Assalamualaikum semua.. selamat datang ke laman Suri Ummi. Laman ini adalah di bawah seliaan Syahadah Abdullah dan Ridhuan Husin, khusus untuk berkongsi cerita tentang kehidupan, tips kesihatan dan kegembiraan.

We are also business partner of Shaklee Product at Gombak, Batu Caves and nearby area. Delivery throughout Malaysia and nearby. Hubungi kami juga untuk konsultasi kesihatan percuma dan peluang menjana kewangan hebat bersama Shaklee World. Hubungi 013.2505.386 segera. Anyone can be healthy, wealthy and happy!

Wednesday, July 28, 2010

Al-Ayyaam Fi Hayaati.. versi Syahadah

Akhir akhir ini saya jarang dapat menulis..
Ya..menulis segala-galanya..

Menulis coretan-coretan diri.. menulis cerpen buat dihantar ke majalah.. menulis dalam blog.. apatah lagi menulis untuk kajian dan pengajian sarjana... Entah kenapa..
Sibukkah saya? Atau buat-buat sibuk sahaja...

Semakin meningkat umur ini..semakin rasanya menjadi seorang yang makin bodoh..cetek ilmu..dangkal perilaku.. suram hikmah.. kurang pedoman.. tersasar akhlak..

Segala-gala yang dilakukan terasa salah sahaja.. semuanya terasa tidak kena. Di pandangan manusia apatah lagi di pandangan Ilahi Rabbi.... Merasa sungguh tidak L-A-Y-A-K... Allahu Akbar... ~

Sungguh-sungguh dewasa ini memberikan nilai yang mahal sekali.
Ah... tidak tahu untuk menuliskan apa lagi..
Biar saya pergi membaca, berkhalwat dengan Sang Pencinta, menadah ilmu dahulu..

Sampai masanya saya bakal kembali, menjadi Superwoman Islam =)
 Doakan ~
Blogger Templates
Blogger Templates


No comments:

Post a Comment