Wednesday, November 25, 2009

WAHAI JIWAKU YANG TENANG....



Liku-liku cinta terkadang bertemu syurga..Menikmati pertemuan indah dan abadi.. Tapi tidak jarang bertemu neraka..
Dalam pertarungan tiada berpantai..
–Rabiah al-Adawiyah-


Pilih saja..Bagaimana mahumu?

SUATU BUNGA RASA

Hari ini dia kelelahan lagi. Kelelahan kerana rasa itu yang tunda menunda di dalam hati. Suatu bunga rasa yang merobek tangkai jiwa, mencarik-carik segumpal daging bernama hati menjadi cebisan-cebisan kecil. Lantas luka itu dicurah dengan air laut, sungguh pedih, sungguh resah, sungguh lelah!

Entah kali ke berapa rasa itu menyeksa nalurinya. Sungguh galau. Mengapa begini? Hairan sungguh. Seingatnya, dia tidak pernah begini. Rasa itu tidak pernah menyinggah hatinya. Alangkah begininya perasaan itu. Alangkah! Mungkin kecewa dengan diri, atau mungkin sebenarnya lebih dari itu, bahagia dengan kuntuman rindu dan penuh harap.

Ah... akhi itu benar-benar membuatnya cemas dan tewas. Dia tidak pernah berperasaan begini seingatnya. Sudahnya, dia hanya diam sahaja. Biarlah rasa itu dia simpan kemas sendiri...kejap...erat. hanya antara dia dan Allah...dan pada setangkai doa yang diraut diadu diratap di hadapan Allah dalam lena dan dalam jaga.


BULAN BERUBAH WARNA

Hari itu dia kesiangan. 7.30 pagi! Belum pernah dia bangun untuk solat Subuh selewat itu. Dalam penyesalan dan istighfar dia meraup mukanya, lantas mengatur langkah ke bilik air.

“Ya Allah.. apa sudah jadi ni...” bisik hati kecilnya.

Pagi itu, akhirnya Mardhiyyah mengangkat takbir dengan hati yang sebal dan penuh persoalan. Kenapa boleh jadi begini? Biasanya dialah orang pertama yang akan bangun bertahajjud, seterusnya mengejutkan teman sebiliknya, lantas berjemaah di surau kolej. Kebetulan pula Aina Fasihah menghadiri seminar 3 hari di JAKIM, dan Nurin uzur syar’ie.

“Erm.. terlewat bangun ke? Maaf tak kejut.. Biasanya awak bangun awal..” Nurin menggosok-gosok matanya.

“Eh, tak mengapa, bukan salah Nurin. Mungkin sebab tidur lewat semalam..” suara Mardhiyyah kedengaran lemah.

Selebihnya dia bermonolog sendirian dalam diam.

Ya Allah.. mungkinkah disebabkan sebelum tidur tadi aku teringatkan Fawwaz dan tidak mengingati dan menyebut namaMu? Dan aku terlupa membaca Al-Mulk.. Ya Allah..maafkan aku. Bagaimana dengan solat tahajudku? Semenjak hayat kedewasaanku ini, sudah jarang aku meninggalkan solat malam.

Memang semalam dia teringatkan Fawwaz sebelum tidur. Biasanya sebelum tidur dia akan membaca Al-Mulk dan membaca doa-doa serta surah-surah pendek pendinding diri. Namun pulang saja dari meeting semalam, sekitar jam 11.45 malam, khusus membincangkan tentang gerak kerja Pilihan Raya Kampus yang bakal menjelang, dia merasa sungguh letih. Letihnya di tahap luar biasa, dengan kuliah dan tutorial seawal jam 8 pagi. Juga letih serta lelah malah sakit mencengkam lubuk jiwa. Kenapa dalam meeting itu dia harus juga hadir!

Usai sampai ke bilik, dia menghenyakkan tubuhnya ke katil. Sungguh penat dan lelah. Namun Mardhiyyah tersenyum jua. Memandang wajah akhi itu mendatangkan ketenangan ke lubuk jiwanya yang terdalam.

"Sudah dua hari aku tercari-cari wajahnya. Mungkin jodoh aku bertemunya malam ini.."

