facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

Inspirasi Syahadah

Everyday is a miracle :)




“Akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya...”
“Ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana”.
“Ana uhibbuka fillah”
“Ana uhibbuki fillah”
“Salam, akhi tak masuk kelas ke hari nih?”
“Mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..

Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.

Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu apakan tajuk artikel ini perlu diposting. Tetapi, melihat kepada kondisi yang sedang berlaku khasnya kepada mereka yang berstatus ‘aktivis dakwah’ atau ‘orang persatuan’, maka saya beranikan diri menulisnya. Dengan bahasa yang santai dan bersahaja, mudah-mudahan artikel ini bisa mengetuk kepala dan hati kita bersama yang ‘degil’ dan tak faham-faham.

CINTA: ANTARA FITRAH DAN NAFSU

Orang yang menolak cinta adalah orang yang sedang sakit. Cinta adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia. Jika haiwan yang tidak beraqal itu pun dikurniakan perasaan cinta, maka mana mungkin manusia yang diberi aqal, agama, roh dan nafsu ini tidak diberikan nikmat cinta. Isunya sekarang, bagaimana cinta itu dilaksanakan agar bertepatan dengan kehendak Allah ? Kita bukan haiwan yang bisa membuang najisnya sesuka hati tanpa mengira tempat.
Maka, begitulah cinta tidak boleh sesuka hati dicampak atau diguna semahu mungkin tanpa aturan yang sihat.

Sejarah telah menunjukkan betapa agungnya cinta antara Nabi dan para sahabat, antara Ansar dan Muhajirin, antara nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya. Semuanya atas keperluan dan ikatan ‘aqidah Islamiyyah.

Inilah orang yang bercinta…

Seorang lelaki sudah tentu mencari perempuan dan perempuan sudah tentu mencari lelaki. Jika selain itu yang dicarinya, sohih orang itu sedang tenat dalam dunia yang terbalik. Namun, dalam pencarian ini, Allah menetapkan kaedah, cara atau system yang sangat baik walaupun mungkin ianya bertentangan dengan nafsu yang sering memberontak dan membangkang.

Apabila perasaan perlu kepada ‘si dia’ itu hadir, maka kita akan melihat seorang yang layu bertukar menjadi gagah, yang penakut menjadi pemberani, yang bakhil akan menjadi pemurah, yang bodoh Nampak semakin pintar, yang gagap berbicara menjadi lincah dan fasih menyusun kata, yang buruk menulis menjadi hebat menulis..itulah situasi orang yang sedang dilanda badai ‘saling memerlukan’…akhirnya, muncullah dorongan perasaan untuk tampil super dihadapan sahabat dan teman..

Saat sudah kemaruk itu, yang buruk nampak baik..yang busuk tercium wangi..yang nista terdengar mulia. Jika ada yang berani menyebut ‘si dia’ itu begitu dan begini, maka kita sanggup menjadi pemidato hebat mempertahankan ‘orang itu’. “anta mana tahu, ana dah lama kenal dia tau! “..

Yang terjadinya begini kan…

Setiap hari jika ke kuliah, tidak bertemu atau bertembung di tengah jalan, rasa sakit habis satu badan. Jiwa tak tenteram, kepala senak, rasa tak sedap duduk…yang pasti mesti perlu jumpa juga di tengah-tengah jalan sekalipun..dapat tengok wajah pun kira baiklah..muncullah ungkapan “Inilah cinta abadi antara kita berdua”..Ye lah tu…Cinta abadi? Padahal sebabmu hanya kerana kecantikan yang fana’, kekayaan sementara atau perangai sandiwara.. Biasanya jika tidak bertemu, rasanya ada sesuatu yang hilang dan harus segera dicari. Ada kekhawatiran yang berlebihan dan keinginan yang kuat untuk bersua jumpa atau paling kurang tahu kondisi..”Sihat ke hari nih?”..emmm

Kalau tidak berhubung mungkin akan putus silaturrahim, putus ukhwah..tu lah ayat-ayat yang biasa dijadikan alasan..

Kita sering kata cinta kerana Allah. Buktinya saling masihat menasihati dalam kesolihan. Tetapi tanpa ikatan apapun, kita memberi perhatian khusus pada sebuah nama. Tidakkah kita terfikir bahawa yang harus dicintai kerana Allah banyak jumlahnya? Tidak hanya dia seorang. Pengkhususan adalah pemfokusan jaring pesona yang berbahaya.

