Monday, February 24, 2014

TIPS WANITA DALAM BAHAYA



1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam? Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah? Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam? Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4. Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya? Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam? Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda. Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita. Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita.

Salam Sayang
This entry was posted in

Bayi demam dan kasih ibu


Bila bayi demam, mungkin ada yang pelik kenapa bayi atau kanak-kanak selalunya kerap ingin dipangku ibunya, didukung ibunya atau sekadar berada berdekatan ibunya

Mengikut kajian, bila bayi demam atau sakit, bayi akan berasa lega dan merasa kurang sakit apabila berada dalam jagaan dan dakapan ibunya. Ini membuatnya berasa selesa dan dilindungi khususnya ketika melalui fasa demam, tidak sihat dan mencemaskan, suatu perasaan baru yang tidak pernah dialaminya

Justeru, dakaplah anak anda ketika dia demam atau sakit. Biarkan dia di ribaan anda. Biarkan jika dia ingin bermanja dengan anda. Belailah dia. Rawatilah dia. Sembuhkanlah kesakitan yang sedang dialaminya. Luangkan masa buatnya sekalipun anda sibuk. Anak anak adalah amanah ibu bapa.
Khususnya ibu, dekatkanlah anak ke jantung anda. Dia merindui denyut jantung anda-suatu irama yang paling disukainya di dalam rahim. Bahkan irama yang terus disukainya walaupun selepas lahir. Rasakan kekhuatirannya, kesakitannya, ketakutannya. Ibu bapa khususnya ibu, andalah pelindung terbaik untuk anak anda!

Justeru, menjadi tanggungjawab dan amanah ibu untuk membekalkan nutrisi yang lengkap pada anak. Teruskan penyusuan susu badan sehingga 2 tahun. Sepertimana yang diketahui, susu badan membekalkan imuniti yang tinggi pada anak. Anak akan tidak mudah diserang masalah kesihatan

Selamat menjaga amanah Allah dengan gembira.

Anak adalah terapi dan aset kita dunia dan akhirat!


Saturday, February 22, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah... Itu sahaja mampu kuluahkan.. Atas semua kurniaanMu..
Khususnya Puteri Hati Nur Insyirah Solehah binti Mohd Ridhuan yang berumur 8 bulan. Solehah sudah pandai sebut ma-ma-ma.. da-da-da.. dan beberapa perkataan lain lagi yang kurang jelas. Dia juga sudah pandai meniti di tepi dinding dan juga sepanjang sofa.. Sangat suka bermain dan tersenyum manis..
Tapi 2 minggu lepas Solehah dan uminya kena chicken pox.. dan bermula dua hari lepas.. Solehah demam panas.. Hari ini akan ke GMC sekalu lagi untuk mengambil darah.. maklumlah.. imunnya rendah selepas jangkitan viris chicken pox.. dan sekarang banyak pula masalah kesihatan bayi dan kanak-kanak yang menular..
Allah..hanya padaMu kami semua memohon pertolongan...
Aamiin...
Baitul Jannah Gombak..