Sudahnya, dia mengambil mp3 player nya dan menyumbatnya ke telinga. Biasanya tangan mulusnya akan dipetik ke folder bacaan Al-Qur’an. Itu yang biasa dilakukan jika dia tidak dapat melelapkan mata. Menghayati bacaan Syeikh Saad Sa’id Al-Ghamidy atau As-Sudaisy yang menggetarkan dan mengharukan itu, terkadang dia turut larut tenggelam dalam bacaan itu bersama linangan air mata. Atau sekadar melayani celoteh DJ stesyen radio pilihannya, IKIM.fm, dengan info dan tazkirah penyubur jiwa Tapi, tangannya terhenti pada lagu itu. Albi Nadak. Dan bayangan Fawwaz dalam meeting itu menerpa kembali. Seperti biasa, dengan kewibawaannya berhujah dan memberi pendapat. Belum dikira renungan dan senyuman spontannya.

Lik
Ana milkilik...

"Alangkah indahnya andai dia menjadi milikku. Dan aku akan mempunyai seorang mujahid yang akan sama-sama berjuang bersamaku. Akan ku kuatkannya tika dia goyah, dan pastinya dia akan selalu membisikkan kata-kata perjuangan buat membakar semangatku. Akan kulahirkan tunas-tunas comel yang akan mewarisi perjuangan kami, bahkan sebenarnya merupakan rintisan perjuangan Baginda S.A.W. Akan kusayangi dia sepenuh jiwa dan ragaku. Kerna pasti aku yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertinya. Akan ku sedaya upaya cuba untuk menghadiahkan ‘solehah’ku padanya, agar sejuk mata hatinya dalam bahtera rumahtangga kami.Tentu sekali aku kan bahagia. Mana mungkin aku tidak kan bahagia. Peribadinya cukup meyenangkan. Senyumannya cukup mendamaikan. Penampilannya sederhana dan memikat kalbu. Sentiasa tawadhuk. Paling kuterpikat pada karakternya yang nampak serius di luar. Namun sebenarnya boleh tahan kelakar. Dan paling mengharukan, dia seorang Hafiz! Apa lagi yang diperlukan dari seorang peribadi bernama Fawwaz. Pendek kata, aku tidak sanggup untuk mencintai orang lain selain darinya. Sungguh hatiku bernyanyi begitu.."


Dan nyanyian jiwanya yang sarat itu berlagu-lagu di dalam lenanya.. tanpa dakapan Al-Mulk dan Tiga Qul, tanpa selimut air wudhu’..dan tanpa sinar Qiamullail...

WAHAI JIWAKU YANG TENANG!

Pagi sehening itu, Mardhiyyah mengatur langkah ke surau kolej. Di saat ini hatinya sudah tidak keruan lagi. Kalau ditoreh dengan belati tentu sudah tidak berdarah lagi. Kalau dihempap dengan gunung pun entah bagaimana halnya. Yang ada di fikirannya adalah dia. Hanya dia.

“Ya Allah.. aku rindukan dirinya. Aku inginkan dirinya untukku. Betapa beratnya perasaan ini Ya Allah..”

Dalam sedu sedan istikharah penuh harap, Mardhiyyah mengadu pada Ilahi Rabbi. Air matanya bercucuran merindukan akhi itu. Sudah lama dia tidak melihat Fawwaz. Mengikut cerita teman-teman, dia pulang ke kampung. Ah.. mengapa ramai benar yang suka bercakap tentangnya. Jika namanya terluncur di bibir akhi lain, hatinya bergetar hebat, dan saat namanya disebut di kalangan sahabat muslimatnya, hatinya sungguh hancur dan resah. Mengapa ramai benar yang menyukainya?

Dia berjalan longlai. Usai mandi pagi itu, dia terus mengatur langkah ke surau. Masih awal rupanya. Waktu Subuh belum tiba. Suara unggas-unggas sungguh hening dan hiba, sehiba hatinya yang kerinduan. Sebelum ini, kerap juga dia terserempak dengan akhi itu di hening Subuh begini. Berpapasan ke surau. Di kala begitu, dia melambatkan langkah, biar saja akhi itu mendahuluinya. Ataupun mana-mana muslimin lain. Tidak pantas seorang muslimat untuk berjalan dan buru-buru di hadapan lelaki ajnabi. Biar saja mereka berjalan dulu. Itu lebih afdhal. Seperti halnya yang dilakukan Nabi Musa saat berjalan bersama Shafra yang menjemputnya.

Sesampai di surau, ternyata tiada siapa-siapa. Tiada sahabat muslimin apatah lagi muslimat. Hatinya terasa sunyi dan pilu, sepertimana sunyinya keadaan surau di waktu fajar itu. Dia masuk dan lantas mengambil senaskah Al-Qur’an, lalu duduk bersimpuh. Mardhiyyah memeluk Al-Qur’an itu lantas menciumnya. Matanya terasa panas dan hangat. Dia membuka Al-Qur’an untuk mencari petunjuk. Awal pagi sebelum tidur semula tadi dia usai solat istikharah. Hatinya berkecamuk kerana tiada petanda. Mungkinkah hatinya sungguh berkarat dan berlumut, lalu Allah memberi hijab? Air matanya tumpah. Mengapa murah benar air matanya dua tiga hari ini? Mungkin rindu sungguh. Ah..sungguh penasaran. Hati yang sungguh berkecamuk dan diadun seribu satu rasa. Lantas dia teringat pada coretan ringkas yang dibuat di hujung nota Falsafah Islam semalam.

“..Dua tiga hari ini aku tidak melihatmu.. di mana-mana kucari wajahmu.. namun kau tiada... di mana dirimu? Bagaimana keadaanmu.. lalu aku melalui jalan-jalan kerinduan nan hiba namun kau tiada jua.. Allah sampaikan perasaan ini pada dia.. harapanku..moga benar aku dari rusuknya.. AMIN.."

Dia membuka kitab suci itu secara rawak. Lantas membaca ayat yang dipilih secara rawak mengikut gerak hati. Inilah yang dibiasakannya jika dia dalam kebuntuan dan keresahan. Ternyata hal ini biasa menjadikannya tenang “..Pada hari ketika kamu melihat orang mu'min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, : "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar". Ayat ini ternyata menyejukkan mata hatinya. Syurga untuk mukmin laki-laki dan perempuan? Tentu sekali juga untuk suami dan isteri yang berkasih sayang kerana Allah. Bibirnya menguntum senyum sekilas. Lantas dia membelek lagi naskah Al-Qur’an itu mengikut kata hatinya. Dan tangannya terhenti. “..Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang , maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir..” Nalurinya bergetar. Mardhiyyah merasa sungguh terkesan. Neraka? Kehidupan sekarangkah yang kuinginkan? Mengigaukan seseorang yang bukan hak? Ah..dia jadi buntu.

Dan dia membelek buat kali ketiga. Saat ini air matanya semakin galak. Gerun dengan gambaran neraka yang maha azab. Adakah selama ini dia sudah tersasar jauh? Matanya tertancap pada Surah al-Mukmin, ayat 55 “..Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi..”

Ah..serasa pujukan Allah itu mengena jiwanya. Adakah aku sudah salah selama ini? Perasaan yang suci ini adakah sudah tercemar? Mungkinkah aku yang tidak sabar, atau akukah itu yang tidak yakin dengan janji Allah? Tangisannya semakin melebat diikuti esakan kecil. Namun, dia mencuba menahan esakannya, kerana lampu di bahagian lelaki sudah terpasang. Mungkin sudah ada yang datang untuk menjadi imam.

Seketika azan dilaungkan penuh syahdu.. Ini suara yang kurindui selama ini! Air matanya kembali melebat Kenapa sekarang perlu hadir pula. Ya Allah.. apakah maksud dari segala ini? Hatinya berkecamuk dan fikirannya berpusing.

Usai azan, suasana kembali hening. Mardhiyyah mengangkat takbir untuk solat sunat qabliyyah, sambil menyeka air mata yang berbaki. Namun hatinya masih dalam kebingungan bernada riang.

Usai solat qabliyyah, masih tiada jemaah muslimat yang datang. Di bahagian muslimin, turut senyap dan sunyi. Namun itulah fenomena dasawarsa ini pada atmosfera kampus. Tarbiah dan program ilmiah tidak mendapat sambutan. Namun, pada program dan aktiviti berunsur hiburan dan liburan, sungguh ramai warga kampus berpusu-pusu! Suatu kebobrokan intelektualisma dan insaniah!

Tiada laungan iqamat. Aneh.

“Assalamualaikum, erm.. enti dah solat?”

Ya Allah, hatinya tersentak. Itu memang suaranya! Seseorang yang dirindui seputar tiga empat hari ini. Dia seperti mahu menangis semula.

“Waalaikumusslam.. erm.. belum..” Mardhiyyah menjawab dengan baki suara yang ada bercampur nada serak.

“Baguslah, boleh solat jemaah bersama, sebab muslimin lain tak ada..” balasnya.

“Erm..ya..” jawab Mardhiyyah ringkas.

Entah mimpi apa, aku solat jemaah dengannya pagi itu. Bukan tidak selalu aku solat diimamkan olehnya, namun hari ini kami berdua sahaja! Tanpa orang lain. Hatiku berbunga bahagia. Alangkah indahnya solat berjemaah dengan orang yang dicintai! Hanya berdua. Gambaran rumahtangga yang sakinah dan dirahmati terapung di mindaku.

Saat Ahmad Fawwaz Auza’iy mengangkat takbir penuh ketenangan, hati Mardhiyyah al-Hasanah diamuk perasaan yang mencengkam. Sungguh hening keadaan tika itu. Dan tika dia mula membaca Al-Fatihah, Mardhiyyah larut dalam bacaannya yang penuh teratur. Terasa ada hembusan yang sejuk turun dari langit dan menyentuh ubun-ubun, lantas menyelinap ke rongga jiwa. Pada rakaat kedua, Fawwaz membaca surah Al-Fajr. Bacaannya sungguh lembut dan mendamaikan. Sesekali ditekan, menyebabkan sesiapa yang mendengarnya terasa syahdu, dan kelopak mata terasa hangat, bergetar hati dengan bacaan ayat Ilahi.

Dan tiba ke beberapa potongan ayat terakhir, jiwa Mardhiyyah tersentak hebat.

Ya ayyatuhannafs al-muthmainnah
Irji’i ila rabbiki raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhuli fi ‘ibadi
Wadkhuli jannati


Hai jiwa yang tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku
Dan masuklah ke dalam syurgaKu


Saat bibirnya lembut menuturkan kalimah ‘Mardhiyyah’, hatiku bertambah derunya. Kalimah itu seolah-olah penuh nasihat yang lembut. Sungguh jiwaku tidak tenang selama ini. Aku menjadi pemburu bayang-bayang yang tidak pasti dapat kugapai. Terkadang aku ke program dan kuliah untuk menjadi pemerhatinya yang setia. Walau dia dekat denganku, namun boleh jadi dia bukan untukku. Terdapat pelbagai kemungkinan yang sedia direncana oleh Allah. Bukankah aku sendiri yang selalu berdoa usai ma’thurat, agar janganlah nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau sekelip mata cuma. Alangkah jika dia bukan tercipta untukku.. Alangkah.. Lalu, bagaimana pula halnya dengan insan yang haq untukku nanti? Tidak adil untuknya bukan? Seketika itu, air mataku tambah melebat. Dan aku menghabiskan solat fajar itu dengan air mata yang kutahan.

Begitu jua saat akhi itu berdoa tulus, muzakarah usrahku pada hari Selasa yang lepas terngiang-ngiang menerpa.

“Jikalau begitu kak Husna, berdosakah untuk berperasaan sebegitu? Ternyata itu perasaan suci anugerah Ilahi..suatu fitrah insani..” aku pura-pura bertanya secara umum.

“Ya...perasaan yang suci, bernada ujian buat hamba-Nya yang dikasihi. Terserah untuk kita bagaimana. Yang penting, ternyata ketenangan itu tidak ada jikalau kita terlalu menurut hawa nafsu sendiri. Sudahnya kita kelelahan. Hindarilah dari terlalu berharap, bimbang kecewa nanti. Bimbang jika perasaan itu memenuhi ruang lebih dari perasaan kita pada Allah. Yang pastinya, Allah bakal mengabulkan permintaan itu jikalau sememangnya dia pantas untuk kita. Berdoa sahajalah yang terbaik untuk diri, walau siapapun dia. Kita tidak tahu akan rahsia Allah. Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang tersirat, siapalah kita yang lemah dan hina ini..”

Begitupun saat akhi itu melantunkan bacaan bernada tarannum usai solat Subuh tersebut, sedang aku menahan esak tangisku di belakang. Dan pagi Ahad yang hening itu, aku beriktikaf di surau sehingga membawa ke waktu Zohor.

“..Pergilah akhi... Biarkan hatiku sendiri.. Maafkan aku akhi... Tak kusangka aku pernah senyum, menangis dan kegelisahan keranamu.. Maafkan aku wahai bakal rafiq hidupku.. walau siapapun engkau, dari mana pun engkau... doakanlah aku di sini.. untuk kuat menyimpan hati ini padamu.. Ya Allah.. penuhkan cintaMu dalam qalbuku..agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku...”


Hai jiwa yang tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu..

Dan ternyata hal itu bisa membuatkan dirinya tenang! Dan ikhlas dalam perjuangan!

Oleh Syahadah al~Hafeezah
Majalah I
Mei 2009

Wednesday, November 18, 2009

MEMANG ALLAH SENGAJA.........



MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk diri kita dan kehidupan kita pada masa depan..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal..

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.. Hari esok pun tidak pasti akan menjadi milik kita.. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan seruhanNya dan meninggalkan laranganNya..

Dipetik dari Majalah Perempuan edisi November.

Tuesday, November 17, 2009

KETIKA CINTA....

Ost Perempuan Berkalung Sorban



Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggilMU
Kerna setiap jiwa telah bersumpah
Setia hanyalah kepadaMU

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah DIA
Hatikan memuja hanya padaNYA

Ketika cinta memangggil
Gementar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil...

Rindu Rindu Rindu Kalbu....
Memanggil-manggil namaMU
Seperti terbang di langitMU
Tenggelam di lautan cintaMU

Berpadu kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika CINTA memanggil


        By Siti Nurhaliza
                By Opick

Thursday, November 12, 2009

JALAN MEMORI SEMALAM




Assalamualaikum pembuka bicara..moga-moga kita beroleh kenyamanan dengan ucapan salam
sesama muslim ini..
Sekarang untuk mencoret sesuatu, masa dan hela nafasku juga fikrahku amat terkerah..
Mungkin kerana sudah lama aku meninggalkannya.. Serasanya sudah sagat berkarat!
Sempat ditanggapi suatu masa dahulu.. Yang sangat aku rindu..
Mungkin juga kerna pembacaanku sekarang agak kurang di saat aku berhempas pulas menyiapkan tugasan sebagai Pembantu Penyelidik.. Ahh Syahadah, Ukhti tidak boleh begitu! Walau sesibuk manapun
enti, enti kena juga membaca buku. Membaca itu sangat dituntut untuk menyuburkan akal menyerak ke rasa dan tindakan. Siapa manusia tanpa membaca??

Bagaimana ya ingin kujelaskan perasaanku.. Sampai-sampai aku sudah tidak dapat berkata apa lagi.. Untuk rasaku..untuk fikrahku..untuk sujudku...untuk syukurku...untuk rinduku...untuk cintaku.. malah untuk
segala-galanya... Aku jadi teringat pada kata-kata puisinya di dalam Ketika Cinta Bertasbih, sudah ku hafal sekali.. Sempat ku bertemu dengan patah kalamnya dalam buku 'Antologi Sufi' keluaran saudara Indonesia.
Rupanya ia dikarang oleh Jalaluddin-al-Rumiy dalam Diwan Shamsi Tabriz...

Bunyinya begini. Ini versi asalnya

Sekalipun cinta telah kuuraikan
Dan kujelaskan panjang lebar
Namun bila cinta kudatangi
Aku jadi malu pada keteranganku
Meskipun lidahku telah mampu menguraikannya dengan terang
Namun tanpa lidah cinta menjadi lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan
Matahari membuktikan sendiri dengan sinarnya; jika bukti datang jangan palingkan wajahmu darinya
Cinta yang tergantung pada warna bukanlah cinta
Warna akhirnya luntur, begitulah cinta sesaat harus kau enyahkan
cinta sesaat harus diganti cinta hakiki dan apa saja selain 'aku' harus dienyahkan


Dan ini versi filem KCB 1
Sekalipun cinta telah kuuraikan
Dan kujelaskan panjang lebar
Namun jika cinta kudatangi
Aku jadi malu pada keteranganku
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah cinta menjadi lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan


Ya, segalanya dengan tanpa kata-kata mungkin menjadi lebih terang..pada rasa hati dan pemikiran..
Namun kata-kata bait indah juga sangat wajar..jikalau tanpanya maka tentu sekali akan pudarlah.. Karya Rumi, Shakespeare, Hafez el-Shirazi bahkan Habiburrahman el-Shirazy sendiri pun..

Maka sangat ingin kucuba jelaskan..
Bahawa ini perasaanku sekarang...

Aku sangat menyayangi jalan memori
Sebuah kerinduan yang membugar hati
Walau mahu ditukar ganti
Tetap saja aku tidak mahu peduli

Namun aku tidak akan menoleh kembali
Pada jalan yang ditinggal pergi
Ada hitam kelam dan putih suci
Tanda dan bukti aku cuma manusiawi

Aku membungkus segala kenangan silam
Dan jalan memori semalam
Lantas dipatri dalam lubuk hati terdalam
Ia menyerak dalam sukma terpendam

Segala jalan-jalan perjuangan yang kulalui
Akan aku kenangi dengan sesungguhnya pasti
Sebuah jalan yang memberikan makna dan tafsiran indah murni
Pada sebuah kehidupan duniawi

Aku menyisih segalanya teliti
Dan mengemaskan perasaan sendiri
Di dalamnya ada cinta dan restu Ilahi
Buat diguna di hadapan nanti

Lalu aku mengucapkan selamat jalan
Pada jalan memori semalam
Membungkusnya dalam kotak dimensi
Lantas berinjak pergi
Menuju perjuangan jalan abadi


Jalan Memori Semalam-11/9/09-Teratak Ilham
 

Wednesday, November 4, 2009

LANGUAGE STUFF-CHOMMAL CHUA!


 Visit this url to learn language/use the service :)


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Recently I just managed to watch Korean Film entitled My Mighty Princess. And also Korean Drama Sassy Girl Chung Hyang. Well, not so much time recently to spare in watching movie. But it's worthy to enjoy it. :)



Well, actually I just love Korean drama and film since they burst out in Malaysia about in 2002. (By debut of Winter Sonata I think)
That time I don't like it at all. Because I stay in hostel, so my friends that live at home always have chit chat about them. Eu Jinn, Jung Sang and bla..bla..bla...


Then I went home and I firstly got sick of it. Because I hate the dubbing movie so much! No matter what kind of film, I just don't like them.
As for me, the real voice of the player is so much important. Just imagine a person who feels the sorrow but the other person is crying... quite funny. And the second reason is, what's wrong to learn other language? There are thousand of languages in this world. 
Just then I start to love Korean Drama by TV2 becoz they use the original version of Korean Drama. And that time is Wuri's Family (Jae Hee@Lee Hyun Kun as the youngest brother! Funny didn't even know he's so cool in Sassy Girl Chung Hyang). Korean language as first time heard was quite weird, but so interesting.


Ahh...I just love the language stuff! Maybe Allah gives me the talent in this field Alhamdulillah.. I do answer Quiz in Facebook regarding my hidden talent (although sometimes the quizzes and questions are crap n irrational). And they say my hidden talent is “Literature" :)



And Alhamdulillah for my Language Papers during UPSR, PMRU, PMR and also SPM, I always got A for them. Malay, English and Arabic. And I’m selected for Best Student for English paper in SPM. And during my years of Foundation at Nilam Puri, Alhamdulillah I got Band 5 for MUET. That’s the precious moment in my life.


