahadah yang satu. Dan diperkukuhkan dengan bai'ah fisabiilillah.

Kadangkala di sela-sela umur dewasa ini, kami ada duduk-duduk berbincang tentang 'jodoh'. Antaranya adalah tentang fenomena tidak berkahwin. Sama ada lelaki atau perempuan. Dan kami menyoroti lebih dalam. Bahawa jodoh itu telah ditetapkan sejak dahulu di Loh Mahfuz. Itu pilihan Allah. Lalu bagaimana jika tidak berkahwin? Itulah suratan Ilahi namanya. Dia mentakdirkan begitu kerana Dia mahu begitu. Dia mahu kita bahagia di syurga dengan sedikit mahar di dunia. Subhaanallah.... bukan tidak sering kita su'u dzhoonn dan berprasangka buruk pada mereka-mereka yang tidak berkahwin... dan su'u dzhonn pada Allah... Astaghfirullah...

Lalu, inilah contohnya. Mujahid-mujahid dan mujahidah-mujahidah yang gugur terlebih dahulu, atau kanak-kanak yang telah meninggal dunia lebih awal, juga semuanya ada jodoh untuk mereka. Bukan tidak ada. Di samping bidadari syurga yang menyambut hangat di Syurga...Subhaanallah... Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan...?? Memang dunia ini hanya fana sementara sahaja sahabat... Sungguh tak terbandingkan dengan eternity dan nikmatnya syurga.. Allahu akbar...

Ikhwahku, semoga bahagia di sana. Antum telah menunaikan janjimu pada Ilahi... Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun.... Kita pula bagaimana?? Semoga kita golongan yang yantazir (menunggu-nunggu) itu dan ma baddalu tabdiila.. (tidak mengubah janji ini...) Insya Allah.. Saya teringat lagi kepada taujiihat pimpinan dahulu semasa di Nilam Puri... 

"Para pejuang ini tidak akan pernah berhenti berjuang di jalan Allah. Hanya ada dua cara sahaja Allah memberikan kerehatan, iaitu dengan cara Allah memberikan sakit yang sementara, atau meninggal dunia... Kerana sahabat, kita telah berjual beli dengan Allah.. barang tukarannya adalah hadiah paling agung.. iaitu SYURGA!!"

Subhaanallah...Alhamdulillah pada DIA yang telah memilih aku, dia dan kamu dalam Bahtera Perjuangan ini. Semoga kita istiqamah ke titisan darah terakhir.... Allahu Yubaarik Lana.....

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


ARWAH UST FAIZOL


ARWAH UST FADHIRI

Tanah Merah, 13 Jan- Pro Kebajikan UPSI hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya, Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin dan Mohd Faizol bin Abdul Sukor.
Menurut saksi , kedua-dua mangsa maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal Kriss dan sebuah lori penghantar barangan ekspress di simpang empat berdekatan kuil. Mangsa Mohd Faizol meninggal ditempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk di kepala manakala Mohd Fadhiri meninggal jam 10.30 pagi hari kejadian di Hospital Teluk Intan selepas mengalami kecederaan dalaman.
Wakil Pro Kebajikan ke rumah mangsa di Tanah Merah dan Pasir Mas , Akmal Bin Madzir merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap ahli keluarganya tabah dalam menghadapi ujian Allah.
“Saya mewakili Pro Kebajikan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa. Alhamdulillah, pengkebumian kedua-dua mangsa berjalan dengan lancar pada jam 11 dan 2.30 pagi tadi . Kami senantiasa berdoa, semoga Allah memberikan kesabaran kepada keluarga mereka. "
“Di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak terutama pihak HEP UPSI yang membantu urusan sahabat kami yang dikebumikan di Tanah Merah dan Pasir Mas, Kelantan,”katanya.
Beliau yang juga saksi utama ditempat kejadian turut menyatakan rasa penghargaan kepada kedua-dua mangsa yang banyak memberikan sumbangan terhadap masyarakat kampus.
“Allah telah memberikan kerehatan kepada sahabat saya, saudara Fadhiri dan faizol.semoga sahabat berdua boleh berehat dengan tenang. sahabat telah menunaikan janji-janji yang sahabat nyatakan depan Allah dan insyaAllah, saya dan sahabat-sahabat yang lain akan menuruti juga kalian berdua,” tambahnya lagi.
Kelmarin, dua pelajar UPSI terlibat dalam kemalangan maut dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung halaman masing-masing. Arwah Fadhiri selamat dikebumikan pada jam 2.30 pagi di Tanah Perkuburan Tanah Merah manakala arwah Faizol selamat dikebumikan pada jam 11.00 malam di Pasir Mas.



