"..Habibi Qalbi..- You're always the BEST I ever had!.."

1:50:00 AM

Rasa rindu yang mencengkam telah menarik-narik tanganku untuk mencoretkan sebuah bingkisan buat seseorang yang telah cukup amat sangat terlalu banyak berjasa pada diriku..
Kala ini kurasa bukan aku seorang yang berperasaan sebegitu.. kala tangan ini diketuk-ketukkan di papan kekunci ini.. kukira sudah 5 kali lagu itu berkumandang dari ruang tamu rumah sewaku.. rupanya sahabatku yang seorang itu sudah terlena dengan alunan lagu Ummiku Sayang..dendangan suara-suara comel adik Siddiq.. dia hanya memasang lagu tersebut sedari tadi..diulang-ulang kembali..
"Aku sayang ummi..Ummiku sayang ummi..Sayang-sayang ummi..Ummiku sayang.."

Mungkin kerna apa ea..mungkin kerana baru-baru ini aku agak sibuk dengan tugas persatuan..tugas akademikku.. Syukur pada Allah.. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya telah berhasil dijalani dengan baik. Aku memohon kemaafan seandainya sepanjang aku memegang taklifan sebagai Timbalan Pengarah ini, telah ada hati-hati yang terasa..telah ada hak-hak yang terabai..telah ada kekhilafan yang ditempa..dan tidak dapat memuaskan hati mana-mana pihak..Semoga Allah mengampuni kelemahanku ini dan kalian dapat memaafkan diriku ini..

Syukran, terima kasih, thank you, Arigato, Gomawo, Gracias, Xie-Xie..Nandre.. Salamat.. untuk ad-hoc program ni..yang banyak berkorban demi memastikan ia berjalan lancar.. biar kucuba sebutkan di sini.. Akh Zulkamal, Yah (TQ banyak tolong kite!), Lah, Hilman, Zulfazrie, Aiman, Ida, Suhaimah, Masyitah, Fadzila, Dik Mukhlis, Dik Awie, Nas, Mira, Dik Nazim, Yusof, Hafiz, Hajar, Ina, Chai'e, Balqis, Farid, Nisa', Fatin, Dik Zul, Din, Nana Chan, An-Nur (go go HEWI), Rahdhiyah, Fadhilah, Dik Hisham, Bibah (take care..hope cepat sembuh..kuatkan semangat!), Zaini (kenangan MHS@TAZ), Fakhran, Na, Nazirah, Dik Wi, Syafiq, Kak Ije, K.Shai, K. Wani, Dik Fit, Syazwan, Aiman, Amirah, Shakirah, Zahrah, Aizuddin, Muhammad Al-Amin Bin Abdullah (mantap nama..), Liana, Hafiza, Iftitah n Dik Shu.. also yang terlibat secara langsung atau tak langsung.. Ani, Umi Ha, Mc Laa, Kak Su, Masyeet! ( I got certificate for u..hehe), n also warga BM, BS, BO..yang ba...nyak sangat menolong. TQ!! I love you all.

Selesai saja AGM'08, aku menelefon emakku. Dan aku meminta maaf dari mak kerana agak lama tidak menelefonnya, tidak sekerap dulu. Emak berkata dengan nada ceria.. "Tak ada apa-apalah.. mak faham kan kak sibuk.."

Aku bersyukur ibuku sangat amat begitu terlalu memahamiku.. begitu juga abahku. Terkadang cuti semester, aku tidak terus pulang ke kampung..terkadang harus berlama-lamaan di Kuala Lumpur kerana ada program, atau juga harus menyiapkan tugasan-tugasan tertentu. Terkadang juga perlu datang awal untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Mak, ketahuilah bahawa kak sangat menyayangi mak.. Abah, mengertilah bahawa Zah amat mengasihi abah.. Menjadi anak perempuan tunggal dari 6 beradik, membuatkan aku dimanjakan. Namun itu tidak membuatku leka. Aku hargai segala-galanya. Aku faham dan insaf bahawa aku adalah harapan kalian berdua..

Mak, kak ada satu puisi ditujukan khas buat mak, dari kejauhan ini.. Sudah lama puisi ini dicipta, bertinta 4 Januari 2008. Ia dicoret di dalam Planner kak, yang dibawa saban waktu..

Bagaimana mungkin aku melupakan dirimu ibu?
Jasamu buatku menggunung tinggi
Kasih sayangmu buatku bak lautan tak bertepi
Pengorbananmu untukku melangit luas..

Agar dapat aku lukiskan
Tentang cintamu padaku..

Kau umpama teman yang setia dan memahami..
Bak sahabat yang selalu di sisi dalam suka duka
Kawan yang membakar semangat dalam diri
Dan seorang insan yang menyokong luhur segala keputusan diri..

Ibu..
Bangga untuk aku berkata
Bahawa sifat memahamimu itu
Buatku berada di sini sekarang

Bahawa..
Kasih dan cintamu yang penuh itu..
Buat aku tidak nanar sekarang
Pada sebuah cinta tak pasti dari manusiawi

Bahawa...
Didikan murni ikhlasmu itu
Buat diri ini..
Mampu teguh kejap dalam derasnya olengan duniawi.


