"AKU MERINDUIMU..."

by - January 07, 2010


Tidak dapat ku gambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
Hanya yang mampu untuk kulafazkan
"Aku Merinduimu.."

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada di sisi
Bergenang air mataku
Bila terkenangkan wajahmu

Ayah Ibu
Dari jauh ku pohon restu

Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu ku ingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu

Dengan Redha Mu
Moga kujejaki tempat yang dituju...........


********************************************************************
Aku kini bukan lagi Syahadah yang dulu... yang sering dimanja oleh keluarga.. dengan abah yang sepertinya sangat melebihkan diriku.. dengan mak yang sepertinya sangat mencintaiku walau tanpa bicara... justeru dengan kedudukanku sebagai satu-satunya puteri dalam keluarga ini.. namun aku kini adalah Syahadah yang harus kuat sendiri... tegar dan yakin membuat keputusan sendiri.. Untuk jadi apa bagaimana bila..semuanya aku harus tentukan sendiri.. kalau dahulu mereka dengan penuh cakna sering bertanya perihal diriku... menyarankan beberapa perkara tentang keputusanku.. berbincang denganku... menelefon aku tika agak lama aku tidak menghubungi mereka.. tika di bangku sekolah sering mengirim foto-foto kenangan sekeluarga dan surat bertulis tangan... tika di awal tahun pengajian mengirim kurma Yusuf Taiyyoob dan serunding buat mengisi bekal Ramadhan...  sekarang sudah tiada lagi..

Dan kini aku...dengan perasaan yang aneh ini... harus berdiri di atas kaki sendiri... menyimpan perasaan sendiri... membuat keputusan sendiri.. melangkah penuh yakin dan berani... dengan mereka yang masih sama..tetap menyayangiku..namun dengan cara yang lain pula.. ahh..! Anehnya perasaan ini. Sungguh aneh.. Sungguh perasaan menjadi dewasa ini sungguh aneh.. perasaan aneh yang pelik.. namun tetap aku teruja untuk merasa dan melaluinya... Ya Allah, berkatilah diriku dalam keanehan ini...

Mereka telah melepaskan tangan dariku... "Teruslah berlari".. seperti itu bunyinya getar pesan-pesanan mereka.. yang sangat kufahami walau tidak diutarakan mereka.. Akan kubawa kepercayaan mereka ini... keyakinan mereka ini... kesayangan mereka ini... Semoga Allah memberikan kekuatan padaku.. untuk tidak aku musnahkan kepercayaan mereka ini.. mereka-mereka ini...yang sangat berjasa dalam lahirku...hidupku... jiwaku...relung hatiku...

Aku mendapat panggilan ujian SPA atas jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam (S41). Insya Allah ujiannya 12 Januari ini. Aku wajib mengisinya kerana aku mendapat tajaan JPA sewaktu pengajian dahulu. Ramai sahabatku yang mendapat JPA tetapi tidak mengisinya. Ada juga yang mengisinya dan sudah dipanggil temuduga tetapi telah gagal. Dan pelbagai lagi... Bagiku, ia adalah taggungjawabku dan amanah serta janji yang sudah kubuat. Lagipun hanya 4 tahun tempoh perjanjiannya. Aku menelefon mereka dan mereka bertanya "Nok gi ko ujiey tuh?" Aku menjawab "Rasonyo nok gi.." kerana Insya Allah aku telah merasa mantap dalam istikharahku.. Insya Allah.. aku akan pergi. Kerana aku telah berdoa pada DIA Yang Maha Mengatur.. "Semoga kalau ini baik untukku, untuk masa depanku, untuk agamaku dan manusia ramai maka mudahkanlah dan perkenankanlah.. dan jika ia tidak baik untukku, masa depanku, untuk agamaku dan manusia ramai maka Ya Allah.. Kau aturkanlah yang terbaik.. menurut perkiraanMu.. aku akan mengikut sahaja.."  Dan ibuku hanya mengujarkan bahawa "Terpulanglah pada kak, mengikut perkiraan dan pertimbangan kak. Kami berdoa yang baik-baik sahaja walau apa yang kak lakukan." Sungguh hatiku hujan gerimis lalu tambah melebat dalam keluluhan, di hadapan keagungan cinta seorang emak.... Kalau dahulu mereka biasa mengujarkan begini.. "Abah cadang.... Emak cadang..." (tapi bukan memaksa) dan seumpama dengannya.. tapi kini seolah-olah mereka telah memberiku 100% kepercayaan yang sesungguh-sungguhnya. Walau pun begitu, tetap aku ingin menggapai cita-citaku menjadi murabbiah ummat dalam lapangan ilmu sebagai pensyarah Insya Allah. Nikmatnya tidak terungkapkan melebihi pekerjaan yang lain. Semoga saja Insya Allah.