KRONOLOGI KEMALANGAN

4.30 pagi – Arwah Faizol bersama 5 orang rakan ke KTM Tanjong Malim untuk menjemput rakan-rakan yang lain. Namun, arwah Faizol tiba agak lewat berbanding rakan-rakan yang lain dengan menaiki motosikal Kriss milik rakan sebilik di KUO.
5.00 pagi – Kemalangan melibatkan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa. Motosikal mangsa bertembung dengan lori kiriman barangan ekspress yang datang dari arah Rawang untuk ke Pulau Pinang.
5.15 pagi – Ambulans dari Klinik Kesihatan Tanjong Malim tiba. Arwah Faizol disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala arwah Fadhiri dibawa menaiki ambulans untuk ke klinik kesihatan Tanjong Malim.
5.20 pagi – Polis tiba untuk mengawal lalu lintas. Orang ramai telah mulai mengerumuni tempat kejadian.
5.45 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ahli keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku. Arwah masih dalam keadaan sedar dan hanya mampu menyebut, “Allah…Allah…Allah…”
6.15 pagi – Pegawai Penyiasat Polis Trafik IPD Slim River tiba di tempat kejadian untuk membuat siasatan.
6.30 pagi – Mayat arwah Faizol di bawa menaiki Land Rover PDRM ke Hospital Slim River untuk dibuat bedah siasat.
7.00 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan arwah Fadhiri perlu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah segera kerana mengalami kecederaan dalaman yang serius.
7.15 pagi – Pegawai HEP dan Felo Kolej Ungku Omar (KUO) tiba di Hospital Slim River.
7.30 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Teluk Intan.
9.00 pagi – Arwah Fadhiri sudah tidak sedarkan diri. Arwah sudah mula berhenti bernafas dan otaknya sudah tidak berfungsi dan hanya jantung sahaja yang masih berfungsi. Pegawai Perubatan hospital berusaha keras untuk menyelamatkannya.
10.30 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan kepada rakan-rakan yang hadir bahawa arwah sudah meninggal dunia. Di Hospital Slim, arwah Faizol menerima kunjungan dari segenap lapisan masyarakat. Ahli keluarga arwah Faizol tiba untuk pengesahan mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan arwah Faizol dilakukan.
11.00 pagi – Abang sulung arwah Fadhiri, saudara Khairul yang datang dari Kuala Lipis tiba di Hospital Teluk Intan dan dimaklumkan mengenai kematian arwah. Keluarganya yang lain masih berada di Grik.
1.30 petang – Ayah dan ibu arwah Fadhiri tiba di bilik mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan jenazah dilakukan. Di Surau Al-Falah, arwah Faizol tiba untuk disolatkan.


Arwah Fadhiri di Hospital Teluk Intan

2.30 petang – Arwah Faizol di bawa menaiki van jenazah Hospital Slim untuk dibawa ke Pasir Mas, Kelantan.
3.30 petang – Arwah Fadhiri disolatkan di surau Hospital Teluk Intan.
4.00 petang – Arwah Fadhiri dibawa menaiki van jenazah UPSI untuk dibawa ke Tanah Merah, Kelantan.
8.30 malam – Jenazah arwah Faizol tiba di kediamannya.
10.30 malam – Jenazah Fadhiri tiba di kediamannya manakala Jenazah Faizol telah selamat dikebumikan. Keluarga arwah Fadhiri masih menunggu seorang lagi abangnya yang dalam perjalanan dari Sarawak.
1.00 pagi – Arwah Fadhiri disolatkan. Hadirin yang datang untuk bersolat melimpahi hingga ke luar rumah.
1.30 pagi – Jenazah Fadhiri selamat dikebumikan.
Al-Fatihah…

Nik Mohd Kamal Nik Hanafi

Posted by Muhammad Redhuwan Zakaria
From MEMAHASISWAKAN PERJUANGAN 
Coretan menyayat hati Kak Long Akhi Fadhiri [klik di sini]
January 22, 2010 No Comments

Sambungan dari Kakakku tersayang..apa khabar dikau di 'sana'?

