Salam Wisuda! : )

4:43:00 PM


Kenangan menjadi MAHASISWA TAHUN AKHIR SEBUAH VARSITI PERDANA akan mekar selamanya. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan...

Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung. Kalian semua sangat berjasa dalam hidupku. Mengingatnya menimbulkan kekaguman pada kuasa Allah. Benar, Allah ada untuk kita.

Masih segar di helaian minda, Pilihanraya Kampus menuntut upaya yang bukan sedikit. Siri meeting membawa ke dini pagi. Gerakerja harus dicermati. Hampir 3 semester menanggapi tugas sebagai Setiausaha 1 sebuah badan non-profit bernama 'Pro-Mahasiswa'. Kata senior "Kita mahasiswa terpaksa berhadapan dengan HEP, pentadbiran dan polis.." Ia terbayar dengan air mata dan sujud dahi ke tanah di debu-debu halaman DTC... Kemenangan untuk kebenaran dan keadilan... Alhamdulillah sempat merasa sebelum aku grad... 3 tahun aku merana.. (kerna......)

Juga kenangan bertungkus lumus dengan paper project, buku rujukan yang bertimbun2 (main reference book basah dek kopi Radix..huhu. kenangan...nasib baik buku sendiri) dan insan2 yang perlu dijumpai untuk menyempurnakan kajian.

Belum dikira dengan helaian nota kuliah yang perlu dicermati. Semoga jangan disebabkan paper project ini maka terkandas pula dalam peperiksaan. Na'uzubillah...

Dan belum dikira juga dengan kegawatan ekonomi dalam menyempurnakan tahun terakhir pengajian. Dihias pula dengan beberapa siri ujian. Rumah sewaku dipecah pencuri (Alhamdulillah ada yang bangun qiam sempat menjerkah padanya. Terima kasih Kak Ira!), Kamera Digital Olympus ku dicuri (Ani sahabat baikku meminjamnya untuk tujuan paper project nya. Diragut di belakang APIUM, habis satu bag nya. Dengan laptop Ani, buku rujukan juga duit2 yang agak banyak. Ani terpaksa extend kerana semua maklumat dan bahan ada dalam laptop itu. Sabar ye Ani!) Sungguh! Ia kenangan terindah. Belum dikira masalah hati. Diuji tetapi tetap merasakan Allah bersama kita. Ia suatu pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti.

Result pun dah dapat. Dan berita gembira, Alhamdulillah jam kredit telah dikira. Terima kasih pada pihak pentadbiran APIUM dan ISB Fakulti Sains, juga pengurusan UM. Insya Allah akan grad 12/8 ini, (Rabu), sesi pagi. Doakan ye sahabat2.

Alhamdulillah sempat berjumpa dengan Tuan Haji Ismail di Hotel De Palma Ampang ketika Kuliah Perubatan JAWI.



Alhamdulillah Allah masih mengizinkan aku mampu mengekalkan pointer 3 dan ke atas. Alhamdulillah. Walaupun jauh bezanya dengan kawan-kawan satu course dan mahasiswa yang lain..aku akan tetap mengucapkan syukur pada Nya sebab Dia telah memudahkan jalan aku..

Allah telah menunjukkan jalanku.. memimpin tanganku..menuntun langkahku... Dia telah menentukan bidangku...pengkhususanku...jam kreditku...subjekku...keputusan peperiksaanku..perbelanjaanku...perasaanku... masalahku...ujianku... semuanya Dia telah tentukan..Tiada yang lain..kecuali Dia..

SaLaM WiSuDa
-Syahadah-

You Might Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM @syahadatulhafizah

Subscribe