Lantas aku segera teringat pada satu kaset ceramah yang sering diputarkan abahku di dalam kereta.. Tajuknya begini.. "ANAK PEREMPUAN PENDINDING API NERAKA"
Ketika itu aku masih muda tidak mengenal apa-apa.. Lantas aku segera bertanya pada abahku..
Dengan penuh hikmah abahku menyatakan bahawa anak perempuan yang solehah bisa menjadi pendinding api neraka pada ibu dan bapanya.

Aku menekuni isi ceramah tersebut, sedang adik-adik dan abangku menyakatku di dalam perjalanan itu. Yelah, semuanya kena pada batang hidung anak perempuan.. Sejak dari itu aku berazam kejap dalam diri dan sabubari.. BAHAWA AKU INGIN SEKALI MENJADI PENDINDING API NERAKA BUAT MEREKA.. Amin..

Sekarang aku sudahpun besar..zaman tersebut sudah lama kutinggalkan.. kini aku berinjak ke fasa-fasa baru dalam hidupku. Namun semangat untuk menjadi anak yang solehah takkan pernah pudar. Apatah lagi mengenangkan pengorbanan ibu bapaku..dan segala-galanya yang berlaku di dalam sebuah kehidupan bernama keluarga.. Aku tidak akan pernah lupa..biarlah ia hanya menjadi cerita kenangan antara kami dan orang-orang yang istimewa dalam hidupku sahaja.

Jika mahu dicoret tentang mak dan abah..tentunya berkajang-kajang surat pun tidakkan habis.. kerna bagaimana untukku gambarkan betapa dalamnya perasaanku pada kalian berdua.

Ibu bercerita, sewaktu aku belumpun singgah di bumi ini, abah kadang-kadang pulang lewat ke rumah kerana menghadiri kelas pengajian dan ceramah di masjid. Ketika itu emak sedang mengandungkanku. Abang Hafizku juga masih kecil. Justeru, emak akan mengisinya dengan solat sunat dan membaca al-Qur'an sehinggalah abah pulang.

Kata abah baru-baru ini, "Kita ada hubungan dengan Tok Janggut." Agak terkejut aku. Setelah menjejaki saudara maranya, abah baru mengetahui hal ini. Sememangnya abah amat suka menghubungkan silaturrahim. Bukan tidak sering dia mengingatkan kami begitu khususnya semasa sesi-sesi tazkirah ringkas selepas solat jemaah dan juga di dalam perjalanan kami.

Setelah diceritakan asal-usul maka timbullah begitu.. bahawa Tok Ayah Janggut itu ada kaitan dengan abahku di sebelah ayah abahku. Aku pun tidak pasti hubungan sebenar, mungkin hanya bau-bau bacang. Namun aku sangat gembira.. bagiku Tok Ayah Janggut itu seorang Syahid. Bagiku orang Islam yang mati demi mempertahankan tanah air dan agamanya adalah orang yang syahid.

Sekarang sahabatku itu telah bangun untuk mengulangkaji, dan menukar kepada lagu dendangan adik Ae-Man.. Untukmu Ibu.. Ahh..aku kira semua orang sekarang merindukan ibunya.. Tambahan pula dengan hambatan taklifan serta tugas akademik.. dan peperiksaan akhir pula sudah sangat-sangat hampir menjengah tiba.. Justeru, semua orang berperasaan agak aneh aku kira.. Dan tadi cuma, ayah sahabat seorang roomate ku, baru saja meninggal dunia.. Al-Fatihah.. Lalu aku berbicara dengan adik roomateku itu.. "Sekarang banyak kan kita dapat berita atau mesej mak atau ayah sahabat2 kita meninggal.." Lalu kami terdiam seketika.. Kerna kami mengenangkan bahawa..pasti sampai suatu masa akan tiba pula giliran kami..

Dan sehingga saat itu dan selama-lamanya Ya Allah.. perkenankanlah aku untuk terus taat dan setia berbakti pada mereka.. Izinkan aku Ya Allah.. menghadiahkan sebuah gelaran bernama "SOLEHAH" pada mereka.. agar sejuk mata hati dan jiwa nurani mereka.. Izinkan kami berkumpul bersama-sama di dunia dan di akhirat nanti dalam taman raudhahMu Ya Allah.. Izinkan aku menjadi pendinding api neraka mereka.. Ya Allah...

Izinkan aku juga.. untuk mencontohi emakku.. Yang setia dalam suka dan duka.. Yang berhati waja dan teguh.. Dan menjadi penyokong dan teman yang terbaik..buat suami dan anak-anak...

Izinkan aku Ya Allah.. untuk turut sama merasai nikmatnya bergelar ibu.. menyediakan barisan mujahid mujahidah menjadi benteng agama tercinta.. Amin..


Bait al-Masyitah
3.00 am..

You Might Also Like

1 comments

MY INSTAGRAM @syahadatulhafizah

Subscribe