....Lalu kami pun usai solat. Sungguh-sungguh aku ingin menjerit dan bertanya. Sebelumnya sepanjang solat aku telah menjerit dalam batin dan relung jiwaku. Namun akhinya usai solat aku diam sahaja. Sambil berzikir menenangkan diri, dan SANGAT berharap bukan BERITA itu, bukan instinct hatiku yang satu itu..

Tapi Ukhti Hamka_Kecil lalu memanggil... "Korang...kenal tak Kak Zalikah. Tu Kak Ika ke..?" Hatiku berdetak kencang. Sungguh aku rasa BERITA itu. BERITA yang natijahnya, bahawa kami akan dipisahkan oleh ruang jasad dan roh. Sungguh!  Lalu dik Nur_Jayyid menjawab.... "Ya Kak Ika lah tu. Kenapa akak..?" Aku diam sahaja.. dengan perasaan yang hampir pasti. "Dia dah takde. Baru meninggal lepas Jumaat tadi..." "Siapa bagitahu kak?" tanya dik Nur_Jayyid lagi. "Ustaz Radzi dalam YM.."

Maka instinct hatiku memang sudah ternyata benar. Tanpa bertangguh, hatiku yang berkocak hebat dengan mata yang sedia pijar itu akhirnya pasrah pada fitrah seorang manusia yang lemah. Tanpa sempat kami berdoa, aku terus menutup muka ku dengan kedua telapak tanganku. Dan menangis semahunya. Dik Nur_Jayyid dan Tasnim Hissan seolah-oleh terpana dan tergamam. Dik Nur_Jayyid terus-terusan beristighfar dan berzikir, begitu juga Tasnim_Hissan. Aku menangis semahunya dengan muka yang ditutup. Aku melepaskan segala rasa sakit dalam dadaku, rasa rindu dan sayang pada dirinya yang seorang itu. Biarlah semoga sekali ini sahaja. Aku tidak ingin lagi menangis di lain kali. Lantas, kenangan demi kenangan bersamanya berulang tayang dalam kelamnya pandangan mataku. Membonceng motosikal bersamanya mencari kedai photostat di malam hari... berusrah takwin bersamanya... ditarbiah olehnya.. Dia, seorang kakak; yang banyak mencorakkan diriku hingga jadi seperti ini sekarang... Air mataku tumpah lebat. Agak lama kami tergamam membawa ke 10 minit. Aku kemudian menyeka dan mengelap air mataku, dan kembali senyum pada mereka. Lantas terus mengangkat tangan berdoa....lama...dan khusus untuk dia...kemudian mengambil Yaasin dan membaca bersama-sama...

Petang itu, kami terus membuat keputusan. "AYUH KITA KE JOHOR.."
Bersambung...

Ini sedikit untuk kalian. Moga ada manfaatnya Insya Allah. Ringkasan BUKU FIQH SIRAH II yang dibincang oleh kami dalam Takween's. Boleh download di sini atau sini. Ditujukan untuk Nabiku Muhammad SAW, untuk Kak Ika dan untuk Syed Ramadhan al-Buty. Insya Allah.
January 20, 2010 No Comments

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000.  Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya  itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar.  Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita,  jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)
   

Terjemahan Doa':
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

Sila muat turun rakaman tersebut di sini

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua
Wallah hu ‘alam

Sumber
Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita
Oleh: Ismail Abu Bakar
Darussyifa'.org

 ******************************************************************
Komen Saya:
Istikharah ini bukan sahaja untuk soal SIAPA (WHO)??
Tapi untuk 5W 1H, iaitulah WHO? (SIAPA?) WHAT? (APA?) WHY? (KENAPA?) WHEN? (BILA?) WHERE? (DI MANA?) dan HOW? (BAGAIMANA?)
Mudah2an kita dapat sama2 amalkan Insya Allah. SIAPA KITA TANPA DIA?? DIA YANG TELAH MENENTUKAN REZEKI DAN HIDUP KITA SEJAK DARI ALAM ROH, DALAM RAHIM IBU KITA, SEHINGGA KINI... LALU SESUDAH DIBERI AKAL, KITA MENJADI PENENTANG YANG NYATA! ALANGKAH BURUKNYA!

