TAKUT MATI??

3:12:00 PM


Hari Sabtu yang lepas lepas lepas lepas, 16 Januari 2010, aku gagahkan diriku ke Masjid Bulat Seksyen 14 bersama Tasnim_Hissan alias Najlaa Shazana untuk menyertai Kursus Pengurusan Jenazah. Majikanku, Prof Dato' Dr Zulkifli adalah Nazir masjid itu. Justeru, aku pergi ke sana dengan harapan untuk mendapat suatu ilmu baru. Lelah kerja seminggu serasa sungguh ingin dilepaskan di hujung minggu, namun aku gagahkan diri. Ini azamku untuk 2010, dari sekalian 17 azam itu. Azam yang ke 14-Menghadiri pelbagai jenis program secuba-cubanya. Insya Allah.

Aku jadi teringat, Kursus Kahwin aja sekalipun aku belum pernah hadiri. Tidak tahu bila aku akan menghadirinya. Lalu aku menghayun langkah ke program ini dahulu. Kemudian pada 6-7 Februari lepas, Alhamdulillah Allah telah mengizinkan dan menguatkan kaki dan hatiku ke kursus kahwin (SERASI'10) anjuran Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam. Menanggapi apa adanya. Sampai sempat adik-adik membising "Waahh...kak Syahadah..baru ambil ke..? Ada apa-apa ke?" (Lagi pusing kepalaku..)  

Namun aku tidak ingin bercakap tentang SERASI'10 itu. Nanti-nanti bolehlah dikongsikan. (+_+)
Alhamdulillah aku berkesempatan ke Kursus Pengurusan Jenazah tersebut.
Syukur, kenangan, hikmah dan pengalamannya aduh...mahal sungguh!
Aku ke sana dan bertembung isteri Prof Zul di pintu masuk masjid, Dr Naemah (penyelia student Sains Gunaan sewaktu aku belajar dahulu). Lalu senyum sekilas kemudian menyapa dan mencium tangannya.

Ia dimulai dengan kuliah umum berkenaan perkara-perkara asas. Penceramahnya sungguh menarik. Beliau biasa menguruskan jenazah sejak lama dahulu. Kerap kali disertai dengan jenaka yang bersahaja. Dan intonasi sungguh elok dimain beliau sehingga kadang-kadang sungguh menusuk ke hati dan membuat hati berfikir dalam dan kadangkala mata terasa pijar.

Antara butir bicara yang sangat kuat melekat dalam ingatanku, bahawa beliau telah memberi syarah berkenaan hadith ini secara praktikal. Aku lantas terpukul dan merasa sedar diri. Hadith ini Hikmah adalah kepunyaan orang mukmin yang hilang, di mana saja dia menemukannya maka dialah yang paling berhak memilikinya.” yang perlu dihafal oleh kami sewaktu MHS Nilam Puri 2004 dahulu, sungguh aku makin faham. Bahawa analoginya, seolah-olah pada suatu hari, kita telah kehilangan barang yang sangat penting dan amat disayangi kita. Contohnya cincin emas, handphone, laptop, diari dan sebagainya. Lalu diadakanlah pengumuman dan pemberitahuan bahawa ada cincin emas telah dijumpai umpamanya. Semestinya kita lalu segera berlari ke sana. Namun, siapa yang pergi mendapatkannya, maka dialah yang lebih berhak. Itulah kiasannya. Dan dia mengiaskannya pada program yang seumpama ini. Sungguh halus. Namun itulah dia hikmah dan ilmu, lebih mahal dari segala harta dunia yang sementara dan fana. Namun kehadiran peserta pun Alhamdulillah, sangat memberangsangkan. Sekecil bayi pun ada. Alhamdulillah. Melazimi anak-anak dengan majlis ilmu, satu taman dari taman-taman syurga di dunia. Insya Allah.

Kemudian, jemaah muslimin dan  muslimat dipisahkan berasingan. Muslimat masuk ke dalam sebuah bilik untuk belajar praktikal. Bermula dari selepas sahaja seseorang hamba Allah itu meninggal, membawa ke proses penyediaan pakaian untuknya, membawa ke memandikannya, dan akhirnya mengkafankannya. Subhaanallah...sungguh-sungguh Islam itu rahmat untuk sekalian alam. Apatah lagi untuk manusia yang menjadi pembawanya, pembelanya, penganutnya. Sungguh halus dan berseni, dari mula hingga ke akhirnya.

Sepanjang dari awal mula program hinggalah ke akhir program, hatiku menangis. Malah sejak malam sebelum itu lagi. Ketika kami duduk-duduk berbincang tentang mati disebabkan hampir semua Mujahidah Fillah di Villa kami ini (termasuk aku) menyertai Skim Takaful Ikhlas di bawah Ukhti Miza Aminallah. Mudahan-mudahan berguna Insya Allah. Hatiku menangis memikirkan mengenai mati. Sungguh-sungguhlah bahawa kematian itu suatu yang pasti. Yang lain belum tentu lagi. Apa perkahwinankah? Apa pekerjaankah?......

bersambung....

You Might Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM @syahadatulhafizah

Subscribe