Aku bertanya lagi dalam hati ku terdalam.. Adakah aku sudah besar dan matang untuk membuat keputusan sendiri?? Kalau dahulu aku ada sahabat untuk menyanggaku.. namun kini aku harus kuat sendiri. Bukan maksudku bahawa mereka telah menjauh, mereka tetap ada untukku setia dalam hatiku.. Namun kami harus akur bahawa dewasa ini membutuhkan komitmen dan keseriusan pada diri dan masa hadapan sendiri. Tidak boleh lagi kami duduk-duduk bercanda bersenda berkongsi segala rahsia dan cerita.. Sedangkan kami ada komitmen yang banyak, yang harus dicermati dengan berstrategi dan tersusun. Najla dan Masyeet sibuk genting di tahun terakhir pengajian, Nas sudah ke UTEM untuk menjalani LI, Noni sudah fokus dengan kerjayanya sebagai Juruaudit di firma swasta, Ani sibuk dengan Paper Project, Pija pula dengan bakteria-bakterianya, belum dikira dengan Fakhryyah yang sudah ada Abang Halim, Muni yang ada Abang Syakir dan bakal bayinya.. Lantas aku berkata.. "Inilah kehidupan dewasa.. Aku harus segera mengemaskan perasaan sendiri"  Dan berkata lagi... "Allah temani aku dalam langkahan kaki ku ini... Tolong aku Ya Allah... aku tiada sesiapa pun kecuali Engkau dalam  hatiku.."

Pesan terakhir abah, sejurus sebelum menaiki bas, sebelum aku berlepas ke Kuala Lumpur, selepas Aidilfiri 2009, untuk mula bertugas sebagai Penolong Peyelidik kepada Prof Dato' Zul, masih terngiang-ngiang lekat kuat dalam ingatanku. Abah berpesan.. "Banyakkan baca Yaasin ya.." Aku tersentak sambil tersenyum.. kerna aku sudah tahu akan maksud halnya itu. Aku berlelucon.. "Memang selalu baca Insya Allah.. amalan malam Jumaat dan sebagainya.." "Maksud abah.. salah satu fadhilatnya untuk dipermudahkan jodoh..." Aku senyum saja kerana aku sedia mengerti fadhilat tentang itu.... "La Ta'liq.." (no comment) Itu komen hatiku.. Dan kini, hal itu harus pula menjadi... antara... sesuatu... yang... harus... aku... fikirkan... walau aku tidak mahu fikirkan lagi.. namun aku harus, kena, perlu, mesti fikirkan. Itu juga antara ujaran temanku.. "Sudah tiba masanya..." kata mereka.... "La Ta'liq.." (no comment) Komen hatiku lagi..

Kalau hatiku ingin berkomentar pun... hanya satu.. iaitu..
"AKU RINDU DIA...SANG SUFI HARAKI..."
Siapakah dia?

"ALLLAHUMMA SA'KHIRLANA ZAUJAN SOOLIHAN YAKHTIBUNA WAYATAZAWWAJUBINA.. WAYAKUUNU SOOHIBAN LANA FIDDUNYA WAL JANNAH.."
"Ya Allah... pilihkanlah untuk kami suami yang soleh
yang akan menyunting dan berkahwin dengan kami..
Dan menjadi teman kami di dunia dan di syurga.."
"Aamin Ya Rabbana...Anta Waliyyuna.. Anta Naasiruna.. Anta Habiibuna "

Aku merinduimu,
Syahadah al~Hafeezah

You May Also Like

0 Comments