Pautan Lain Tentang Istikharah:
Zaharuddin.Net
IslamOnline.Net
Wikipedia.Org

Buku-Buku Yang Sesuai Dibaca:








SALAM ISTIKHARAH! ^_^
January 14, 2010 No Comments

Dan jika berkata, berkatalah kepada aku tentang kebenaran persahabatan.

Sahabat adalah kebutuhan jiwa
Yang mesti terpenuhi
Dialah ladang hati
Yang kau taburi dengan kasih dan kau panen dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu
Karena kau menghampirinya saat hati alpa dan mencarinya saat jiwa butuh kedamaian
Bila dia bicara
Mengungkapkan fikirannya
Kau tiada takut membisikkan kata “tidak” di kalbumu sendiri
Pun tiada kau menyembunyikan kata “ya”.

Dan bilamana ia diam
Hatimu tiada kan henti mencoba merangkum bahasa hatinya;
Karena tanpa ungkapan kata
Dalam rangkuman persahabatan
Segala pikiran, hasrat, dan keinginan terlahirkan bersama dengan sukacita yang utuh
Pun tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat
Janganlah berduka cita;
Karena yang paling kaukasihi dalam dirinya
Mungkin lebih cemerlang dalam ketiadaannya
Bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki
Nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya ruh kejiwaan.
Karena kasih yang masih menyisakan pamrih,
Di luar jangkauan misterinya
Bukanlah kasih
Tetapi sebuah jala yang ditebarkan: Hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu
Jika dia harus tahu musim surutmu
Biarlah dia mengenal pula musim pasangmu
Gerangan apa sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya
Untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan Sang Waktu!
Karena dialah yang bisa mengisi kekuranganmu
Bukan mengisi kekosonganmu.

Dan dalam manisnya persahabatan
Biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagiaan.
Karena dalam titik-titik kecil embun pagi,
Hati manusia menemukan fajar jati dan gairah segar kehidupan.

Puisi Persahabatan oleh Khalil Gibran
January 11, 2010 No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



A simple me, Syahadah Hafeezah.
Co-Founder at
MYHEAVEN GROUP SDN. BHD.
Printing | Boutique

Follow Us

Labels

Arkib Syahadah bayi berbuka berpuasa Bingkisan_Mujahidah breastfeeding Buatmu Akhawat Fillah cinta cirit-birit DIARI HIDUP fidyah Free Wallpaper Gerbang Pendidikan Hadith Habibi hari lahir Hari-hari adalah Perjuangan Hari-Hari adalah Perjuangan.. Hebahan ibu Info Inspirational Motivational jannah Jurnal Kesyukuran Lagu Ini Me Myself and I MOTIVATION Muhasabah Cinta muslimah Nasihat Buat Puteri Nasyeed Parenting penyusuan perkahwinan perubatan qadha puasa Ramadhan sabar sakit perut Sembang Buku Sembang_Buku Sembang_Isu Seputar Kemahasiswaan suami Tafsir Hati Tasyji' tazkeerah.net Tazkirah tinta_kejora TIPS uzur Wacana_Fikrah walimah WALIMAH CINTA Walimah Sakinah WOMENS HEALTH

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2018 (1)
    • ▼  November (1)
      • Blog My Love
  • ►  2016 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (3)
  • ►  2013 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  July (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (11)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (19)
  • ►  2010 (91)
    • ►  December (7)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (8)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (14)
  • ►  2009 (46)
    • ►  December (15)
    • ►  November (7)
    • ►  October (8)
    • ►  September (8)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (19)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose