SALAM ALAIK YA RAMADHAN...

by - September 03, 2008

Salam sejahtera buat semua..
Di kesempatan ini, izinkan aku mengucap seru MARHABAN ya RAMADHAN.. Syukur Alhamdulillah kau masih sudi berkunjung menemui diriku..
Moga saja wahai Ramadhan...kedatanganmu kali ini bakal memberi kenangan terindah yang istimewa dalam hidupku sepertimana sebelum-sebelum ini.. Malah lebih lagi..


Teringat sewaktu kecil ketika mula-mula berpuasa..
Kalau tidak tahan emak izinkan aku berbuka..
Kalau esoknya ingin berjalan jauh ke mana-mana, abah kata tak perlulah puasa esok..
Didikan secara bertadarruj ini membuatkan aku seperti tidak dipaksa
Dan pemahaman secara perlahan-lahan ini menyusup ke dalam sanubari lekat di hati..

Kini aku sudah dewasa..
Persoalannya adakah aku sudah menjumpai ERTI DAN HAKIKAT SEBENAR SERTA KEMANISAN IMAN DALAM BERPUASA?? Aku sama sekali tidak dapat memberi jawapan ini...


Terasa imanku sungguh minima..
Terasa ibadahku sungguh miskin..
Terasa hatiku sangat kotor..


Dewasa yang kulalui ini memberi sungguh-sungguh pengalaman yang sangat berharga..
Sepertimana Ramadhan-Ramadhan yang sudi datang bertandang ini juga memberiku banyak keinsafan dan kefahaman..
Kala perut berkeroncong kosong...diri merasa sungguh bahagia dan tenang..
Mengingat bahawa segalanya ini mahu dihadiahkan kepada Tuhan pencipta diri..
Apalah kiranya hanya setakat tidak makan dan minum untuk seketika waktu..
Berbanding puluhan jutaan nikmat yang Dia hamparkan..
Ruang waktu sangat menghambat diri..kelelahan ini terasa menjalar.. menjalani hari-hari perjuangan..namun seorang diri insan tersenyum sejahtera bahagia..
Kala zikir dibilang..Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar..Allah...
Satu butir Astaghfirullah dilantun...dosa terasa dilempar ke dada langit..
Dan air mata tertitis mengenang mazmumah semalam..
Ramadhan...andainya kau tidak datang lagi...
Itu maknanya bahawa akulah yang akan pergi...
Andai ini Ramadhan terakhir...aku berharap Ya ALLAH..
Ini Ramadhan terbaik untukku..
Agar dia menyambutku di sana dengan senyum bahagia..


Izinkan Ya Ramadhan..
Kehadiranmu ini...membawa sejuta rahmah dan keampunan kepadaku..
Dengan berkat bulan suci ini.. Ya Allah bantulah aku untuk istiqomah di jalanMu selalu..

You May Also Like

0 Comments