Thursday, October 27, 2011

SESUATU YANG BERBEZA.. SETELAH SEKIAN LAMA...




 “Ada sesuatu yang berbeza...
Saat ku lihat senyum manismu...”

“Ada sesuatu yang tak bisaku ungkapkan...
Saat ku bertemu dengan dirimu...”

“Satu keinginan terpendam di hatiku...
Bermain di dalam rahasia cintaku..”

"Ku berharap tulus cinta ini...
Akan jadi kenyataan dalam hidupku...
Bukan hanya mimpi dalam tidurku...
Semoga Tuhan mendengar doaku...
Untuk cinta ini..."

“Mungkin ini semua hanyalah perasaan...
Yang singgah dan pergi meninggalkanku...”

“Satu keinginan terpendam di hatiku...
Bermain di dalam rahasia cintaku...”

 
 Like, Share and Comment This Post =)

Wednesday, October 26, 2011

Aku wanita dari bumi Jihad...



Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia. Cinta daripada sang Pencipta. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.

Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta...ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?
Hanya segelintir manusia yang melepaskan rasa cintanya terhadap manusia demi rasa cinta yang agung kepada Allah S.W.T. Malangnya, lebih ramai manusia yang melepaskan cinta kepada Allah S.W.T hanya kerana seorang manusia yang kononnya 'sanggup sehidup semati bersama-sama'. Sedangkan, Allah S.W.T tetap mencintai setiap hamba-Nya...
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [At-Taubah 9:24]
Wajarkah kita meletakkan syarat terhadap cinta terhadap cinta kita kepada Allah S.W.T? Tegar hati yang Allah S.W.T pinjamkan ini meletakkan kedudukan setitis mani yang hina lebih tinggi dari-Nya...
Bukanlah cinta itu dihalang...apatah lagi dilarang. Malah, cinta itu dimuliakan. Bukankah berbeza cinta yang ditemui di jalanan berbanding cinta yang kita temui setelah meredah onak duri dan lautan ujian? Nikmatnya jauh lebih indah...lebih manis...insya-Allah kekal hingga ke syurga..
Justeru, di saat Allah S.W.T melamar kita dengan tarbiyah-Nya, tidakkah kita merasa rugi sekiranya tarbiyah ini hilang disebalik tirai cinta manusia yang rapuh. Bukankah rusuk yang bengkok ini dibengkokkan sesuai dengan keperluannya? Menunduk penuh ketaatan kepada suaminya yang menyerahkan seluruh jiwa kepada Yang Maha Esa.

Aku wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Jihad.

Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T.

Aku wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.

Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu.

Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.

Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.

Aku wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.

Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.

Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.

Artikel iluvislam.com
RAB, 29 JUN 2011 21:49 | MIFTAHUL A'AFIYAH | EDITOR: NOR ADRENALINE


 Like, Share and Comment This Post =)

Tuesday, October 25, 2011

Thursday, October 20, 2011

KARNIVAL ILMU ANAK MUDA 2011 (KAMU'11)


KARNIVAL ILMU ANAK MUDA 2011 (KAMU'11)

> 22-23 Oktober 2011, Sabtu dan Ahad
> Stadium Tertutup Melawati Shah Alam dan Perpustakaan Awam Selangor Seksyen 13
> Bas disediakan
> Untuk maklumat lanjut hubungi no tel yg tertera

Jom Meriahkan KAMU!! Pelbagai lagi program menarik, antaranya Sidang Dewan Mahasiswa, Simposium Aktivis Dakwah, Meja Bulat Gerakan Mahasiswa Islam, Sembang Santai, Gerai jualan, Bedah Buku dan banyak lagi.. apa lagi anak muda, jom!!

