Friday, August 27, 2010

Tahajjud Cinta..




KAU datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga

KAU datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan Wali
Yang suci dari hina dan benci

KAU datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak
Cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna
Hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

KAU datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya pada-Mu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahi ku rahmat kasih-Mu
Dalam tahajjud cinta bersujud...

Tahajjud Cinta by Siti Nurhaliza

Wednesday, August 25, 2010

ARAFTUKA... YA RABB...




ARAFTUKA YA RAB - MUHAMMAD AL-HUSAYYAN & RAIHAN
Album : Mawlay

Allah Allah Allah Allah Allah Allah

Muhammad:
Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab
Araftuka Mud Dzaqa Qalbis Si'ab


Nazrey:
Araftuka Fi Kulli Syai'in Bada
Wa Fil Bahri Aw Fi Mururis Sahab


Allah Allah Allah Allah Allah Allah

Wa Fi Nasamatil Asilir Riqaq
Wa Fil Ardhi Aw Fi Jamalil Hidhab
Wa Fi Nafahatil Huda Zuqtuha
Nasitu Biha Tayyibatil Itab


Muhammad:
Faya Rabbi Sun Qalbi 'An Nazghatin
Turihid Dhalala Naqiyath Thiyab
Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab


Nazrey:
Lindungilah daku dari kejahatan
Yang menipuku dari kemanisan iman

Bawalah daku ke arah cinta suci-Mu
Berikan daku keredhaan dan syurga-Mu

Muhammad:
Wa Khuz Bi Bihubbika Nahwa 'Ulak
Wa Hab Li Ridhaka Wa Husnal Maab
Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab


Nazrey:
Take me out to Your Love
Towards Your Highness
And give me Your pleasant & paradise

---------------------------------------------
Terjemahan Oleh : WEWR Entertainment.

Allah Allah Allah Allah Allah Allah

Muhammad:
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan
Kutahu Engkau tika hatiku merasa susah

Nazrey:
Kutahu Engkau dalam setiap yang bermula
Dan di laut atau dalam pergerakan awan

Dan dalam bayu petang yang tipis
Dan di bumi atau pada kecantikan anak bukit

Dan dalam semerbak hidayah kurasakan
Kulupakannya di ambang kebaikan

Muhammad:
Maka Tuhan lindungilah hatiku daripada tertusuk
Perlihatkannya kesesatan sucikan pakaiannya
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan

Nazrey:
Lindungilah daku dari kejahatan
Yang menipuku dari kemanisan iman

Bawalah daku ke arah cinta suci-Mu
Berikan daku keredhaan dan syurga-Mu

Muhammad:
Dan bawalah daku kepada cinta-Mu setinggi-Mu
Dan kurniakan kepadaku keredhaan dan kepulangan yang baik
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan

Nazrey:
Take me out to Your Love
Towards Your Highness
And give me your pleasant & paradise 


Allah Allah Allah Allah Allah Allah

Kerjasama : Raihan Malaysia
Lirik : Abu Dujanah
Jurutera Bunyi : Asim Al-Binniy


                                                

Sunday, August 22, 2010

Thursday, August 12, 2010

Monday, August 9, 2010

FITRI RAMADHAN ~



Ramadhan.. 
Rindu sungguh sama kamu..
Moga bersedia menyambut ketibaanmu..
Ingin sekali berjabat tangan denganmu..

Menangis sendu di dada malam mu..
Bertadarus bersamamu..
Kenyang dan berlapar denganmu..
Sebagai hadiah untuk Allah kita ~ 
Agar nanti tiba saatnya kita berpisah..

Akan ku titiskan air mata di pagi tanpa resah..
Setelah Fitri datang menjemput..
Kenangan sebulan bersamamu yang menguatkan baki..
Sebelas bulan ku yang lain..
Jikalau nanti sudah tidak berjumpa di tahun hadapan..

Itu bermakna..
Tentulah aku yang akan pergi..


SALAM RAMADHAN KAREEM BUAT SEMUA IKHWAH AKHAWAT FILLAH =)

Blogger Templates

Thursday, August 5, 2010

The Best I Ever Had!!~ Mak al-Mahbuubah =)


Saya ada seorang sahabat baik. Beliau lahir pada hari ini, 5 Ogos 1965, kira-kira 45 tahun yang lepas. Saya sangat sayang beliau. She's truly my best friend ever, her love is unconditional. Baju beliau bajuku jua, duit beliau duit saya jua (hutang kira halal je..suka belanja saya pula tu). Pastu suka amek berat pasal saya. Selalu tanya perkembangan saya. Selalu ada untuk saya. Selalu faham hati saya tanpa saya sempat bagitau pun. Selalu sokong apa je keputusan saya. Saya sangat bertuah punyai beliau dalam hidup saya, sebagai satu-satunya anak perempuan beliau =) Kak Sayang Mak Sangat1000000 ♥ Moga mak bahagia dunia akhirat. Moga mak tetaplah sahabat baik kak, di dunia dan di syurga. Aamiin.. Ummi Rosayah binti Yunus, Uhibbuki Fillah ♥ Maaf memang saya banyak berdosa pada mak. Moga saya dapat hadiahkan ke'solehah'an saya pada mak =) Dan seorang 'soleh' buat mak. Dan putera puteri cumill lagi soleh dan solehah yang akan selalu mendoakan mak dan abah. ahaks. Insya Allah~

KAMI ADA KERNA KAU ADA~

Abdullah bin Ab Manaf + Rosayah binti Yunus @ Teratak Ilham =)

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 45 BUAT MAK dari kami,
budak2 nakal~ ('_~)v


1) Muhammad Hafiz a.k.a Feez (1985)

2) Syahadatul Hafizah a.k.a Kak (1986)
3) Abdul Hakim Fikri a.k.a Yee (1989)
4) Ahmad Akmal a.k.a Maa (1991)
5) Muhammad Arif a.k.a Reef (1994)
6) Nur Adam Azami a.k.a Ami (1996-besday awak lagi 2 hari, anak manje mak :P)

Always da best I ever had~

Blogger Templates

Wednesday, August 4, 2010

RAMADHAN IS NOT A REHEARSAL


Ramadhan is not a rehearsal.
Pencerahan ini saya dapat dalam satu kuliah ketika di tahun awal pengajian dahulu di Nilam Puri.

