facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

Inspirasi Syahadah

Everyday is a miracle :)

Salaamullaahi Alayk..
Inilah sedikit dari ilmu-ilmu Allah yang telah diizinkan untuk ana mencedoknya...
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung…

Dalam akhir Surah Kahfi.. Allahu Akbar...

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu " (109)

Dan Surah Luqman..

Dan seandainya pohon-pohon  di  bumi  menjadi  pena  dan  laut ,  ditambahkan  kepadanya  tujuh  laut  sesudah nya, niscaya tidak akan habis-habisnya  kalimat  Allah .  Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (27)

Dan Sabda Nabi Muhammad kekasih hatiku…

 "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Janji Allah lagi.. dalam Surah Mujaadilah
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa derajat. (11)

Subhaanallah.. Sungguh-sungguh ana terasa ingin menjadi orang berilmu yang rajin belajar saat ke saat, menadah mengaji mengkaji kitab hari ke hari agar dengannya ana mampu pula menyumbang kepada masyarakat dan perjuangan Islam.

Dan sungguh ana ingin mengucapkan terima kasih, syukran, kepada seseorang yang telah menyedarkan ana (dengan caranya yang tersendiri) akan amanah ilmu sebagai seorang mahasiswa Islam. Ingin rasanya ana kembali menjalani hari-hari pengajian dulu, agar mampu membuat yang terbaik (semoga perkataan ini tidak dari Syaitan laknatullah). Namun, masa depan masih ada Insya Allah. Bukankah fasa ke depan adalah bersama cahaya cinta dari syurga? Insya Allah Tuhanku....

Lagi, sudah tentu ana paling berterima kasih kepada Abah al-Mahbuub, kerana sering (juga dengan caranya yang tersendiri) memberi paham kepada anak-anak beliau, tentang pentingnya ilmu agama dalam hidup. Jadi teringat tika usai mendapat keputusan UPSR dengan tersenarai antara Best Student di sekolah, daerah juga negeri;akan tawaran ke SBP, Sekolah Tun Fatimah (yang dihantar oleh Cikgu Sains, Cikgu Fauzi ke rumah). Ana sempat bertikai dengan abah tentang sekolah menengah mana yang harus pergi. Cikgu pula sering mendesak kenapa mahu melepaskan peluang sebesar itu? Abah pula mahu kami adik beradik, bersekolah menengah agama. Abah tidak suka suasana pergaulan dan percampuran antara pelajar lelaki dan perempuan yang terlalu bebas serta gersangnya tarbiyyah ruhaniyyah di sekolah menengah biasa. Akhirnya ana melangkah ke Maahad dengan perasaan yang bercampur aduk, namun teruja dan gembira!

Sekali lagi tika selepas SPM, juga tersenarai antara Best Student peringkat sekolah dan negeri, lalu sekali lagi jadi pusing, mahu ke mana ana? Ana sungguh-sungguh mencintai agama dan sains! Matrikulasi kah yang meninggalkan pelajaran agama secara formal, atau UIA kah, IRK yang meninggalkan pelajaran Sains secara formal?? Ohhh... mak mahu Sains, abah mahu agama. Baru tahu bagaimana perasaanya akan peribahasa ini ; Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Aduh..! Lalu ana beristikharah cinta sesungguh-sungguhnya sampai tidak berperasaan lagi. Akhirnya Tuhan, apa ada di Malaysia ini sebuah tempat bernama ