SANG MAHA-SEGALANYA MENCINTAI SANG MAHA-SISWA [Jatuh Cinta Lagi] lalala~

by - February 09, 2010




SANG MAHA-SEGALANYA MENCINTAI SANG MAHA-SISWA: 
Tasawuf Untuk Sufi Kampus.

Hampir-hampir ku ingin pengsan membaca buku seindah ini. Karya Ahmad Sultoni. Bukunya ditata dengan bahasa mudah tetapi indah, disusun kandungannya dengan ringkas tapi lengkap, diisi perumpamaan yang cukup banyak tetapi tidak berat, persoalan yang mengasak tetapi bisa menggerakkan otak, cerita yang seakan biasa tapi bisa meluar biasa.. Membuat hati ditarik untuk membacanya langsung ke titik akhir.

Eh, buku ini untuk mahasiswa lah cik kak..!
 Aii ana masih mahasiswa lah. : ) Insya Allah dalam proses approve Sarjana ku dalam tajuk
"Buah-Buahan di dalam Al-Qur'an: Kajian Khusus terhadap Buah-Buahan Penawar Kanser dari Sudut Saintifik". Sarjana Usuluddin (IGB), Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. First Supervisor adalah Dr Munira@Monika Abd Razzak, yang berkepakaran dalam Al-Qur'an dan Sains, dan Second Supervisor adalah Prof Ong Hean Chooi, juga penyelia paper project undergraduate ku dulu. Berkepakaran dalam bidang Botani. Pening juga memikirkan tajuknya. Moga baik dan berkat. Insya Allah. Syukran pada sahabat yang banyak membantu. Khususnya Mujahidah-Mujahidah ku Sayang di Villa Mujahidah. Dan ada beberapa orang lagi. Tidak perlu kusebutkan namanya di sini. Jazaakumullah khayr. Arigato nee~

Buku ini untuk antum khususnya Mahasiswa Kampus yang berhasrat menjadi Sufi Haraki. Seorang pejuang yang berjiwa hamba. Yang mahu menyelami makrifat terdalam dalam posisi sebagai seorang hamba di hadapan Tuhannya... Sang Mujahid yang menjadikan perjuangan Islam sebagai jalan hidupnya, namun tetap dalam kerendahan hati dan kecerahan basirah menghadapi hari-hari perjuangan, bukannya selalu merasa diri sendiri sahaja yang lebih benar, tawaddhu', zuhud, wara, dan alim berbanding orang lain apatah lagi mad'u!

Seorang pejuang muda yang menanggapi setiap hal sekecil apa pun yang berlaku dalam hidupnya sebagai 'sangat bermakna' dari Allah khusus untuk dirinya. Sehingga hari-hari perjuangan yang dilaluinya merasa penuh bererti dan indah; tetap dalam lindungan dan pemerhatian dari Allah.
Moga-moga hal ini akan menjadikan dia seorang yang halus dalam seni dakwah, dan tetap tegar istiqomah walau disergah badai futur mutasaaqit dan lelah!
   
Ini kandungannya ana mahu kongsikan. Sudah ditranslete sedikit sebanyak ke dalam Bahasa Melayu agar bisa lebih difahami.  Tapi aasif ana hanya menata isi kandungannya. Untuk resensi juga tidak sempat. Ada beberapa perkara yang perlu dicermati sekarang. Khusus tentang penyelidikanku, penulisanku dan gerakerjaku. Dan beberapa perkara lagi yang juga tidak pantas disebutkan.

Ana cuma mampu memetik beberapa kata dari buku ini yang menarik untuk dikongsikan.

Satu yang paling menarik adalah mengenai rumus matematik.
"Seseorang yang menginginkan dirinya bertemu dengan
yang Maha Satu (1)=ALLAH, maka ia harus menjadi Nol/Kosong (0) = Kita" 

 
1 (Allah Yang Maha Esa) / 0 (Manusia yang tidak bererti) = Infiniti (Hasil yang tak terbayangkan)

1 (Allah Yang Maha Esa) / 1 (Kehendak Manusia) = 1 (Hasil akhir)

Hal ini boleh diaplikasikan dalam mencari jodoh, mencari kerja, dan segala-galanya
dalam hidup kita sebagai hamba di dunia fana ini.

Ini bermaksud, kita meneutralkan hati kita untuk segala-galanya, dan membiarkan Allah menyusun segala-galanya untuk kita. Justeru, hasilnya INFINITI sungguh luar biasa. Malah kita juga tidak akan sakit dalam menerima ketentuan itu. Kerana kita telah menjadi hamba Nya yang ikhlas dan pasrah padaNya.

Membahagi Satu dengan Kosong bermakna membahagi  Ke Tak Terbatasan Allah dengan kosongnya keinginan atau kehendak kita, akan menghasilkan sesuatu yang justeru tidak terhingga.
Insya Allah.  


"..Bagi seorang sufi, saat ia berjalan tiba-tiba kakinya tersadung batu atau terpeleset, maka ia tidak menganggap hal tersebut sebagai sesuatu yang tanpa makna. Mungkin ALLAH mengingatkan dirinya kerana ia lupa berzikir, atau kerana pernah suatu ketika ia berjalan di tengah jalan, ada batu atau kulit pisang yang sangat mungkin mencelakakan manusia, namun tidak ia singkirkan. Itulah harga yang perlu ia bayar.."

"Sehari makan agar dapat bersyukur; dan sehari puasa agar dapat bersabar"

"Sedekah pangkal kaya, kalau tidak percaya boleh dicuba! :) "

"Hari ini adalah akibat hari kelmarin, dan hari esok adalah akibat hari ini"

"Ucapkanlah Alhamdulillah ketika engkau disakiti orang atau merasa sakit,
kerana ketika itu engkau diberi kesempatan bersabar sehingga mendapat pahala percuma"

"Ketika seluruh pintu telah tertutup bagi kita, maka ALLAH datang
membukakan jendela untuk kita.."

"Seseorang yang takut kepada harimau akan lari menjauh, namun seseorang yang takut kepada ALLAH akan lari mendekat padaNya.."

"Allah tidak pernah memberikan sesuatu secara percuma. Dia letakkan di antara DIA dan insan yang akan dicintaiNya sesuatu yang menarik. Apabila insan itu sanggup menyibak dan menyingkirkan halangan itu, maka sampailah dia kepada Cinta ALLAH.."
(halangan itu ada yang sifatnya menyenangkan berupa harta, takhta, wanita/lelaki.
Dan ada pula yang menyakitkan seperti penyakit, kemiskinan, ketakutan, maksiat dsb)

"Taqdir diumpamakan seperti proposal Insaniyyah; kita berhak menata dan menyediakan proposal terbaik untuk dihadapkan ke meja "Qudrat dan Iradat" ALLAH untuk menunggu keputusan-Nya.."

"Kriteria memilih jodoh, berawal dari diri sendiri, bukan mencari pada calon yang diinginkannya. Calon yang diinginkan adalah sebuah batu loncatan untuk
memperbaiki diri.."
    

KATA PENGANTAR

1) VIRUS ZAMAN, ZAMAN VIRUS?
i) Tiga penyakit Jahiliyyah moden (Humanisme, Materialisme, Atheisme)
ii) Penyakit Rohani Mahasiswa (Identiti diri, pengurusan jodoh, pengurusan kerja)
iii) Tasawuf bagi Mahasiswa

2) SUFI DAN TASAWUF
i) SUFI: Suka Tifi (Televisyen)
ii) SUFI: Bening Hati
iii) SUFI: Pasukan Khusus
iv) SUFI: Baris Terkedepan
v) SUFI: Sederhana
vi) Tujuan Tasawuf

3) PER-HATI-AN (KONSEP AKHLAK DALAM TASAWUF)
i) Makna Aklak
ii) Perubahan akhlak
iii) Software
iv) Fitrah Asma al-Husna sebagai folder akhlak
v) Method mendidik akhlak

4) "MUDIK" KE ALLAH
i) Taubat itu apa?
ii) Pembahagian taubat
iii) Kembali ke hidayah atau jahiliyyah?
iv) Bila taubat diterima Allah

5) KAYA ITU PENTING, TAPI BERKONGSI KEKAYAAN ITU LEBIH PENTING
i) Apa itu Zuhud?
ii) Inti Zuhud
iii) Pengendalian diri sebagai method zuhud
iv) Zuhud VS Cinta Dunia
v) Hidup miskin atau kaya?

6) SEDEKAH PANGKAL KAYA
i) Hukum memberi dan menerima
ii) Matematika sedekah
iii) Sedekah...yang penting banyak
iv) Uji nyali sedekah (ujian praktikal)
v) Buah sedekah

7) SABAR
i) Sabar itu apa?
ii) Mengapa harus sabar?
iii) Pembahagian sabar

8) TAKUT DAN HARAP PADA ALLAH
i) Khauf
ii) Raja'

9) CINTA KEPADA SANG MAHA-CINTA
i) Hubbullah itu apa?
ii) Ciri Hubbullah
iii) Kondisi Hubbullah

10) FANA
i) Pendahuluan
ii) Fana dalam perspektif aliran Tasawuf
iii) Fana sebagai inti tauhid Islam

11) MANUK YANG MANUT
i) Islam itu manut (patuh)
ii) Islam itu manuk (kiasan sebagai burung)

12) MATEMATIKA JODOH
i) Taqdir Jodoh
ii) Menjaring Jodoh

13) INGIN CEPAT DAPAT KERJA
i) Banyak kerja kosong
ii) Perusahaan Allah
iii) Fana dalam mencari kerja

EPILOG

Selamat membaca. Mahu pinjam juga bisa : )
[Aduh, demam Bahasa Indonesia lagi...]

Salam Sufi Haraki from Mawar_Mujaheedah

You May Also Like

1 Comments

  1. Menarik sekali... Pendedahan karya dari angel berbeza yang sering terlupakan aktivis mahasiswa...

    ReplyDelete