topbella

Wednesday, February 8, 2012

Haaza min fadhli Rabbi...


Subhaanallah... sudah lama tidak berblogging... erm.. maksudku berblogging dari hati..
Em.. mungkin saya banyak posting di facebook.. sampai-sampai kadangkala terasa bersikap zalim pula.. maksudku..tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Di sebalik banyaknya hambatan dan taklifan amanah..

Ya, pesan murabbiku.. "Teknologi dan segala pinjaman Allah adalah umpama pisau.. Terpulang kita nak guna untuk potong makanan buat menyediakan makanan terlazat.. atau kita nak guna untuk tikam orang..cederakan orang dan sebagainya..."

Akhirnya terbata-bata saya menuliskan kembali di posting blog. Insya Allah, ia kekal, lebih privasi, namun senang juga diakses buat menambahkan info dan perkongsian sesama warga dunia.. berbanding facebook. Agaknya kalau ia dihack atau ditutup operasinya, bisa bisa semua databasenya hilang. Rugi juga sebenarnya kalau difikir fikir.. untung juga sudah tukar pada timeline walaupun agak memeningkan, kerna kita bisa akses pada post yang lepas lepas..

Tidak tahu untuk menulis apa setelah lama tidak menuliskan.. saya rasa tidak ada orang akan rindu pada posting saya.. kerna saya bukanlah ikon atau selebriti..
Tapi saya tetap optimis, mahu jadi 'somebody'. Mungkin melalui penulisan. Insha Allah. Sebab bidang ini adalah kecintaan saya. Sekarang ini, sudah agak lewat bermula..namun tetap saya optimis bahawa 'masih belum terlewat'. Sekarang ini adalah sesi merampungkan disertasi.. dan saya tidak mahu 'yang dikejar tak dapat.. malah yang dikendong pula berciciran..'

Haaza min fadhli Rabbi..
Itu sahaja saya dapat simpulkan..
Untuk semua nikmat dan anugerah..
Untuk segala ujian dan musibah...
Yang melanda diri ini seputar dua ini..
Saya merasa syukur..
Dan sangat gembira..
Kerna ia menambahkan kematangan saya..kesabaran saya..kesetiaan saya..kejujuran saya..
Dan cara berfikir dan cara bertindak saya..
Kerna saya YAKIN..
Semuanya dari Allah..kerna Allah.. dan akan kembali pada Allah =' )
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, January 15, 2012

TENTANG CINTA ......

SyahadatulHafizah MawarMujaheedah

Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya.


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.

Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: "Aku turut bahagia untukmu.."

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, supaya kita dapat mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.

Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.

Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.

Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian… Dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Sumber: http://forum.jobmarket.com.my/index.php?topic=475.0;wap2

Like, Share and Comment This Post =)

Saturday, January 14, 2012

IBU SEDUNIA YANG SANGAT ISTIMEWA =')




Ibu sahabat baik saya meluahkan pada saya..

"Mak orang lain risau anak dia duk asyik kawan dengan orang.. kita pulak risau anak kita tak pandai nak kawan dengan orang.." saya hanya mampu 
Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa Senyum. Sebenarnya bukan tak perlu kata apa apa..tapi tak mampu nak kata apa apa.. ! Saya juga seolah olah melihat itu ibu saya..
Saya... sesungguhnya sangat faham kegetiran dan kebimbangan hati ibu-ibu ini... Maklumlah, tahun ini kebanyakan kami sudah menginjak umur 26 tahun.. (masih muda bukan? hehe) Tambahan lagi, orang selalu ingat saya berumur 21-23 tahun >_<

Tapi... hari ini, hari ini saya mahu menjawabnya....khas buat ibu ibu sedunia yang sangat istimewa..

"Bahawa ibu sejak dari dalam kandungan telah mengajarkan kami bahawa ALLAH adalah segala galanya.. bukannya cinta seorang lelaki yang tak pasti.. tidak ingin kami pada sebuah cinta yang tidak pasti andai tidak diiringi cinta Ilahi..


Kami redha Allah menunda sedikit pernikahan kami buat menyediakan diri sesempurna mungkin untuk seorang imam soleh yang dinanti..


