Sunday, May 8, 2016

CINTA ADAM HAWA

Cinta Adam Hawa atau cinta antara lelaki perempuan merupakan suatu bentuk manifestasi keagungan dan kecintaan Allah kepada makhluk.

Bukan sedikit ayat-ayat dalam al-Qur'an yang menceritakan tentang perihal cinta ini. Soroti sahaja ayat-ayat Nya yang bermula dengan .."Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan kamu berpasang-pasangan.." atau ayat-ayat yang mengandungi perkataan زوج.