Saling memberi nasihat dan tazkirah satu sama lain, saling memberi hadiah buku penyucian hati, kaset nasyid dan murattal..tetapi ternyata merosak hati..bukan itu yang kita inginkan..

Ketika mula hati terdetik ingin bercinta, maka pandangan pertama seringkali berhulukan kesolihan, kemuliaan akhlak dan kesamaan visi dalam dakwah. Biasa dengar ucapan ni kan…

Biasanya bila sudah berhubung, maka timbullah perasaan keinginan untuk saling memberi perhatian, sekadar memahami atau bahkan berusaha memberikan protect agar si dia sentiasa dalam kesolihan..ehem..

Kadang-kadang sampai ada yang berpesan: “Ukhti, tolong tengokkan dia ya, dijaga, diperhatikan dan dinasihati agar tetap istiqmah dijalan dakwah.."

Jujurlah! Ini cinta atau nafsu???

Bentuk hubungan yang lepas dari nilai-nilai syar’ie, tidak pernah ada cinta. Yang ada hanya nafsu dan zina dengan segala topeng yang mungkin sulit dikenali kecuali orang yang berhati jernih yang siap menerima kebenaran..

Ketika solat kita kerana dia dan bukan Dia. Ketika tahajud kita kerana takut besok ditanya oleh dia. Ternyata puasa sunat kita pun kerana dia juga. Kita jadi pemberani dan jagoan pun kerana dia dekat dengan kita. Kita jadi rajin belajar kerana dia. Astaghfirullah..kalau semua kerana dia dan untuk si dia, yang kita simpan untuk bekal akhirat apa?

Cinta yang bersih…

Islam memposisikan segala sesuatu dalam posisinya yang pas dan mententeramkan. Kita tidak menemui perintah bahkan terlarang untuk membunuh cinta dan hawa nafsu dengan meRahibkan (ahli ibadah) diri.

Cinta kita tidak keluar dari kerangka cinta suci Ilahiah bahkan menjadi pembangun kebersamaan dalam kesolihan.

Sebuah solusi bagi cinta dan syahwat adalah pernikahan. Iaitu sebuah ikatan yang menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Sebuah ikatan yang menjadikan apa yang sebelumnya dosa sebagai pahala.

Jika kemampun memang belum hadir, maka keinginan dan niat suci tetap harus ada. Jika tidak, maka kita mungkin termasuk dalam salah satu golongan yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hanbal:

“ Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: Banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya ! “

Kata Dr.Ali Akbar “apabila seorang pemuda mengucapkan ‘aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi ‘aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..tangan anda..

Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???

Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bedanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan.

Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati sisi-sisi indah dalam hubungan dua insan. Benar-benar pengecut!

Kita mencicipi manisnya tebu cinta yang belum sah untuk dirasai dan tak bisa menanamnya kembali untuk masa depan yang terbentang didepan kita.

Kata Ust Anis Matta: “ Selama pacaran, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadi…kenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyebunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan..”

Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapi ‘proses penopengan’ diri.

Kita beza waktu di dekat dengannya, namun beda pula bila berada sendiri di rumah. Ini lah yang bahaya untuk perkembangan keperibadian kita.

Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda gantungkan padanya. Ketergantungan itu merbahaya!

“Terimalah aku seadanya…” Akhirnya kita melaju berpacaran dengan ‘saling memahami’. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya?

Ust Fauzil ‘Adhim: “ Cara untuk belajar menjadi isteri yang baik hanyalah dari suami. Cara untuk menjadi suami yang baik hanyalah melalui isteri. Tidak bisa melalui PACARAN ! Pacaran hanya mengajarkan bagaimana menjadi pacaran terbaik, bukan suami atau isteri terbaik..”

Pacaran sudah merasai bumbu (penyedap) yang seharusnya mereka gunakan untuk menyedapkan kehidupan rumahtangga. Saling mencurahkan, berbagi, meredakan kegelisahan, memberi perhatian…semua sudah..pandangan kasih nan sayu, kerapatan fizikal, sandaran, singgungan, sentuhan mesra….semua sudah buat. Apa lagi nikmat yang ada yang perlu disyukuri selepas pernikahan?

Kalau anda menikah dan pernah pacaran, anda akan membandingkan pacaran dengan pernikahan. Dan pasti pacaran itu lebih indah kerana pacaran memang mencari yang indah-indah sahaja. Apa lagi yang ada?

