MENJADI SARJANA UMMAH.....

by - October 12, 2010

Assalamualaikum wbt..
Semoga sahabat-sahabat dan pengunjung blog sihat-sihat sejahtera dalam limpahan hidayah-Nya
Insya Allah…
Alhamdulillah.. sekarang saya sudah bergelar pelajar Sarjana.. Sebagai mahasiswa Semester Satu kembali =)
Kad matrix nya juga persis pelajar tahun satu undergraduate, cuma bercalit oren sahaja dan mereka bercalit biru. Ramai juga yang tersilap khususnya yang jarang melihatku di APIUM.

“Tahun satu ke?”
Senyum saja.
“Wah.. matured macam ni pun disangka tahun satu..” ujarku di dalam hati....


Ramai juga berpendapat kad matriks UM baru yang berbentuk horizontal ini tidak cantik.
Memang, mula-mula juga saya rasa pelik. Kerna sudah terbiasa 2 tahun di Nilam Puri + 3 Tahun di UMKL menggunakan kad matriks yang berbentuk vertikel. Malah, Pak Su saya yang di UKM juga memuji bentuk nya yang vertikal, berlainan dari kebanyakan universiti di Malaysia. Juga beliau memuji nombor matriks nya yang disusun berbeza mengikut kursus dan tahun kemasukan. Kerna kebanyakan no matriks universiti lain adalah nombor semata.. contohnya 509233, berbanding UM yang menyusun seperti berikut IES (kursus)060 (tahun kemasukan) 096 (nombor dalam kursus), sebagai contohnya (macam kenal je nombor =P
Tapi, lama-lama amati, cantik pula rasanya kad matriks baru ni =)

Sekarang baru ku tahu perasaan menjadi mahasiswa sarjana. Alangkah begininya perasaannya..!
Semuanya dalam rangka persediaan untuk menjadi murabbi ummat. Insya Allah.
Orang melihat mahasiswa postgraduate ni, seolah-olah freelancer yang santai sahaja, banyak waktu kosong. Kerjanya juga tidaklah banyak, apatah lagi yang mendapat biasiswa seperti saya dan sahabat-sahabat saya yang lain. Jumlahnya yang hampir RM2000 tanpa melakukan apa-apa rutin harian seperti para pekerja, atau kadangkala perlu menjadi tutor bagi kelas tutorial yang berjumlah kira-kira sehari atau dua hari dalam seminggu, selama satu jam atau dua jam sahaja, sungguh kami ini golongan yang cukup bertuah...! Alhamdulillah...all praise to Allah..   
 



Lagi..baru ku rasa... susah semasa undergraduate.. payah lagi semasa postgraduate.. apatah lagi yang sedang merangka menjalani PHD...  Ada tajuk yang perlu dipilih..dirangka dengan baik.. Ada ratusan artikel, buku, manuskrip, majalah, laporan, jurnal, ensiklopedia, kitab yang perlu; bukan sahaja dicermati malah perlu dihasilkan.. Ada seminar yang perlu dihadiri, malah perlu pula menjadi pembentang. Bagi yang Coursework pula..Subhaanallah..terkagum sungguh saya dengan mereka.. Dengan assignment dan pembentangan yang bermacam-macam dan juga peperiksaan yang mengharu-birukan.. Ah..Sungguh-sungguh semuanya memerlukan energi serta daya tahan yang cukup tinggi. Bukan tidak sering kami "Burn the Midnight Oil.."



Menuruttku, ada 3 Perkataan yang sesuai untuk pelajar Lepasan Ijazah khususnya yang mengambil jurusan Pengajian Islam.  

1) IKHLAS
2) FOKUS
3) ISTIQOMAH


Doakan saya.
Wassalam wbt.

You May Also Like

0 Comments