Tuesday, May 31, 2011

DALAM MIHRAB CINTA.........KU BERDOA...


Demi cinta ku pergi...
Tinggalkanmu..
Relakanmu..

Untuk cinta..
Tak pernah..
Ku sesali..
Saat ini..
Ku alami..
Ku lewati..

Suatu saat ku ‘kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa..
Semoga.....
Suatu hari kau kan mengerti..
Siapa yang paling mencintai..
Dalam mihrab cinta ku berdoa..
PadaNya.....

Karena cinta ku ikhlaskan....
Segalanya..
Kepada-Nya..

Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku ‘kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa..
Semoga..
Suatu hari kau kan mengerti..
Siapa yang paling mencintai..
Dalam mihrab cinta ku berdoa..
PadaNya........

Semoga.. semoga......
Aaamiin...




There's a fomous saying stated:

"If u love someone, let him go. If he comes back, then he is yours forever. If he doesn't, then he wasn't yours from the beginning "


Bagi saya yang dangkal dalam mainan serta kata-kata cinta ini, memang pernyataan di atas tidak salah. Bila kita mencintai seseorang, lepaskanlah dia. Dari sisi kita, dari hati kita yang paling pentingnya. Ini juga saya yakin sangat terkait dengan ajaran agama. Cinta yang tidak pasti ini bisa memberi sengsara pada jiwa. Betapa resahnya berpaut pada dahan yang rapuh. Kejarlah sesuatu yang pasti-pasti saja.


"Ya, cinta tidak semestinya memiliki.
Cukuplah dengan mengetahui bahawa orang yang kita cintai itu bahagia dan gembira walau tanpa kehadiran kita di sisi.
Itu sudah cukup membahagiakan diri.
Namun tentunya fitrah cinta itu adalah memiliki dan dimiliki.
Itu suatu sunnatullah yang tidak dapat ditukar ganti."



Ada kata-kata yang indah oleh Ustaz Anis Matta yang dekat di hati.
Boleh baca di sini.
Saya jadi sangat terinspirasi! 


Namun menurut pandangan saya (dalam konteks budaya Timur khususnya Malaysia), kata-kata terkenal di atas adalah biasanya sesuai untuk wanita sahaja.
Kerana lelaki ada kuasa memilih, dengan cara meminta dan meminang.
Namun harus ingat! Ramai juga lelaki yang ditolak. Dan tidak sedikit juga wanita yang berjaya bila meminta.
Jadi, jangan campur adukkan antara adat (khusunya adat Melayu) dan berpeganglah pada anjuran agama!


Justeru, bila sudah rasa berkenan di hati, dan sudah yakin serta bersedia apa adanya, teruskan niat baik dan suci itu. Jangan ragu-ragu lagi. Melangkahlah dengan penuh keberanian dengan menyebut nama Allah. Bismillah... 

Ustazah saya ada berpesan, memang dalam soal membina rumahtangga, syaitan-syaitan yang tidak pernah berhenti dari mengganggu kita ini akan terus melakukan kerjanya. Apatah lagi pada rumahtangga dakwah, Bayt Muslim yang bakal dibina. Ia akan menimbulkan perasaan was-was, ragu-ragu serta bimbang.   



Apa bersedia, apa sesuai, apa cocok, bagaimana masa hadapan; apa bahagia apa derita? dan pelbagai lagi persoalan dan keraguan serta pemikiran negatif.
Ini kerana, syaitan merasa benci melihat ramainya umat Muhammad, khususnya mereka yang mencari jalan halal lagi terjaga dan syar'ie, kepada sebuah fitrah insani, apatah lagi generasi yang akan dilahirkan adalah (Insya Allah) generasi yang taat pada agama dan akan berjuang di jalan Allah menegakkan Islam yang tercinta.
Syaitan tidak senang duduk, dan jadilah akhirnya banyak kes, muslimin tidak berani meminta dan muslimat jadi tidak bersedia menerima. Pernikahan ditunda-tunda dan dibatalkan, dan banyak lagi ujian-ujian hati...