Regarding my new job in Academy  of Islamic Studies, Department of Al-Qur’an and Hadith, as a fresh-dunno-anything Research Assistant for a kind dedicated Prof Dato’ Dr Zulkifli maybe it’s about “Language Stuff”. The article translation stuff. And I’m really happy with that. I hope I’m able to contribute something to ummah with the talents that Allah grant me.


Now I just learn 3 languages formally: Malay Language (of course the most fluent-plus variety of dialects-Kelate, Ganung, Peghak, Kedah etc) Then English with I dunno to describe (but I like the exercises to speak with slang among my friends glibly) N of course Arab Language (I just love them, It’s the language of al-Qur’an, the language of my prophet n the language in heaven  =)


And of course Indonesian language. I’m not so good in it but I think quite OK la.. Being a gud speaker by exercise through sinetron n song. huhu. But I want to learn more. I want to learn Chinese after this. I already bought some Mandarin dictionaries. Sometimes it’s quite annoying when we dunno what people nearby are talking about. And I want to understand them. I want to communicate with them. But it's really hard! huhu. The language with the different type of Characters (not ABC) is quite hard. And I do really3 interested in Korean language. Chommal. But I think the priority is Mandarin. Then I want to learn Tamil, if I can. Then I have to think bout it. Maybe Thai, Phillipines or Hindi hehe. I dunno why I’m not interested in Japan, French or Latin.


But let me think bout it later, or research and listen to the other language of the worlds. Maybe there’s a small country with the good language. I want to know them. Just like Malaysia. Sometimes I wonder, how’s my own language as it heard by foreigners? Because I’m inherited it. I just can’t imagine. I'm so struck with amazement and admiration to people who can speak 4 language or more. Even 3 like me, I'm barely can't manage it.


I love language experimental. I love language stuff. I love language exercise. Now I'm tutor for my housemate, Cik Ainum who took IELTS in order to fly to Indonesia (UI/UGM). She's getting better. Of course not becoz of me. It's becoz she take it at British Council. Pay more and you get more. Of course laa nowadays...She said her biggest fear from childhood is learning English. i dunno that feeling..huhu
Next sem it's Najlaa's turn. She book me. Haha, quite funny..as I'm not talented competent enuff. Really.

To those who hate language stuff, try to love it. Maybe i love literature stuff so i love language stuff. Who is literature without language??  Weird. But  not to love literature is also OK. It's a selection. But believe me, literature can bring you closer to Allah Insya Allah.


I'm now colouring my dream, my planning to be a DJ. Is it value enuff? Is it equivalent enuff? Is it competent enuff? Is it deserve enuff? Is it valuable enuff? Is it worthy enuff?

Let me figure out first by asking Allah. Let the time judges...
Wal 'Asr...
English DJ of IKIM of course! hehe


Have u ever dreamt the same dream repeatedly?
Well I do... I wanna share with you..
I'm getting older and i'm getting dreamt of it... more frequently..
I dreamt I'm deliver speech to people
Sometimes to youth who was playing football.
Sometimes to non-Muslim.
I had an argument... I had a talk.. I had a preach..
It still crystal clear in my mind.
In English...Malay and sometimes in Arabic.

That's why I getting ashamed of my own self.
My own talented. I'm getting ashamed to dictionary... to my notes..
to Besta.. and to that language stuff..
I'm getting ashamed of Facebook, Friendster..
Just wandering around without doing the good job.
Something benefit to Islam. Even I myself already know this type of Cyber-Community link to Jewish, Chtistianity..


Friends, pray for me. Who am I without thee....?

Monday, November 2, 2009

Insya Allah...........


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 3x
You`ll find your way
Insya Allah 3x
You`ll find your way


Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
 

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

 

Insya Allah 3x
You`ll find your way
Insya Allah 3x
You`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way
Showed me the way 3x
 

Insya Allah 3x
We`ll find the way

Insya Allah 3x
We`ll find the way

Insya Allah 3x
We`ll find the way

Insya Allah 3x
We`ll find the way

Insya Allah 3x
We`ll find the way



by Maher Zain