Kami redha Allah menunda sedikit pernikahan kami supaya di masa depan kami tidak menjadi isteri yang membebani suami.. bahkan mampu pula membanggakan suami...


Kami redha Allah menunda sedikit pernikahan kami andai dengan jalan ini kami telah mampu membantu ekonomi ibu ayah dan juga adik adik kami..


Jangan ibu bimbang.. Allah kan menjawab nya pada saat, kondisi dan calon yang pasti.. Ibulah yang telah berjaya mendidik kami supaya SANGAT YAKIN dengan Allah..


Dan pada waktu yang bakal tiba.. sungguh kami meminta doa dan restu dari ibu..."

Like, Share and Comment This Post =)

Monday, January 2, 2012

✿ BISMILLAH.... MY 6M! ✿



 Aamiiin... Aamiiin.. Aamiin...  

     ♥  


 
 Like, Share and Comment This Post =)

Saturday, December 3, 2011

AIR MATA PERJUANGAN ....!



Beratnya terasa mencengkam naluri bila mengenangkan realiti masyarakat yang membarah... benar tanggungjawab itu sesungguhnya lebih banyak dari masa ... bilamana kita menghayati suatu amanah bernama 'MUHARRIK DAIE'.

Apapun pesan Nabi masih terngiang2 dlm relung jiwa ... "Aamantu biLlah.... summa istaqim!" "Berimanlah kamu kepada Allah..kemudian istiqomahlah.." (istiqomah membawa erti yang sangat be
sar di dalam Islam. Istiqomah tidak hanya bermakna 'berterusan', (berterusan adalah 'ad-dawam') sedangkan ISTIQOMAH bermakna 'berterusan dan dalam keadaan bersemangat'.

Semoga kita dapat menyisihkan sifat hati kita yang membeku demi visi dan misi Islam. Kerna kita sedang berjual beli dengan Allah... Allah meminta sedikit kekuatan hati, perasaan, upaya minda dan fizikal dengan tukaran yg lebih mahal tak terbandingkan iaitu SYURGA yang mengalir air di bawahnya.. dan kita KEKAL selama lamanya...

Subhaanallah yang memilihkan kita.. Subhaanallah yang memberi faham pada kita.. Subhaanallah yang menjadikan hidup ini terasa Indah bila berada di jalanNya..

Hakikatnya kita kini banyak bicara dan bertikai soal furu' dalam agama dan wasilah... menjadikan hidup ini terasa sempit dan sukar... sedangkan jalan dakwah menuntut asa yang sekaligus melangit juga membumi.

Fikir2kan.. dan selamat beramal soleh..! Salam Istiqomah untuk semua! :')


 Like, Share and Comment This Post =)

Tuesday, November 15, 2011

INTERNATIONAL SEMINAR ON RESEARCH IN ISLAMIC STUDIES II (ISRIS II)





Prof./Dato'/Datin/Dr./Mr./Mrs.
Invitation to Seminar as Presenter/Participant.
"INTERNATIONAL SEMINAR ON RESEARCH IN ISLAMIC STUDIES II (ISRIS II)"
The theme for this international seminar is: 

“Transformation of Research in the field of International Islamic Studies”

This theme will be the underlying discourse in other sub-areas of the field as follows:-
- Aqidah and Islamic Thought
- Al-Quran and Al-Hadith
- Dakwah and Human Development
- Islamic History and Civilization
- Fiqh and Usul
- Syariah and Management
- Syariah and Economics
- Syariah and Law
- Siasah Syar'iyyah
- Islamic Education
- Islamic Sciences
- Islamic Studies Foundation
- Islamic Political Sciences



We invite to all Academicians, Researchers , Post-graduate students and Interested individuals to join this seminar.