Jom LIKE PAGE Karnival ANAK MUDA 2011. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk link ini http://kamu2011.blogspot.com/

HARI PERTAMA
22 OKTOBER 2011 (SABTU)


9.00am – 1.15pm Sidang Meja Bulat Gerakan Mahasiswa
9.00am – 1.15pm Sidang Dewan Mahasiswa (Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional)
1.15pm – 2.30pm Solat Zohor & Rehat
2.30pm – 4.30pm Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
4.30pm – 5.00pm Solat Asar & Rehat
7.00pm – 9.00pm Solat Maghrib, Kuliah Ustaz Riduan Mat Nor, Solat Isya', Solat Hajat
9.00pm – 11.30pm PERASMIAN KAMU '11 oleh MB.
Sembang Santai Pimpinan Anak Muda bersama
“Facebookers”&“Bloggers”, Persembahan Santai, Ust Akhwan, Mawi dan Akhil Abdul Hayy

HARI KEDUA
23 OKTOBER 2011 (AHAD)


8.00am –5.00pm Futsal “Anak Muda Sayang Malaysia”
9.00am – 1.15pm Simposium Aktivis Dakwah (SIMDAK) - Antara pembentang Ustaz Dr. Khairuddin at-Takiri
11.30am – 1.30pm Bengkel Personaliti Anggun bersama Muna Izzah dan Nur Heliza Helmi Full - Demontrasi pemakaian tudung.
1.30pm – 2.30pm Solat Zohor Berjemaah & Rehat
2.30pm – 4.30pm Forum "Syurga Cinta" bersama Prof Dr Muhaya dan Ust Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Moderator oleh IMAM MUDA Asyraf
4.30pm – 5.00pm Solat Asar
5.00pm – 6.00pm Penyampaian Hadiah Futsal, Anugerah Tokoh Atlit Mahasiswa
7.00pm-9.00pm Solat Maghrib, Cakna Palestine
Oleh: Ustaz Syed Mohd Norhisyam (Mursyid Imam Muda), Solat Isya’
9.00pm – 11.00pm Konsert Kesenian “Gegar Anak Muda”, Penyampaian Anugerah (Anugerah Tokoh Mahasiswa) - Antara artis2, Amy Search, Nowseeheart, Saujana dan Al-Farabi.
PERASMIAN PENUTUP KAMU’11
oleh: YB. Dr. Hjh Halimah Binti Ali

"JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK DATANG,BANYAK AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!!". 


 Share This Post =)

Wednesday, October 19, 2011

MAHAR CINTA...




Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....





 Share This Post =')

p/s: After so..... long.... minat kembali lagu ini....
Back then in 2005 when I was 19 years old...
Now in 2011, by 25 years old..
"Moga Allah menemukan kita dalam keimanan, kesetiaan dan kesediaan"

Thursday, October 13, 2011

Stanza Cinta di Hati....



Kutuliskan lagi stanza cinta ini..
Moga moga hatiku kan kuat lagi..
Untuk sejuta lagi musim perjuangan abadi...

Bila 1001 persoalan dan hambatan menerjah diri..
Dan teradun dalam kamar dimensi rahasia hati...
Diri yang lemah ini hanya mampu berpasrah suci..

Tuhan yang kusayangi..
Terima kasih atas kehidupan ini..
Terima kasih atas perjuangan ini..


Mawar Mujaheedah

 Share This Post =)

Thursday, October 6, 2011

Berhati-hati membahagi hati ~


Membahagi hati.. ya.. mungkin suatu perkara yang agak mudah... namun payah pula bagi sesetengah insan.. seperti biasa, soal hati; soal yang amat sukar dimengerti!

Ternyata bagiku ia amat sukar. Amat amat sukar. Membahagi hati kepada Allah, kepada Baginda SAW, pada mak abah, saudara saudara, sahabat dan insan insan di sekeliling. Kerna hatiku cuma satu! Dan aku yang berstatus anak perempuan yang satu!

Sukar sekali untukku membuka hatiku. Untuk sahabat wanita pun, apatah lagi kaum adam yang ajnabi. Lelaki asing yang bakal memasuki ruang hidupku. Entah dulu dia itu siapa siapa, sekarang harus pula menyertai ruang di dalam hatiku, bersama cinta cinta yang sedia ada dalam hatiku. Cinta pada Allah, Rasul dan perjuangan Islam, juga cinta hablun minannaas yang lain.

Kerna itu diriku tidak suka berkomitmen. Kerna sekali diriku berkomitmen, harus sepenuhnya bertanggungjawab. Harus melakukan yang terbaik. Berusaha mempersembahkan yang terbaik. Bukan sekadar biasa..

Pada ibuku, ku cuba melakukan yang terbaik.
Pada abahku, ku berusaha membentangkan yang terbagus.
Pada sahabat sahabatku, diriku berusaha menghidangkan yang teristimewa.
Pada kajianku dan amalku, ku berusaha menghiaskan yang terindah..