Ketika pacaran, anda hanya melihat kebaikan sahaja pada si dia. Maka bila berkahwin, anda akan membuat perbandingan antara isteri anda dengan pacaran anda dulu sebab anda pernah melihat sifat baiknya sahaja.

Cinta tidak lagi menjadi energy yang mendorong produktivitas amal dunia-akhirat, tapi menjadi beban yang memberati jiwa untuk bebas berbakti.

Mudahnya kita bisa mengatakan bahawa kita mencintai dia kerana Allah semata. Betapa ringan kita menulis “Uhibbuki fillah ya ukhti”…ukhti..aku mencintaimu kerana Allah..ukhti…ukhti... akhi...akhi..

Bandingkan jika engkau mengucapkan cintamu sekarang (belum masanya), tetapi Allah tidak mengkehendaki dirimu dengannya, bukankah hanya sakit yang kau rasa??

Engkau meyakini sepenuh hati bahawa Allah pasti jodohkan dia dengan engkau, lalu bukannya meminta yang terbaik dalam istikharahmu, tetapi benar-benar ‘menyuruh’ Allah. Pokoknya, mesti dia Ya Allah..pokoknya harus dia..! maka engkau meminta dengan ‘paksa’, lalu Allah bagi juga pada mu. Maka yakinkah kamu Allah memberikan dengan kelembutan atau melemparnya dengan kemarahan kerana niat yang terkotori? Maka siaplah untuk menggigit jari!

Cinta yang sihat mendidikkan kecerdasan, kematangan emosi, ketenangan hati dan kedewasaan berfikir. Ia mengajarkan kesabaran menahan syahwat, atau membingkainya dalam ikatan suci yang diredhoi Allah. Insya Allah.

Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu’ kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.

Sekecil manapun pelanggaran itu, ia tetap menjadi identitas keberdosaan.

Muhasabah

Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama ‘pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?

Anda telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Anda telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu , jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Anda telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang anda mahu sampaikan pada teman hidup anda itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah anda habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa? Fikirkanlah….

Solusinya?

Ucaplah terima kasih kepada penulis buku ini, Salim A.Fillah kerana dia telah menyediakan surat free untuk kita yang sedang duduk dalam penyakit ini. Bacalah dan gunakanlah..bisa dicopy sih..gratis aja..


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.


Ba’da tahmid dan shalawat…


Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


Akhi, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan akhi, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Akhi, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, akhi.


Akhi, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku..


Maaf akhi, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.





Setelah surat ini anda tulis, maka jika si dia masih memohon kesempatan untuk memperbaiki hubungan buat kali kedua, percayalah itu kata-kata syaitan “ beri aku kesempatan untuk sekali lagi menjerumuskan kalian berdua ke lembah nista..please…”

Ok, boleh copy surat ni ya…:) kalau muslimin yang tulis kepada muslimat, tukar je jadi ‘ukhti’.

Catatan: Tulisan ini saya manfaatkan dari buku ‘Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan’ karangan Salim A.Fillah (pengarang buku 'Agar Bidadari Cemburu Padamu' dan yang terbaru 'Dalam Dekapan Ukhuwwah'); seorang aktivis muda dalam gerakan dakwah di Indonesia. Tajuknya mungkin agak ‘mengada-ngada’ sedikit, namun isinya sarat dengan motivasi berharga, peringatan Al-Qur’an, Hadith, kata-kata sahabat dan ulama’. Ianya disampaikan bersesuaian dengan realiti yang berlaku kepada para anak-anak muda dakwah. Sedikit ayat-ayat dalam artikel ini hasil bikinan saya yang saya selitkan…mohon maaf kerana tidak menyusunnya dengan baik. Ambillah point-point penting didalamnya.

Yakinlah, Islam memberi yang terbaik untuk kita dalam menghadapi ‘fitrah’ ini agar di penghujungnya ada KEBERKATAN.

Dipetik dari:
arruhuljadid86.blogspot.com
February 23, 2010 1 Comments

Andai jihad dan peperangan itu pun, menyimpan rahsia kebaikan yang terselindung oleh sangkaan manusia pada bencinya, apatah lagi ketika jihad peribadi pada melepaskan kehendak nafsu dan diri.
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [al-Baqarah 2: 216]

Sumber: saifulislam.com

Tuhan ini selembar surat untukMu
Memohon maaf lewat tulisan ini
Segala maksiat yang menyakitkanMu
Segala khilaf yang membelakangiMu
Segala maksiat yang menyedihkanMu


Tuhan ini secebis warkah untukMu
Memohon ampun lewat coretan ini
Segala dosa yang memusnahkanku
Segala salah yang mencelakakanku
Segala onar yang menjerumuskanku


Tuhan ini sehelai warkah untukMu
Memohon redha lewat pengaduan ini
Segala pergantungan hanya padaMu 
Segala harapan di haribaanMu 
Segala cinta ikhlas untukMu.


SyahadahAbdullah
Februari 2010
February 22, 2010 No Comments

Hari Sabtu yang lepas lepas lepas lepas, 16 Januari 2010, aku gagahkan diriku ke Masjid Bulat Seksyen 14 bersama Tasnim_Hissan alias Najlaa Shazana untuk menyertai Kursus Pengurusan Jenazah. Majikanku, Prof Dato' Dr Zulkifli adalah Nazir masjid itu. Justeru, aku pergi ke sana dengan harapan untuk mendapat suatu ilmu baru. Lelah kerja seminggu serasa sungguh ingin dilepaskan di hujung minggu, namun aku gagahkan diri. Ini azamku untuk 2010, dari sekalian 17 azam itu. Azam yang ke 14-Menghadiri pelbagai jenis program secuba-cubanya. Insya Allah.

Aku jadi teringat, Kursus Kahwin aja sekalipun aku belum pernah hadiri. Tidak tahu bila aku akan menghadirinya. Lalu aku menghayun langkah ke program ini dahulu. Kemudian pada 6-7 Februari lepas, Alhamdulillah Allah telah mengizinkan dan menguatkan kaki dan hatiku ke kursus kahwin (SERASI'10) anjuran Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam. Menanggapi apa adanya. Sampai sempat adik-adik membising "Waahh...kak Syahadah..baru ambil ke..? Ada apa-apa ke?" (Lagi pusing kepalaku..)  

Namun aku tidak ingin bercakap tentang SERASI'10 itu. Nanti-nanti bolehlah dikongsikan. (+_+)
Alhamdulillah aku berkesempatan ke Kursus Pengurusan Jenazah tersebut.
Syukur, kenangan, hikmah dan pengalamannya aduh...mahal sungguh!
Aku ke sana dan bertembung isteri Prof Zul di pintu masuk masjid, Dr Naemah (penyelia student Sains Gunaan sewaktu aku belajar dahulu). Lalu senyum sekilas kemudian menyapa dan mencium tangannya.

Ia dimulai dengan kuliah umum berkenaan perkara-perkara asas. Penceramahnya sungguh menarik. Beliau biasa menguruskan jenazah sejak lama dahulu. Kerap kali disertai dengan jenaka yang bersahaja. Dan intonasi sungguh elok dimain beliau sehingga kadang-kadang sungguh menusuk ke hati dan membuat hati berfikir dalam dan kadangkala mata terasa pijar.

Antara butir bicara yang sangat kuat melekat dalam ingatanku, bahawa beliau telah memberi syarah berkenaan hadith ini secara praktikal. Aku lantas terpukul dan merasa sedar diri. Hadith ini “Hikmah adalah kepunyaan orang mukmin yang hilang, di mana saja dia menemukannya maka dialah yang paling berhak memilikinya.” yang perlu dihafal oleh kami sewaktu MHS Nilam Puri 2004 dahulu, sungguh aku makin faham. Bahawa analoginya, seolah-olah pada suatu hari, kita telah kehilangan barang yang sangat penting dan amat disayangi kita. Contohnya cincin emas, handphone, laptop, diari dan sebagainya. Lalu diadakanlah pengumuman dan pemberitahuan bahawa ada cincin emas telah dijumpai umpamanya. Semestinya kita lalu segera berlari ke sana. Namun, siapa yang pergi mendapatkannya, maka dialah yang lebih berhak. Itulah kiasannya. Dan dia mengiaskannya pada program yang seumpama ini. Sungguh halus. Namun itulah dia hikmah dan ilmu, lebih mahal dari segala harta dunia yang sementara dan fana. Namun kehadiran peserta pun Alhamdulillah, sangat memberangsangkan. Sekecil bayi pun ada. Alhamdulillah. Melazimi anak-anak dengan majlis ilmu, satu taman dari taman-taman syurga di dunia. Insya Allah.

