Kakakku tersayang..apa khabar dikau di 'sana'?
Ini slide last bagi slide Bedah Buku, Fiqh Sirah II by Ramadhan al-Buty by Syahadah in Takween's..
Pagi Jumaat, 13 November 2009..
Pagi Jumaat, 13 November 2009..
Aku dan Tasnim Hissan teman baikku kilat ribut otak dalam memerah sekitar suatu projek mega yang akan kami letupkan tidak lama lagi.
Suatu projek yang menjadi passionku...minatku.. My Passion is My Devotion..to Allah.. Kerna hanya Dialah yang layak menerimanya..
Kemudian Halawatul Nasirah juga teman baikku masuk ke dalam kampus. Katanya ingin berjumpa dengan lecturer buat menanya mengenai perihal sambung belajar.
Aku sangat gembira tak terucapkan akhirnya dia dapat mengemaskan pemikiran dan perasaannya..dan mula merangka ke fasa baru dalam hidupnya.
Aku sangat gembira pada teman-temanku yang masih bersemangat untuk sambung belajar.. Teruskan kalian... kita lah bakal pendidik warga universiti..
Membasuh mereka dari karat hedonisma.. Menyubur mereka dengan iman dan taqwa.. Merangka mereka dengan jatidiri integriti sejati mulia..
Dia juga ingin menjemput adik Bidadari Besi kesayanganku dari Royal College kerana malamnya dia tidur di sana mengulangkaji nota-nota akaun.
Kemudian, aku buat-buat bergaduh dengan sahabat baikku Halawatul Nasirah..
Lalu kami semua bergerak menuju ke Mydin Subang membeli barang-barang dapur Villa Mujahidah.
Bersama Mujahidah Fillah ~ Tasnim Hissan, Halawatul Nasirah dengan motosikalnya kerana dia perlu segera, ada mengajar mengaji selepas solat Jumaat, Nurmasmarina, Nur_Jayyid dan aku sendiri, Mawar_Mujaheedah..
Baliknya sekitar kira-kira 2 petang, sampai sempat kami makan terlebih dahulu di dalam kereta sebelum bertolak pulang kerana kelaparan yang teramat sangat. Sangat melucukan..
Pulangnya kembali melalui bangunan yang sangat dibencikan itu ~ Kilang Arak yang besar itu!!
Menyibuk sahaja di tepi jalan utama itu. Rasa sangat ingin muntah, hanya dengan melihatnya sahaja...
Sewaktu lalu menuju Mydin aku mengkhabarkan bahawa rumah sahabatku, ulfah_hannan ada di situ. Di rumah-rumah tinggi di belakang itu (aku pun tidak pasti setepatnya apa flatkah, apartment kah, kondo kah..?)
rumah-rumah berceracak yang berwarna pink maroon itu.
Baliknya melalui kilang itu kembali, aku menambah bahawa ulfah_hannan selalu memberitahu bahawa baunya sangat busuk, ketika mereka memprosesnya. Baunya dibawa angin lalu, singgah ke kawasan perumahan mereka.
Kemudian, dik Nur_Jayyid menambah sedang Cik Tasnim Hissan masih setia memandu ATOS nya.. dan Cik Masmarina melayan perasaan sendiri..
"Tapi kak, hari tu saya lalu kat sini, bau wangi juga..saya lalu dengan kak ika (Zalikah Mat Zan) masa tu dalam 2, 3 tahun lepas.. tiba-tiba bau..wah macam jagung.."
"Masa urusan Pilihan Raya Kampus dan tarbiyah ya.. oh akak ingat masa tu kamu menempel aja dengan dia ya.. hmm...jagung...menarik..huhu. kenapa ya macam tu.." ujarku..
"Mungkin ke ada masa2 tertentu kan... masa proses penapaian yis tu mungkin bau lain, pemanasan bau lain...dah siap bau lain.."
"Mungkin juga kan..."
Cik Tasnim dan Cik Masmarina senyum sahaja.. bincang2 budak2 sains ni memang macam2..segala proses ingin dirungkaikan...diuraikan...
"Menyampah teringat..kami budak Bioteknologi kena belajar macamana nak buat penapaian wain, arak.....huhu........" tambah dik Nur_Jayyid..
"Hmm...."
Waktu itu waktunya sekitar, 2.15 petang...kami bercakap tentang Kak Ika....tiba-tiba sahaja...lama setelah beberapa tahun tidak mendengar khabar tentangnya...tentang masalah beguknya... tentang kesihatannya...... bercakap dengannya..mendengar celotehnya...tazkirahnya...leterannya...tegurannya...omelannya..telatah sempoi dan kelakarnya.... wajah cutenya yang bertambah sembap belakangan ini.....dan rindu saat menadah kitab bersamanya dalam usrah takween....membuat aktiviti bersama-sama...rindu task darinya...yang sangat menakutkan untuk terserempak dengan dia saat tidak siap-siap lagi....
Lalu sampai di rumah, mengangkat takbir Zohor sekitar 2.30 dengan aku sebagai imamah...bersama kelelahan yang masih berbaki...
Cik Hamka_Kecil di dalam biliknya sedang online....adik Bidadari Besi masih di luar.. tiba-tiba Cik Hamka_Kecil memanggil dik Bidadari Besi....
"Dik...siapa Zalikah...kak Ika ke??"
"Tak pasti lah kak.....Ya Allah.........................."
Itu sahaja butir bicara yang sempat kutanggapi...sangat tidak khusyuk aku selepas itu...dalam menjadi imamah sampai aku mahu berhenti sahaja dan bertanya
"Ya itu Kak Ika............kenapa......??????????????"
Aku kemudian menghabiskan solat dengan perasaan yang kembali dineutralkan... sambil masih berteka teki apakah subjek perbincangan itu adalah memang benar kak ika??..
Bersambung...
0 Comments