Hinggalah ke titik akhir perkahwinan pun, cabaran akan tetap ada. Syaitan terus melakukan kerjanya. Saya melihat banyak sekali fenomena ini sekarang.
Dalam Sinar Harian Timur seputar 1 minggu ini, banyak sekali berita tentang pasangan yang tidak jadi bernikah. Dibatalkan 11 jam sebelum perkahwinan, 6 jam dll lagi. Akhirnya menanggung malu namun jamuan tetap diadakan kerana undangan telah tersebar. Jadilah akhirnya kenduri kesyukuran sahaja.. Kebanyakan sebab tidak dijelaskan, namun kebanyakannya adalah kerana soal materi. Astaghfirullah...


Namun dalam menjelaskan kata-kata di atas lagi, ada satu puisi lain yang berbeza sudut pandangnya,  

If you love someone
Hold them close.
Don't turn around
And let them go.
Don't be afraid
To open up.
Cause they're the one
You should be able to trust.
Even though
Times won't always be easy,
Just take the time..

Sometimes the smallest thing
Done or said to one,
Is better than something big
Rarely done.

So appreciate the one you're with;
They're probably really special.
Don't take them for granted,
Because if they leave,
You'll realize the person of your dreams
Just walked right out of your life.



Dan kata saya:

 Ingin menjadi seperti Bunda Khadijah yang berkahwin dengan Rasulullah SAW yang dicenderungi oleh hatinya dan tidak pernah dimadu seumur hidupnya..


 Ingin menjadi seperti Bunda Fatimah yang berkahwin dengan Saidina Ali Kwjh yang selama ini disukai olehnya dan tidak pernah dimadu seumur hayatnya.. (link)

 Ingin menjadi seperti Anna Althafunnisa yang akhirnya tetap berkahwin dengan lelaki misteri pilihan hatinya, Abdullah Khairul Azzam dan tidak jadi bermadu kerana kekuasaan Allah...

Aamin =)



From Teratak Ilham With Love:












  


Share This Post =')

Sunday, May 29, 2011

Oh My Tudung Labuh! ♥

Tudung Labuh:
Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21

Let Us Rise and Standing Tall with Syariat Islam!
Kata Saidina Umar (ayat ini mula kukenal dalam sesi tamrin, kuhafal dan kuhafal lalu ku menaksir maknanya dalam setiap liku hidupku...)
"Nahnu Qaumun A'azzanallaahu bil Islam. Famahma nabtaghi ghaira ma a'azzanallah, fa azallallah..."
"Kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan Allah dengan Islam, maka jika kita msih mencari selain dari yang dimuliakan Allah ini, maka Allah akan menghinakan kita...."
___________________________________________________________________________
Semoga bacaan ini dapat “put things into perspective” buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.
Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…
“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah =)
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh 
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
- Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
- Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
- Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
- Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat....
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
___________________________________________________________________________
Ya Allah....jadikan saya istiqomah bertudung labuh dan menjaga aurat.. dan tidak tergoda dengan keindahan dunia yang palsu... Semoga kamu juga, wahai mujahidah solehah ku sayang... -Syahadah al~Hafeezah-



 Share This Post =)

Thursday, May 26, 2011

Selamat Jalan Mujahid Mujahidah Ku.. ='/

21 Mei 2011.... ada dua tragedi kematian yang pilu..
Satu di Malaysia, lebih tepatnya di Hulu Langat.. Kira-kira jam 2.30 petang..
Dan satunya di Indonesia.. lebih tepatnya di Cirebon.. awal pagi..

Walau kedua-duanya berlaku jauh dari diri ini.. bukan di tepi rumah sendiri..
Dan malah tidak pun mengenal mujahid dan mujahidah ini...
Namun kerna tali aqidah pada Allah yang qudus dan suci.
Dan kerana mereka adalah mujahid dan mujahidah yang sejati...
Maka hati menjadi bergetar dan pilu tak terperi...
Mata menjadi hangat sekali..
Al Faatihah terus-terusan di kirimi....



Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku
Al-Faatihah..

Puncak keharuan saya apabila mendengar Sembang Pagi IKIM pada pagi beberapa hari selepas kejadian... Air mata dan sendu muncul tak terasa..

"Kadangkala Allah datangkan bencana untuk memberi kesedaran pada kita yang tinggal ini.. Dengan mengambil nyawa orang-orang yang Dia sayang..."

"Di Malaysia, sedar tak sedar, pembangunan anak yatim, sekolah-sekolah agama di anak tirikan.. tidak diluluskan peruntukan, peruntukan sedikit, dan memperuntukkan tanah-tanah yang terbiar di lereng lereng bukit dan sebagainya.."

Itu antara respon-respon dari pemanggil Ikim.fm..

Dan paling saya terkesan dengan hadith ini, yang dibacakan oleh seorang pemanggil, seorang Ustaz..


عن عمران بن حصين : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال في هذه الأمة خسف ومسخ وقذف فقال رجل من المسلمين يا رسول الله ومتى ذاك ؟ قال إذا ظهرت القينات والمعارف وشربت الخمور

Maksudnya : Daripada Imran bin Husoin bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Dalam Umat ini akan ada yang akan ditenggalamkan dalam bumi (ditimbus tanah), ditukar kejadiannya, dan dipanah halilintar”. Berkata seorang lelaki (sahabat) daripada muslimin : Wahai Rasulullah, bilakah ia akan berlaku? Jawab baginda :” Apabila munculnya wanita-wanita penyanyi dan alat-alat muzik dan diminumnya arak”. [al-Tarmizi, Kitab al-Fitan, (2212)]. 


Dan keduanya..adalah pulangnya ke Rahmatullah....
dalam satu kemalangan jalan raya bersama keluarganya..
Ustazah Yoyoh Yusroh...seorang muslimat PKS..
Senator Wakil Parlimen Indonesia...
Ustazah Yang dikasihi fillah..
walau tidak pernah bersua..
Namun hammaasah dan istiqomahnya meresap ke sanubari ini...



Membaca kata-katanya...
Membuat sekali lagi.....saya yang hina dan jahil ini..
jadi termenung panjang....

Kata beliau..

"Berbicara mengenai visi pernikahan, visi pernikahan itu adalah visi da'wah. Sehingga apabila visi pernikahan telah menjadi visi da'wah, apapun masalah yang tengah dihadapi oleh keluarga kita, masalah itu tidaklah terlalu besar bila dibandingkan dengan masalah umat. Maka keluarga itu tidak akan memperumit masalah-masalah kecil.”

“Bagaimana dengan menunda pernikahan?”

“Ternyata apabila menunda pernikahan, maka akan menunda kelahiran dan kebangkitan umat, menunda pernikahan akan menghambat pertumbuhan atau penambahan umat-umat yang berkualitas. Bukankah Rasul senang dengan umat yang banyak dan berkualitas. Dan bukankah kita rindu dengan lahirnya kembali kepemimpinan Islam dan Islam menjadi soko guru seluruh alam ?”

Bu Yoyoh  juga sering mengingatkan para wanita supaya menjaga pemakanan kerana katanya,

"Rahim seorang wanita harus dipersiapkan untuk menghasilkan generasi yang terbaik. Jadi, makanlah hanya sesuatu yang halal dan toyib

Siapa kata kelelahan menguruskan anak-anak kecil menghalang diri daripada bangun beribadah pada malam hari? Jika anak kecil sering menangis kerana takut ditinggalkan ibu yang bangun bertahajjud? Apa kata ibu ini?

“Insya Allah masih bisa ukhti…Yang namanya bayi, ya tugasnya memang nangis. Malah kita khawatir kalau dia tidak bisa menangis tapi anteng terus. Nah, anti bisa siapkan bayi dulu dengan memmbersihkan dari najis, terus dipasang pampers, lalu menyempatkan diri wudhu sebentar. Saatnya sholat, gelarlah kasur kecil di samping sajadah kita dan taruh bayi di situ. Kalau dia menangis, jangan panik dulu, tetap teruskan sholat. Tapi kalau terlihat tanda-tanda nangisnya tak mau berhenti, gendonglah dia sambil sholat. Insya Allah dalam dekapan si ibu, dia akan tenang kembali. Sekaligus ini memberikan tarbiyah ruhaniyah padanya, sejak kecil sudah merasakan dan menyaksikan ibunya selalu bangun untuk sholat lail di sepertiga malam”. 
Masya Allah! Luar biasa sekali!
Bisa baca juga di sini.

Beberapa hari sebelum dijemput pulang menghadap Ilahi, Bu Yoyoh mengirimkan sms berikut terhadap temannya:

“Ya Rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak di akhirat. Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita, Khadijah Al-Qubra yang berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafshah yang dibela Allah saat akan dicerai karena shawwamah (rajin puasa) dan qawwahmahnya (rajin sholat malam)? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500-an hadits, sedang aku… ehm, 500 juga belum. Atau dengan Ummu Sulaim yang shabirah (penyabar). Atau dengan Asma yang mengurus kendaraan suaminya dan mencela putranya saat istirahat dari jihad. Atau dengan siapa ya Allah? Tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliyah mereka sehingga aku layak bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka di Taman Firdaus-Mu”.

Ibu Yoyoh telah kembali pada Tuhan..kerna tugasnya di dunia ini telah selesai...
Dengan meninggalkan 13 orang mujahid mujahidah...
Sedangkan aku ini...?
Allahu akbar...

"Selamat jalan hai mujahid
Do'a kami mengiringi
Dengan jiwa nan tentram suci
Kepada
kembali ....."

Sedarlah semua...!

Kita ini semuanya telah datang dari Allah....
Dan pasti kembali pada Nya..!

Masa untuk kita juga pasti tiba..
Untuk meninggalkan dunia..
Ayuh kita bersedia..!!
Fatamorgana dunia apakah lagi yang kita kejari...????
Janji Allah manakah lagi yang tidak kita yakini??? 




 
 Share This Post =')

MENCINTAI ‘MUHAMMAD’ SEBELUM ‘MUHAMMAD’

Telah beberapa kali saya membincangkan tajuk ini dengan sahabat akhawat fillah saya. Ya, bunyinya pelik, atau mungkin simple. Tapi tak ramai akhawat yang cakna tentangnya, atau mahu mengambil berat tentangnya, kerana ia seolah-oleh dilihat kecil dan tidak penting.

MENCINTAI ‘MUHAMMAD’ SEBELUM ‘MUHAMMAD’- Pelik kan bunyinya?
Apa makna pada kata MENCINTAI ‘MUHAMMAD’ SEBELUM ‘MUHAMMAD’? Sebelum ini, ramai sahabat saya yang sedikit tidak faham, atau pening bila saya menyuguhkan tajuk/quote ini pada mereka. Setelah saya menerangkan, maka ramailah yang telah menjadikan ia sebagai suatu sarana pada mereka, atau prinsip dan juga pencerahan, yang dibawa dalam hati. Semoga kita semua kan berhasil. Aamin.

MENCINTAI ‘MUHAMMAD’ SEBELUM ‘MUHAMMAD’- Maksudmu?
Kebanyakan lelaki di dunia ini mempunyai nama Muhammad di depan. Ya, tidak kiralah Muhammad, atau Muhamad, atau Ahmad, atau Mohamad, atau Mohd, Muhd atau pelbagai lagi ejaan-ejaan seumpamanya. Namun tetaplah dalam bahasa Arab, ia dieja dengan “Mim-Ha-Mim-Da”. Dengan Mim kedua yang bertasydid. Dari siapa para ibu bapa mengambil nama ini? Semestinya ia bukan tradisi yang bersifat adat, tapi ia lebih kepada anjuran agama. Tidak kira lelaki itu berbangsa Melayu, atau Arab juga Eropah sekalipun; ramai yang memiliki nama Muhammad di depan. Itu kata dari nama yang mulia, Al-Amin, Habiibi Qalbina, Muhammad SAW. Justeru, bagi wanita (sama ada yang belum menikah atau telah pun menikah) silakan MENCINTAI ‘MUHAMMAD’ SAW SEBELUM ‘MUHAMMAD’!

MENCINTAI ‘MUHAMMAD’ SEBELUM ‘MUHAMMAD’- Sukarkah ia?
Bagi penulis, YA, IA SUATU PERKARA YANG SUKAR! Ya, dikeranakan Nabi Muhammad SAW itu sudah lama pergi dari kita.  Dan susuk tubuhnya tidak tergambar di hadapan kita. Tidak terjangkau oleh kita. Tidak mendengar tutur bicaranya. Tidak mendengar langsung daripadanya. Berbanding ‘Muhammad’ kedua yang selalu hadir di depan mata kita. Wajahnya menari di pelupuk mata kita. Hatta di atas mushaf yang kita baca. Semua yang dipandang menjadi lebur. Hanya yang tinggal adalah susuk ‘Muhammad, Muhammad dan Muhammad!’ Bukankah ‘Muhammad SAW’, insan yang selayaknya, sepatutnya kita dahulukan dalam segenap hal?; kerna anjuran agama bagi semua insan adalah supaya mencintai Allah dan Rasul Muhammad SAW lebih dari segala-galanya di dunia dan akhirat ini.  Hatta ibu, bapa mahupun suami atau isteri juga anak-anak dan harta yang kita sayang. Apatah lagi bagi seorang muslimah yang selalu berjuang untuk menjadi solehah. Saya kira, kalau dipandang dari mata hati, ramai dari muslimah yang Insya Allah, sudah berjaya mendakap cinta Allah (walau berapa pun kadarnya). Alhamdulillah, sudah ada yang mampu menangis mengenangi khilaf dosa lalu, merasa hidup bertemankan Allah dalam setiap liku. Namun, itulah...untuk merasakan keagungan cinta Muhammad SAW pada kita, dan membalas cinta Muhammad SAW, adalah agak sukar. Pernahkah kita bangun malam, selain bermunajat pada Allah, mendekap tangan di dada sambil meluahkan rindu kita kepada Baginda SAW secara khusus. Kita duduk bertafakur mengingati baginda. Kita merasakan baginda hadir di setiap jalan dunia yang kita lalui, jalan-jalan kehidupan yang penuh onak duri. Meyakini baginda melihat setiap perlakuan yang kita lakukan. Selalu memuhasabah; adakah amalan ini, tingkah laku ini sesuai dengan status aku sebagai umatnya? Adakah Baginda kan redha dengan apa yang aku lakukan ini? Dan suatu perasaan rindu yang menggebu-gebu bila kita mengingati Muhammad SAW, melebihi dari perasaan rindu pada ‘Muhammad’ yang seorang lagi, walau sehalal mana pun dia buat kita, apatah lagi yang tidak halal!

MENCINTAI ‘MUHAMMAD’ SEBELUM ‘MUHAMMAD’- Bagaimana mencapainya?
Namun adakah ia mustahil untuk dicapai? TIDAK, TIDAK dan TENTULAH TIDAK. Telah ramai yang berjaya. Orang-orang yang berjaya ini, telah jauh meninggalkan kita dalam menggapai makrifatullah, makrifaturrasul dan makrifatuddunya dan akhirat. Sedangkan kita masih tertinggal jauh di belakang. Terus jauh dan terus hanyut. Lalu bila Tuhan Allah datang menjemput dalam kapalnya, sempatkah kita berlari untuk menyertai angkatan mereka. Kita terus berlari dalam kejam dan hodohnya dunia, lalu jatuh terjelepuk! Merasakan malu, sakit dan hina! Sedangkan mereka yang di atas kapal mentertawakan kita langsung meninggalkan kita. Dari siapa kita mahu mengambil syafaat?? Dari siapa lagi selain dari Muhammad SAW dan para alim ulama yang cahayanya bak bintang. Oh...Hina di sisi manusia...apatah lagi di sisi Allah!
Saya ada berbincang dengan beberapa ‘Murabbiah Hati’ saya. Soalan saya, “Bagaimana mencintai Muhammad SAW?” Jawab beliau “Merasakan bahawa Baginda ada di mana-mana, sedang tersenyum melihat kita. Lalu kita merasa malu untuk melakukan amalan yang tidak sesuai dengan status sebagai sebaik-baik ummat. Ilmuan yang sejati (langsung beliau kaitkan dengan status ilmuan, kerana kami berada di bidang ini-Astaghfirullah...) akan sentiasa menjaga adab-adab dengan Nabi. Seorang pensyarah misalnya, akan bersiap dengan baik, memakai pakaian yang bersih, memakai wangian yang disukai Baginda, menyikat rapi rambutnya, mengemaskan jilbabnya, sebelum menyampaikan kuliah kepada pelajarnya. Apatah lagi yang berada dalam bidang agama. Kerna mereka, sebelum menyampaikan walau sepotong hadith Baginda, tetap merasakan bahawa Baginda ada di hadapannya, turut sama mendengar Kuliah dan Muhadharah tersebut.. Menyampaikan hadith tersebut dengan penuh hati-hati, dan kerendahan jiwa..” Subhaanallah!

MENCINTAI ‘MUHAMMAD’ SEBELUM ‘MUHAMMAD’-Muslimat, ayuh mengejarnya!
Ayuh wahai Muslimat, dan juga kaum muslimin, kita mengejar cinta ‘Muhammad SAW’ sebelum kita sibuk mengejar ‘Muhammad’! Yakinlah, dengan terlebih dahulu mencintai Muhammad SAW, maka akan segera hadir satu sosok yang layak kita cintai, yang merupakan biasan dari Nur Muhammad SAW! Dan bagi yang telah bernikah, kemaskanlah perasaan kita. ‘Muhammad’ itu, tetap tidak layak kita cintai melebihi ‘Muhammad SAW’ walau sebaik mana pun ia, apatah lagi yang sering terjadi dalam satu rumahtangga moden kini, yang mana ‘Muhammad’ nya telah membawa  seorang wanita muslimah itu lebih jauh dari cinta ‘Muhammad SAW’! Saya sendiri sedang cuba menanam cinta ‘Muhammad SAW’ ke dalam hati dan perilaku; sejak beberapa tahun yang lalu; semoga saya berhasil. Dan saya masih mencuba. Walupun perit, sukar dan payah. Cinta dunia dan cinta lelaki ajnabi terasa sungguh kejam merenggut pergi cinta ‘Muhammad SAW’ di dalam hati. Berhati-hatilah wahai muslimahku.. Kerna kita tidak mahu membina sebuah istana pasir yang rapuh dan bila-bila masa kan dibawa ombak laut kerna rapuhnya tiang iman yang dibina. Tiang iman pada Allah, Rasul, Malaikat, Kitabullah dan kepercayaan pada Qada’ dan Qadar serta Hari Kiamat..

Teruslah membaca kitab-kitab sirah... dan rasakan ke dalam hatimu akan segala perit getir yang ditempuh ‘Muhammad SAW’ demi untuk kita umatnya. Teruslah mengamalkan sunnah Baginda.. Teruslah berselawat kepada baginda tanpa rasa jemu.. Teruslah berusaha menggapainya.. Subhaanallah, nikmatnya tidak terucapkan..!