Kemudian, jemaah muslimin dan  muslimat dipisahkan berasingan. Muslimat masuk ke dalam sebuah bilik untuk belajar praktikal. Bermula dari selepas sahaja seseorang hamba Allah itu meninggal, membawa ke proses penyediaan pakaian untuknya, membawa ke memandikannya, dan akhirnya mengkafankannya. Subhaanallah...sungguh-sungguh Islam itu rahmat untuk sekalian alam. Apatah lagi untuk manusia yang menjadi pembawanya, pembelanya, penganutnya. Sungguh halus dan berseni, dari mula hingga ke akhirnya.

Sepanjang dari awal mula program hinggalah ke akhir program, hatiku menangis. Malah sejak malam sebelum itu lagi. Ketika kami duduk-duduk berbincang tentang mati disebabkan hampir semua Mujahidah Fillah di Villa kami ini (termasuk aku) menyertai Skim Takaful Ikhlas di bawah Ukhti Miza Aminallah. Mudahan-mudahan berguna Insya Allah. Hatiku menangis memikirkan mengenai mati. Sungguh-sungguhlah bahawa kematian itu suatu yang pasti. Yang lain belum tentu lagi. Apa perkahwinankah? Apa pekerjaankah?......

bersambung....
February 22, 2010 No Comments



SANG MAHA-SEGALANYA MENCINTAI SANG MAHA-SISWA: 
Tasawuf Untuk Sufi Kampus.

Hampir-hampir ku ingin pengsan membaca buku seindah ini. Karya Ahmad Sultoni. Bukunya ditata dengan bahasa mudah tetapi indah, disusun kandungannya dengan ringkas tapi lengkap, diisi perumpamaan yang cukup banyak tetapi tidak berat, persoalan yang mengasak tetapi bisa menggerakkan otak, cerita yang seakan biasa tapi bisa meluar biasa.. Membuat hati ditarik untuk membacanya langsung ke titik akhir.

Eh, buku ini untuk mahasiswa lah cik kak..!
 Aii ana masih mahasiswa lah. : ) Insya Allah dalam proses approve Sarjana ku dalam tajuk
"Buah-Buahan di dalam Al-Qur'an: Kajian Khusus terhadap Buah-Buahan Penawar Kanser dari Sudut Saintifik". Sarjana Usuluddin (IGB), Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. First Supervisor adalah Dr Munira@Monika Abd Razzak, yang berkepakaran dalam Al-Qur'an dan Sains, dan Second Supervisor adalah Prof Ong Hean Chooi, juga penyelia paper project undergraduate ku dulu. Berkepakaran dalam bidang Botani. Pening juga memikirkan tajuknya. Moga baik dan berkat. Insya Allah. Syukran pada sahabat yang banyak membantu. Khususnya Mujahidah-Mujahidah ku Sayang di Villa Mujahidah. Dan ada beberapa orang lagi. Tidak perlu kusebutkan namanya di sini. Jazaakumullah khayr. Arigato nee~

Buku ini untuk antum khususnya Mahasiswa Kampus yang berhasrat menjadi Sufi Haraki. Seorang pejuang yang berjiwa hamba. Yang mahu menyelami makrifat terdalam dalam posisi sebagai seorang hamba di hadapan Tuhannya... Sang Mujahid yang menjadikan perjuangan Islam sebagai jalan hidupnya, namun tetap dalam kerendahan hati dan kecerahan basirah menghadapi hari-hari perjuangan, bukannya selalu merasa diri sendiri sahaja yang lebih benar, tawaddhu', zuhud, wara, dan alim berbanding orang lain apatah lagi mad'u!

Seorang pejuang muda yang menanggapi setiap hal sekecil apa pun yang berlaku dalam hidupnya sebagai 'sangat bermakna' dari Allah khusus untuk dirinya. Sehingga hari-hari perjuangan yang dilaluinya merasa penuh bererti dan indah; tetap dalam lindungan dan pemerhatian dari Allah.
Moga-moga hal ini akan menjadikan dia seorang yang halus dalam seni dakwah, dan tetap tegar istiqomah walau disergah badai futur mutasaaqit dan lelah!
   
