SATU SLIP ITU..

6:44:00 PM


Hari ini saya baru mengambil slip exam. Mungkin atas faktor kesihatan dan kesibukan, saya agak terlewat mengambilnya. Tambahan lagi sudah tidak ada kelas menyebabkan saya di rumah sahaja. Dan juga kerana musibah yang menimpa akademi kesayangan saya, keadaan jadi nanar seketika. Untuk mendapatkan tandatangan PA dsb..

Kerana hujan lebat yang berterusan, bukit kecil di belakang APIUM telah runtuh dan tertimpa bangunan perpustakaan dan Ijazah dasar. Keadaan menjadi agak celaru. Semua termasuklah pejabat, jabatan serta bilik-bilik pensyarah telah dipindahkan ke blok A. Pembinaan dan pemindahan giat dijalankan. Debu di mana-mana.. Orang ramai keluar masuk... Sakinah di akademi tercinta telah direnggut...Mungkin ini peringatan buat UM dan juga APIUM.

Saya kira saya orang terakhir mengambilnya bagi batch dan jurusan saya. Tergeletek sahaja di situ, menanti sesiapa sahaja mengambilnya. Tidak ada orang menjaganya. Jika dahulu pengawasan agak ketat. Tapi, Insya Allah tiada orang akan menganiayai sesiapa. Semua sedia maklum keadaan API begitu. Buku-buku jualan biasa sahaja ditinggalkan di bawah kanvas biru di hadapan kafe. Tiada kehilangan. Sangat menenangkan dan selamat.

Ternyata tinggal satu lagi slip. Ia milik dia. Telah tiada untuk mengambilnya. Nur Hazwani Zakiria. Tergamam aku di meja itu, mata menjadi pijar.

Wani, salam dari kejauhan!

You Might Also Like

2 comments

  1. dia sudah pergi...biLa agaknya kita..? Hidup uTk matiii..

    ReplyDelete
  2. sedihnya...menyentuh hati...kita semua akan menemani arwah nanti...cuma masanya tak kita ketahui..semoga amalan yang mencukupi akan menemani...

    ReplyDelete

MY INSTAGRAM @syahadatulhafizah

Subscribe