Saya juga mencadangkan anda membaca buku 'Syamaail Muhammad' oleh Imam Tirmizi. Alhamdulillah, sudah lama saya mahu mendapatkan buku ini, kerana saya selalu mendengar IKIM.fm, dan ia selalu mengulang-ulang petikan dari buku ini. Dan Subhaanallah...! Setelah saya menjadi ad-hoc/ajk program 'Seminar Membina Negara Sejahtera 2011', kami selaku AJK telah mendapat hadiah buku ini. Terima kasih pada PTS yang menaja. Semoga terus bertambah rezeki kalian. Dan saya, selalu tidur bersama buku ini dalam linangan air mata... 


Dan lagi... kuliah ini saya sangat mahu kongsikan, sewaktu saya menghadiri HAMKA 2011- Himpunan Anak Muda Kelantan, bersama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, seorang ilmuwan, ulama yang kita cintai kerana Allah.  Beliau mengingatkan tentang syafaat Baginda kepada kita. Dan mata saya berkaca-kaca mendengar setiap butir hikmah daripada beliau..

Di hari akhirat nanti, keadaan amat panas dan gersang. Tempoh untuk perbicaraan di padang Mahsyar dirasakan amat lama bagi yang tidak cukup amal dan sering berbuat maksiat pada Allah di dunia dahulu. Lalu, di suatu mata air, Telaga Kauthar yang diperuntukkan khas untuk ummat Baginda, manusia ramai-ramai berpusu padanya. Telaga Kauthar berada di dalam syurga, namun airnya mengalir hingga ke padang Mahsyar lalu terkumpul di telaga Rasulullah s.a.w yang akan didatangi umat beliau. Subhaanallah! Bilangan cebok/timbanya adalah sebanyak bintang-bintang di langit. Dan dalam keadaan yang bersesak-sesakan itu, ada yang ditolak pergi malaikat dan tidak diberi minum. Nabi bertanya, “Kenapa menolaknya sedangkan dia adalah umatku?” Malaikat berkata  “Engkau telah tiada bersama mereka sedangkan aku yang bersama mereka. Aku tahu apa yang mereka kerjakan. Mereka adalah umatmu namun mereka tidak layak mendapatkan syafaatmu”.


Selanjutnya tentang Telaga Kauthar, sila baca di sini.

Subhaanallah sahabat, sampai begitu sekali cintanya ‘Baginda Muhammad’ kepada kita, sehingga ke titik terakhir. Namun kita?? Bagaimana pula cinta kita kepada Baginda??? Adakah kita mahu menjadi di kalangan mereka yang disuapkan sendiri air telaga Kauthar dari tangan mulia Baginda, atau mahu menjadi mereka yang ditolak pergi oleh malaikat?? Alangkah malunya, alangkah hinanya! Naudzubillah....
 
1) Akhawat dan ikhwah fillah, risalah yang ringkas dan tidak selayaknya ini adalah untukmu. Saya menukilkan ini dari hati, kerna saya mencintai kalian kerana Allah dan Rasul.. Insya Allah..
2) Dan saya mengongsikan lagi link ini kerana menyayangi saudara saudari kerana Allah. Saya telah subscribe pada web ini dan mendapat ilmu yang sangat bermanfaat di e-mail setiap hari. >>Blog Peribadi Rasulullah 
3) Dan saya menangis setiap kali melihat tiga video ini... Moga dengan melihatnya, bertambahlah lembut hati kita yang keras dan gersang ini....










Ya Rasuulallah...
Nuhibbuka..
Wa Musytaaqun Ilayka..
Nuriidu al-Juluus Ma’aka...
Bijaanibika...
Fi Raudhah an-Naim...
Allahumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad SAW...


Ditujukan buat Nabi Muhammad SAW, pada 'Muhammad', pencinta Muhammad SAW dan semua muslimin muslimat...

Wassalam wbt..
Salam serikandi,
Syahadah al-Hafeezah
Khamis, 26 Mei 2011, 8.00 pagi
Ghurfah Sakinah, Villa Mujahidah PJ

 


Share This Post =')