Ini kandungannya ana mahu kongsikan. Sudah ditranslete sedikit sebanyak ke dalam Bahasa Melayu agar bisa lebih difahami.  Tapi aasif ana hanya menata isi kandungannya. Untuk resensi juga tidak sempat. Ada beberapa perkara yang perlu dicermati sekarang. Khusus tentang penyelidikanku, penulisanku dan gerakerjaku. Dan beberapa perkara lagi yang juga tidak pantas disebutkan.

Ana cuma mampu memetik beberapa kata dari buku ini yang menarik untuk dikongsikan.

Satu yang paling menarik adalah mengenai rumus matematik.
"Seseorang yang menginginkan dirinya bertemu dengan
yang Maha Satu (1)=ALLAH, maka ia harus menjadi Nol/Kosong (0) = Kita" 

 
1 (Allah Yang Maha Esa) / 0 (Manusia yang tidak bererti) = Infiniti (Hasil yang tak terbayangkan)

1 (Allah Yang Maha Esa) / 1 (Kehendak Manusia) = 1 (Hasil akhir)

Hal ini boleh diaplikasikan dalam mencari jodoh, mencari kerja, dan segala-galanya
dalam hidup kita sebagai hamba di dunia fana ini.

Ini bermaksud, kita meneutralkan hati kita untuk segala-galanya, dan membiarkan Allah menyusun segala-galanya untuk kita. Justeru, hasilnya INFINITI sungguh luar biasa. Malah kita juga tidak akan sakit dalam menerima ketentuan itu. Kerana kita telah menjadi hamba Nya yang ikhlas dan pasrah padaNya.

Membahagi Satu dengan Kosong bermakna membahagi  Ke Tak Terbatasan Allah dengan kosongnya keinginan atau kehendak kita, akan menghasilkan sesuatu yang justeru tidak terhingga.
Insya Allah.  


"..Bagi seorang sufi, saat ia berjalan tiba-tiba kakinya tersadung batu atau terpeleset, maka ia tidak menganggap hal tersebut sebagai sesuatu yang tanpa makna. Mungkin ALLAH mengingatkan dirinya kerana ia lupa berzikir, atau kerana pernah suatu ketika ia berjalan di tengah jalan, ada batu atau kulit pisang yang sangat mungkin mencelakakan manusia, namun tidak ia singkirkan. Itulah harga yang perlu ia bayar.."

"Sehari makan agar dapat bersyukur; dan sehari puasa agar dapat bersabar"

"Sedekah pangkal kaya, kalau tidak percaya boleh dicuba! :) "

"Hari ini adalah akibat hari kelmarin, dan hari esok adalah akibat hari ini"

"Ucapkanlah Alhamdulillah ketika engkau disakiti orang atau merasa sakit,
kerana ketika itu engkau diberi kesempatan bersabar sehingga mendapat pahala percuma"

"Ketika seluruh pintu telah tertutup bagi kita, maka ALLAH datang
membukakan jendela untuk kita.."

"Seseorang yang takut kepada harimau akan lari menjauh, namun seseorang yang takut kepada ALLAH akan lari mendekat padaNya.."

"Allah tidak pernah memberikan sesuatu secara percuma. Dia letakkan di antara DIA dan insan yang akan dicintaiNya sesuatu yang menarik. Apabila insan itu sanggup menyibak dan menyingkirkan halangan itu, maka sampailah dia kepada Cinta ALLAH.."
(halangan itu ada yang sifatnya menyenangkan berupa harta, takhta, wanita/lelaki.
Dan ada pula yang menyakitkan seperti penyakit, kemiskinan, ketakutan, maksiat dsb)

"Taqdir diumpamakan seperti proposal Insaniyyah; kita berhak menata dan menyediakan proposal terbaik untuk dihadapkan ke meja "Qudrat dan Iradat" ALLAH untuk menunggu keputusan-Nya.."

"Kriteria memilih jodoh, berawal dari diri sendiri, bukan mencari pada calon yang diinginkannya. Calon yang diinginkan adalah sebuah batu loncatan untuk
memperbaiki diri.."
    

