TRILOGI KULIAH MAKRIFAT: BERTANYA TUHAN TENTANG JODOH
PROJEK INTELEKTUAL ASSOFF 2006
RESENSI BUKU
(mengimbau kenangan lama yang bisa menyuntik semangat baru
dan mengeluarkan bahan2 simpanan lama yang berguna
dari My Poket Doralin Acer 2930 untuk manfaat semua =)
YUSUF ABDUSSALAM
"TRILOGI KULIAH MAKRIFAT:
BERTANYA TUHAN TENTANG JODOH"
Disediakan oleh :
Syahadatul Hafizah binti Abdullah (Dakwah)
(mysyahadah@gmail.com)
(http://mysyahadah.blogspot.com/)
Akademi Pengajian Islam
2006
KATA PENGANTAR
Buku siri trilogi ini didatangkan dengan tiga siri iaitu Bertanya Tuhan Tentang Rezeki, Bertanya TuhanTentang Jodoh dan Bertanya Tuhan Tentang Mati. Saya kira, ketiga-tiga siri trilogi ini wajar dicermati bahkan dimiliki oleh semua warga insani. Sesungguhnya ketiga-tiga persoalan ini memang merupakan perkara rahsia yang hanya diketahui oleh Allah sahaja. Ia merupakan rahsia langit yang tercoret di Luh Mahfuz sejak azali. Ketiga-tiga siri trilogi kuliah ini bukan merupakan satu buku yang mengupas segala-galanya secara detail dan mendalam serta particular kerana kita sebagai manusia yang mempunyai kemampuan yang terbatas dari segala segi tidak mungkin mengetahui malah memahami sedalam-dalamnya makna dan hikmah yang telah direncanakan oleh Allah. Akan tetapi, buku ini lebih merupakan satu kupasan atau perbincangan bersama tentang sesuatu topik yang sering melewati kehidupan seharian kita, yang mana dengan perkara-perkara ini kita sering tertanya-tanya, sering gundah gulana malahan sering memikirkannya.
TRILOGI KULIAH MAKRIFAT-BERTANYA TUHAN TENTANG JODOH
Buku ini saya kira merupakan satu bahan bacaan yang wajib dicermati oleh para remaja khususnya mahasiswa. Biasanya kita sebagai remaja atau mahasiswa sering berhadapan dengan dilema yang tidak putus-putus mengenai soal jodoh dan pernikahan. Justeru, buku ini mengupas dengan bahasa yang lembut dan penuh hikmah, bersulamkan nasihat yang menyentuh hati seolah-olah seorang ayah sedang berbicara tulus dengan kita.
Yang menariknya, buku ini didatangkan dengan bentuk kompak tapi penuh tersusun dan bermakna. Terdapat banyak kata-kata hikmah yang boleh dijadikan iktibar dan mutiara hidup, bersama kalam Ilahi dan hadith-hadith nabi yang boleh dijadikan sandaran yang berhubungkait tentang perkara ini.
Di sini disertakan daftar-daftar isi yang terangkum di dalam buku ini :-
BAB 1 : PRA JODOH, SAAT-SAAT KRITIS
a) Gejolak di masa remaja
b) Ke mana aku hendak lari?
c) Trend saat ini: Mulai Sekolah Menengah, mulai bercinta
d) Orang tua membiarkan mereka
e) Selesaikan tugasmu, nak...
f) Tolonglah mereka
g) Mereka yang beruntung: Sungguh Allah cinta pada mereka
h) Bersabarlah saudaraku
i) Pergaulan yang sihat
BAB 2 : BAHAYA ZINA
DI DUNIA:
a) Penyesalan seumur hidup: Terhina di dunia
b) Penyakit berat
c) Rosaknya peradaban
d) Hukuman yang berat
e) Hidup sengsara
DI AKHIRAT:
a) Siksa yang pedih
BAB 3 : MENGAPA MESTI BERJODOH
a) Berjodoh adalah sunnatullah
b) Mengikut sunnah Rasul
c) Mencegah perbuatan maksiat
d) Keluarga: Jalan menuju kebahagiaan
e) Keluarga adalah ladang utama untuk beramal
f) Keluarga: Jalan Dakwah yang utama
g) Kunci makmurnya bumi
BAB 4 : SAATNYA BERKEINGINAN
a) Bila saat yang tepat: Sebuah dilema
b) Mengapa takut?
BAB 5 : PERSIAPAN YANG DIPERLUKAN
a) Ilmu
b) Iman yang tekad
c) Mental
d) Ekonomi
e) Tanggungjawab kepada orang tua: Persetujuan sejak awal.
BAB 6 : SAYA BELUM SIAP
a) Belum sempurna
b) Tuntutan lingkungan
c) Pelbagai kebimbangan
d) Kerana mereka belum juga... (kawan-kawan sekumpulan)
BAB 7 : SIAPA PILIHAN KITA
a) Secara umum
b) Bagi lelaki/calon suami
c) Bagi wanita/calon isteri
BAB 8 : BAGAIMANA CARANYA BERIKHTIAR
a) Menjalinkan silaturrahim seluas mungkin
b) Bukan kejar kekasih tetapi kejarlah prestasi: Sebuah persiapan yang panjang
c) Menetapkan niat seoptimum mungkin
d) Membina prinsip seutuh mungkin
e) Pentingnya perantara
f) Peranan orang tua sangat penting
g) Memahami apa itu dunia dan akhirat
BAB 9: BERTANYA KEPADA ALLAH; SOLUSI TERBAIK
a) Bertanyalah kepada Allah
b) Dengan solat
c) Berdoa
d) Takdir Allah atau pilihan kita?
e) Percayalah Allah yang paling tahu
f) Mintalah kepada yang Maha Memiliki
BAB 10 : SAATNYA TIBA
a) Menetapkan pilihan
b) Meminang dan menerima pinangan
c) Pinangan ditujukan kepada orang tua wanita, khususnya sang ayah
d) Menjejaki prinsip dan menyatukan visi
e) Pernikahan yang syar’i
f) Mengenal lebih jauh
g) Mengenal keluarga masing-masing
h) Komuniti baru di tengah masyarakat
BAB 11 : BILA TAK KUNJUNG TIBA; KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
a) Niat tetap ada
b) Tidak berputus asa
c) Allah menguji, tapi kau boleh meminta
d) Sabar dan solat
e) Banyak bertasbih
f) Istighfar
g) Takwa dan tawakkal
h) Sebenarnya simple saja...
i) Puasa
j) Tekuni pekerjaan, gunakan waktu untuk Ilmu dan Amal
BAB 12 : PENUTUP; SEBUAH NASIHAT TULUS
a) Kepada para orang tua
b) Kepada para remaja
c) Kepada para ikhwan
d) Kepada para akhwat
e) Kepada para ulama
KATA PENUTUP
Kita sebagai remaja tidak harus malu untuk membaca buku-buku seperti ini kerana ia merupakan satu buku yang dapat memberi manfaat pada kita malahan memberi keuntungan pada kita di dunia dan akhirat. Ia sejuta kali malahan lebih lagi kebaikan dan faedahnya daripada remaja yang tidak segan silu malahan bangga membaca buku-buku dan majalah yang bercorak porno dan sumbang serta sia-sia semata-mata. Sesungguhnya, di saat ini manusia khususnya remaja mula lupa pada hakikat cinta yang murni dan sejati. Ia dikaramkan oleh lagenda barat dan dakyah asing yang mengagungkan cinta yang tidak syar’i serta bersifat haiwani yang sering dipertontonkan kepada kita lewat televisyen dan filem. Sudah tiba masanya kita membaiki situasi ini dengan solusi Islam kerana pembinaan keluarga Muslim merupakan antara asas yang penting malahan saling berhubungkait dalam pembentukan individu Muslim, ummah dan daulah Islam yang kita impikan selama ini.
Share This Post =)
0 Comments