BLOG RASMI: http://isris2apium.blogspot.com/
GROUP FB: http://www.facebook.com/groups/304058996287092/
CONFERENCE ALERTS: http://www.conferencealerts.com/seeconf.mv?q=ca1sha38
UM CONFERENCE: http://umconference.um.edu.my/ISRISII



Like, Share and Comment This Post =)

Tuesday, November 8, 2011

ANNOUNCING MY NEW BLOG ♥ Isytighaal bimaa yuqaribbuni Ilaika.. ^_^

Ya, sepertinya saya sudah jumpa apa yang mampu membuatkan saya bertambah sibuk.
Ya, jujur saya akui, masa lapang dan masa kosong itu bukan hanya mampu membunuh jiwa-jiwa anak muda jalanan biasa, bahkan mampu juga mencalarkan jiwa-jiwa anak muda yang ditabiyah dan berkefahaman agama.

Kerna menurut kata-kata Imam Syafii kita ( atau sesetengah pendapat adalah kata-kata Imam Ibnu Taimiyyah kita. Maaf belum sempat research lagi mana pendapat yang lebih rajih. Tapi, dua-dua imam ini pun saya suka dan sayang dan kagum )

" نفسك إن لم تشغلها بالحق شغلتك بالباطل "
"Jiwa kamu ini; jika kamu tidak sibukkan ia dengan perkara
yang baik dan hak,
maka ia akan menyibukkanmu dengan perkara yang batil.."

Tidak kiralah dia itu siapa.
Imam Muda, atau Ustazah Pilihan? Pun tidak terkecuali.

Seseorang datang dan mengajarkan ku tentang siasah.
Alhamdulillah.. ku sudah dapat fahaminya.
Dan ku ingin setia bersama Jemaah/Parti yang kuyakini ini.
Untuk terus sama-sama berganding bahu membina Daulah dan
Khilafah Islamiyyah...
       Seseorang datang mengajarkan ku tentang Tarbiyyah dan Kesufian.
       Alhamdulillah... sudah ku makin dapat fahaminya...
      Dan kuingin terus membaca kitab-kitab agama dan kesufian serta
      terus menghadiri program-program tarbiyyah buat membetulkan diri
      yang sempat bengkok..
      Namun...maaf, untuk ku sertai Tariqat Kesufian tertentu...
     aku tidak mampu..
            Dan kini....seseorang datang dan mengajarkanku tentang Dakwah...
            Alhamdulillah......
           Aku terpana...betapa ku sudah salah selama ini...
           Hatiku sangat sempit dan kecil untuk mencintai ramai orang...
           Jiwaku tertutup hanya untuk orang-orang tertentu..
          Sedangkan jiwa masyarakat di luar sangat kacau, hancur
          dan merana....ketandusan kasih-sayang... 
          Lalu apa tugas ku di dunia ini??
          Yang dilimpahi kasih sayang dari Allah..ibu bapa dan sahabat2..?
    
"Ya Allah...jadikan aku kuat untuk menolak segala kepentingan diri... dan mengabaikan sifat lemah jiwaku... dan buatkanlah hatiku luas dan lapang untuk mencintai ramai orang.... dan berbagi kasih sayang antara sesama manusia...."


Ini saya umumkan blog terbaru saya.
Namun, saya juga akan masih setia di mysyahadah Insya Allah..
Ya, kerna setelah beberapa cerpen saya diterbitkan di IluvIslam iaitu
1) Ada solehah dalam diriku
2) Wahai Jiwaku yang tenang

Maka, selepas dari itu, ramai yang bertanya padaku khususnya adik2 muslimah, ukhti2, akhawat ku sayang.
Khususnya soal "ccchentaaa"
Agaknya mereka ingat saya boleh jadi Dr Chenta.. huhu~
Sebahagiannya sudah saya balas terus pada mereka.
Namun saya ingin kompilasikan dan tambahkan penjelasannya di blog ini untuk lebih manfaatnya.
Namun saya masih belum memasukkan kesemuanya.
Doakan saya diberikan kesempatan masa.
Kerna ada beberapa amanah masih menanti.

Silakan dilawati, berpartisipasi dan sebar2kan =)




 
 Like, Share and Comment This Post =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Photo
Syahadatul Hafizah Abdullah
Renek; Besut; Terengganu, University of Malaya; Kuala Lumpur; Petaling Jaya, Malaysia
Just a simple ordinary girl that wants to shine brightly; from Allah, through Allah, to Allah...
View my complete profile