Tahajjud Cinta..

1:08:00 AM




KAU datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga

KAU datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan Wali
Yang suci dari hina dan benci

KAU datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak
Cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna
Hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

KAU datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya pada-Mu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahi ku rahmat kasih-Mu
Dalam tahajjud cinta bersujud...

Tahajjud Cinta by Siti Nurhaliza

You Might Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM @syahadatulhafizah

Subscribe