Tidak malu untuk ku katakan, diriku tidak pernah mempunyai dan dipunyai.
Malah diriku juga tidak gemar untuk mudah berangkat angkat.. abang angkat? Adik angkat? Kakak angkat?

Jika ada yang mencemik kononnya diriku kolot, namun ku kan membalas dengan senyum bangga.
"Ana fakhuurah bil Islam.."
"Aku bangga dengan cara hidup Islam.."
Begitu hatiku bernyanyi nyanyi..

Walau ada yang menghulur tangan.
Walau ada yang meminta jemari.
Walau ada yang menagih hati.
Namun mengapa hatiku ini, sukar sekali berbagi.

Kerana cinta yang tidak halal,
Telah membuatkan hati-hati muslimah merasa sangsi.
Membuatkan diri merasa dibenci.
Membuatkan jiwa merasa terkunci.

Semoga bila hatiku berbunga bak mawar merekah,
Itulah jodohku dunia akhirat yang penuh barokah!

Uhibbuka Fillah, Uhibbuka mithlama anta
Insya Allah...
Aamin..

"..Semoga jangan jatuh sebelum Kau benarkan jatuh.Waktu Kau izinkan jatuh untuk pertama kali, aku ingin sekali jatuh berjuta juta kali..~


Mawar_Mujaheedah 2011
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 3, 2011

3R: Refresh, Reload and Reformat of Life ♥




Yes, REFRESH, RELOAD and REFORMAT in life.
It is very important. Definitely Y-E-S!

Like our vehicle that should be serviced in the time frame schedule!
Like our throat that should be refreshed within several hours with fresh water!
Like our house that should be managed and cleaned up!


Ya, caranya mudah sahaja.
Anda mungkin boleh memotong rambut anda dengan gaya baru.
Atau boleh mengubah kedudukan meja belajar atau kerja anda.
Atau menukar warna wallpaper bilik anda.
Atau mengubah gaya susunan perabot anda.
Atau mencuba memasak resepi baru.
Atau menukar wangian kereta atau bilik anda.

Dan sebagainya lagi.
Seperti biasa, kecil tapi sangat bermakna.

Ya, jangan kesampingkan perkara kecil dalam hidup anda.
Perkara ini saya belajar dalam cerita Jepun dan Korea.
Soal hati dan perasaan yang halus =)
Jangan merasa anda cukup besar hingga anda hanya fikirkan perkara yang kononnya besar sahaja.
Remehkan perkara yang kecil.

Soal mentarbiah hati.
Soal mengungkapkan cinta pada orang tersayang.
Soal menyentuh dan mengurut lembut bahu serta lelah penat insan tersayang.
Soal menyampaikan salam pada seorang mukmin walau hanya seorang tukang sapu di tempat kerja.
Soal memberikan sedeqah walau RM 0.10 di tabung masjid.
Soal tidak menggunakan barang orang lain walaupun setitik.


Kerana anda dahulu pun, hanya kecil sahaja.
Lebih kecil dari duit RM 0.10.
Sebesar zigot.
Yang dapat dilihat hanya melalui mikroskop!

Justeru, mana mungkin kita merasa besar sesama manusia.
Dan makhluk-makhluk yang lain.
Apatah lagi di hadapan ALLAH!!

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan diriku kesempatan untuk REFRESH, RELOAD dan REFORMAT.
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Syukran Allah. Terima kasih Allah. Kamsahamnida Allah. Thank You Allah. Gracias Allah.

Thanks to :
1) Tajuk Kajian Baru - by 2 supervisors with 2 project. Gonna grad 2012 Insya Allah! Yosh !~ ♥
2) Susanan meja belajar baru di Villa Mujahidah.
3) Ofis baru di Department Aq Hadith (atau should be, kembali semula ke ofis lama? ^_^

4) C>I>N>T>A?? shhhhhh ~
5) Paling Thanks to AMEERAH: Young Leaders 
Insya Allah gonna do the best untuk Islam dan Perjuangan Islam dalam wadah jemaah Islam yang menghampiri kesyumulan =')






I'm gonna shine!
Regardless of what happen in the past...
And what tomorrow will hold...
Gonna leave away all the fears...
I'm gonna step forward!
Neither walking nor jogging...
But I'm gonna run fast..
And fly high!
Insya Allah...

Share This Post =)