Lalu pemikiran menjadi jernih, dan kefahaman tambah mengganda.
Tentang Ramadhan yang dicintai.

Ramadhan ternyata bukan rehearsal.
Sampai-sampai kita perlu berusaha untuk berjuang dan mencoba dengan gigihnya di bulan penuh pahala ini.

Tapi ia tetap bukan rehearsal.
Kerna kata Ustaz: 
"Di bulan Ramadhan, setiap sudut dan incinya adalah penuh dengan pahala dan berkah"

Jangan sampai kita terlepas walaupun sepicing.

Justeru haruslah ia dipacu bermula dari awal. 
Sebab itu ada bulan Rejab dan Syaaban yang diberkahi untuk 
mengambil manfaatnya, menjemput semangat Ramadhan.
Biar dua bulan ini kita memacu dari awal.
Rehearsalnya, bermula dari Rejab dan Syaaban.

Kalau harus mujahadah dan memaksa diri; 
itu bermula dari sebelum Ramadhan.
Dengan Qiamullayl, puasa sunat, mentadabbur bertadarrus Al-Qur'an, berzikir, menjaga nafsu dan pandangan serta hati, juga melazimi perkara-perkara yang baik sahaja.
Itu sebelum Ramadhan.
Kerna Ramadhan, bukannya Rehearsal.

Kerna mereka yang menyangka dalam bulan Ramadhan baru harus memaksa diri,
maka Bulan ramadhan yang hadir terasa hambar.
Maka jadilah ada yang terlepas malam-malam bertarawikh,
malah tidak sempat menghabiskan 30 juzu' sedang insan lain khatam 2,3 kali dalam Bulan Ramadhan.
Qiamullail juga melepas pergi.
Membagi pahala hanya untuk yang bersedia sahaja.
  
Kerna itu Ramadhan; awalnya rahmat, kemudian keampunan dan akhirnya pelepasan dari api neraka.
Ramai yang berpura-pura dan kuat di awal Ramadhan sahaja.
Malam pertama Ramadhan surau penuh sekali untuk bertarawikh.
Malam 10 ke atas, menjadi semakin sirna, dan 20 ke atas..semakin hilang..dan kelam..

Saya teringat lagi, saat membaca majalah Anis juga sewaktu di Bumi Nilam penuh Barokah.
Seorang Ustazah menceritakan rahsia dan petua beliau, yang tidak ma'zurah ketika bulan Ramadhan.
Subhaanallah... beliau menceritakan bahawa sudah lama beliau tidak ma'zurah ketika Ramadhan, dengan berkat bulan Rejab dan Syaaban.
Beliau berpuasa sebanyak-banyaknya dalam dua bulan itu. 
Dan beribadah sebanyak-banyaknya.
Dan berdoa setulus-tulusnya agar tidak ma'zurah dalam bulan Ramadhan.
Untuk menjalani ibadah dengan sesempurna-sempurnanya.
Alhamdulillah.

Itulah contoh mereka yang bersedia menyambut Ramadhan.
Ramadhan yang datang disambut dengan sangat-sangat gembira.
Seolah-olah ingin dipeluk kerna kerinduan yang teramat sangat.
Ibarat tidak bertemu insan yang dicintai selama setahun.
Masakan tidak rindu????

Blogger Templates
Rabu
4 Ogos 2010
Villa Mujahidah
10.15 malam

Tuesday, August 3, 2010

Tika Kau...







Tika kau keliru,
Jangan ragu,
ALLAH tercinta Maha Ada untuk kau luah rasa jiwamu.

Tika kau tak keruan
Jangan hilang pedoman
Rasul tersayang ada menunggumu di 'sana' dalam kerinduan.

Tika kau terumbang,
Jangan bimbang,
Keluarga yang setia ada untukmu penuh cinta sayang.

Tika kau resah,
Jangan gundah,
Sahabatmu yang memahami sentiasa ada untuk kau luah.

Tika kau goyah,
Jangan kau lemah,
Kau harus tabah,
Kerana kau Pembawa Agama yang Indah.

Tika kau terluka,
Jangan kau berlama-lama,
Kau harus tegar rasa,
Kerana kau Mujahidah Muda.



Edited from original version~
by Ukhti Fillah

Blogger Templates
Blogger Templates

Monday, August 2, 2010

Sastera Sufi Syahadah

Syahadah,
Tunaikan amanahmu..!
Kamu.....akan disoal tentang itu!


Syahadah,
Helalah nadi jiwa tarbawi...!
Kamu....akan kuat dengan itu!


Syahadah,
Hiduplah dalam nafas perjuangan..!
Kamu....akan bahagia dengan itu!


Blogger Templates

Ghurfah Syahadah,
Teratak Ilham,
3/6/2010
11.00 malam
After 'kefahaman'... :'/