Assalamualaikum semua.. selamat datang ke laman Suri Ummi. Laman ini adalah di bawah seliaan Syahadah Abdullah dan Ridhuan Husin, khusus untuk berkongsi cerita tentang kehidupan, tips kesihatan dan kegembiraan.

We are also business partner of Shaklee Product at Gombak, Batu Caves and nearby area. Delivery throughout Malaysia and nearby. Hubungi kami juga untuk konsultasi kesihatan percuma dan peluang menjana kewangan hebat bersama Shaklee World. Hubungi 013.2505.386 segera. Anyone can be healthy, wealthy and happy!

Monday, December 31, 2007

Syahadah


Syahadah
Lambang keutuhan jiwa ragaku
Pada deen yang suci
Lagi qudus ini.

Syahadah
Tanda cinta pada pemilik jiwaku
Menjadikan penyaksian tegar buat-Nya
Bahawa dialah segalanya bagiku
Dialah Tuhan yang satu
Hidup dan matiku hanya untuk-Nya.

Syahadah
Nukilan setia pada belahan jiwaku
Rela darahnya mengalir
Pasrah keringatnya diperah
Buat diriku
Lantas aku di sini
Dengan penyaksian yang jitu
Bahawa dialah
Kekasih hatiku
Menyaksikan bahawa dialah
Rasul pesuruh Allah.


Syahadah
Simbol keikhlasanku
Pada deen terulung ini
Aku bersedia
Aku mengharap
Demi sebuah perjuangan suci
Dengan iringan wangian firdausi
Roh jiwaku lantas diarak
Dilindung
Dipayung
Sayap ribuan malaikat
Terbang mencari
Cinta yang hakiki.

Syahadah
Natijah ketekunanku di dunia ini
Jerih perih keringat mengalir
Demi ilmu yang diredhai
Buat menolong agama dan bangsa
Lantas ku sujud
Penuh kesyukuran.

Maka
Dengan syahadah yang suci ini
Cinta-Nya ditatang
Redha-Nya dijulang.

Hasil nukilan,
Tinta Kejora
Syahadah al-Hafeezah,
12 Ogos 2005,
Bumi Nilam Bumi Tarbiyyah,
Kelantan.