KATA PENGANTAR

1) VIRUS ZAMAN, ZAMAN VIRUS?
i) Tiga penyakit Jahiliyyah moden (Humanisme, Materialisme, Atheisme)
ii) Penyakit Rohani Mahasiswa (Identiti diri, pengurusan jodoh, pengurusan kerja)
iii) Tasawuf bagi Mahasiswa

2) SUFI DAN TASAWUF
i) SUFI: Suka Tifi (Televisyen)
ii) SUFI: Bening Hati
iii) SUFI: Pasukan Khusus
iv) SUFI: Baris Terkedepan
v) SUFI: Sederhana
vi) Tujuan Tasawuf

3) PER-HATI-AN (KONSEP AKHLAK DALAM TASAWUF)
i) Makna Aklak
ii) Perubahan akhlak
iii) Software
iv) Fitrah Asma al-Husna sebagai folder akhlak
v) Method mendidik akhlak

4) "MUDIK" KE ALLAH
i) Taubat itu apa?
ii) Pembahagian taubat
iii) Kembali ke hidayah atau jahiliyyah?
iv) Bila taubat diterima Allah

5) KAYA ITU PENTING, TAPI BERKONGSI KEKAYAAN ITU LEBIH PENTING
i) Apa itu Zuhud?
ii) Inti Zuhud
iii) Pengendalian diri sebagai method zuhud
iv) Zuhud VS Cinta Dunia
v) Hidup miskin atau kaya?

6) SEDEKAH PANGKAL KAYA
i) Hukum memberi dan menerima
ii) Matematika sedekah
iii) Sedekah...yang penting banyak
iv) Uji nyali sedekah (ujian praktikal)
v) Buah sedekah

7) SABAR
i) Sabar itu apa?
ii) Mengapa harus sabar?
iii) Pembahagian sabar

8) TAKUT DAN HARAP PADA ALLAH
i) Khauf
ii) Raja'

9) CINTA KEPADA SANG MAHA-CINTA
i) Hubbullah itu apa?
ii) Ciri Hubbullah
iii) Kondisi Hubbullah

10) FANA
i) Pendahuluan
ii) Fana dalam perspektif aliran Tasawuf
iii) Fana sebagai inti tauhid Islam

11) MANUK YANG MANUT
i) Islam itu manut (patuh)
ii) Islam itu manuk (kiasan sebagai burung)

12) MATEMATIKA JODOH
i) Taqdir Jodoh
ii) Menjaring Jodoh

13) INGIN CEPAT DAPAT KERJA
i) Banyak kerja kosong
ii) Perusahaan Allah
iii) Fana dalam mencari kerja

EPILOG

Selamat membaca. Mahu pinjam juga bisa : )
[Aduh, demam Bahasa Indonesia lagi...]

Salam Sufi Haraki from Mawar_Mujaheedah
Link

February 09, 2010 1 Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



A simple me, Syahadah Hafeezah.
Co-Founder at
MYHEAVEN GROUP SDN. BHD.
Printing | Boutique

Follow Us

Labels

Arkib Syahadah bayi berbuka berpuasa Bingkisan_Mujahidah breastfeeding Buatmu Akhawat Fillah cinta cirit-birit DIARI HIDUP fidyah Free Wallpaper Gerbang Pendidikan Hadith Habibi hari lahir Hari-hari adalah Perjuangan Hari-Hari adalah Perjuangan.. Hebahan ibu Info Inspirational Motivational jannah Jurnal Kesyukuran Lagu Ini Me Myself and I MOTIVATION Muhasabah Cinta muslimah Nasihat Buat Puteri Nasyeed Parenting penyusuan perkahwinan perubatan qadha puasa Ramadhan sabar sakit perut Sembang Buku Sembang_Buku Sembang_Isu Seputar Kemahasiswaan suami Tafsir Hati Tasyji' tazkeerah.net Tazkirah tinta_kejora TIPS uzur Wacana_Fikrah walimah WALIMAH CINTA Walimah Sakinah WOMENS HEALTH

recent posts

Blog Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2016 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (3)
  • ►  2013 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  July (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (11)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (19)
  • ▼  2010 (91)
    • ►  December (7)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (8)
    • ►  March (4)
    • ▼  February (4)
      • CINTA : MAHU CAMPAK KE MANA REDHA ALLAH?
      • TUHAN... TUHAN... TUHAN....
      • TAKUT MATI??
      • SANG MAHA-SEGALANYA MENCINTAI SANG MAHA-SISWA [Jat...
    • ►  January (14)
  • ►  2009 (46)
    • ►  December (15)
    • ►  November (7)
    • ►  October (8)
    • ►  September (8)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (19)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose