Kakakku tersayang..apa khabar dikau di 'sana'? PART II

9:09:00 PM


Sambungan dari Kakakku tersayang..apa khabar dikau di 'sana'?

....Lalu kami pun usai solat. Sungguh-sungguh aku ingin menjerit dan bertanya. Sebelumnya sepanjang solat aku telah menjerit dalam batin dan relung jiwaku. Namun akhinya usai solat aku diam sahaja. Sambil berzikir menenangkan diri, dan SANGAT berharap bukan BERITA itu, bukan instinct hatiku yang satu itu..

Tapi Ukhti Hamka_Kecil lalu memanggil... "Korang...kenal tak Kak Zalikah. Tu Kak Ika ke..?" Hatiku berdetak kencang. Sungguh aku rasa BERITA itu. BERITA yang natijahnya, bahawa kami akan dipisahkan oleh ruang jasad dan roh. Sungguh!  Lalu dik Nur_Jayyid menjawab.... "Ya Kak Ika lah tu. Kenapa akak..?" Aku diam sahaja.. dengan perasaan yang hampir pasti. "Dia dah takde. Baru meninggal lepas Jumaat tadi..." "Siapa bagitahu kak?" tanya dik Nur_Jayyid lagi. "Ustaz Radzi dalam YM.."

Maka instinct hatiku memang sudah ternyata benar. Tanpa bertangguh, hatiku yang berkocak hebat dengan mata yang sedia pijar itu akhirnya pasrah pada fitrah seorang manusia yang lemah. Tanpa sempat kami berdoa, aku terus menutup muka ku dengan kedua telapak tanganku. Dan menangis semahunya. Dik Nur_Jayyid dan Tasnim Hissan seolah-oleh terpana dan tergamam. Dik Nur_Jayyid terus-terusan beristighfar dan berzikir, begitu juga Tasnim_Hissan. Aku menangis semahunya dengan muka yang ditutup. Aku melepaskan segala rasa sakit dalam dadaku, rasa rindu dan sayang pada dirinya yang seorang itu. Biarlah semoga sekali ini sahaja. Aku tidak ingin lagi menangis di lain kali. Lantas, kenangan demi kenangan bersamanya berulang tayang dalam kelamnya pandangan mataku. Membonceng motosikal bersamanya mencari kedai photostat di malam hari... berusrah takwin bersamanya... ditarbiah olehnya.. Dia, seorang kakak; yang banyak mencorakkan diriku hingga jadi seperti ini sekarang... Air mataku tumpah lebat. Agak lama kami tergamam membawa ke 10 minit. Aku kemudian menyeka dan mengelap air mataku, dan kembali senyum pada mereka. Lantas terus mengangkat tangan berdoa....lama...dan khusus untuk dia...kemudian mengambil Yaasin dan membaca bersama-sama...

Petang itu, kami terus membuat keputusan. "AYUH KITA KE JOHOR.."
Bersambung...

Ini sedikit untuk kalian. Moga ada manfaatnya Insya Allah. Ringkasan BUKU FIQH SIRAH II yang dibincang oleh kami dalam Takween's. Boleh download di sini atau sini. Ditujukan untuk Nabiku Muhammad SAW, untuk Kak Ika dan untuk Syed Ramadhan al-Buty. Insya Allah.

You Might Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM @syahadatulhafizah

Subscribe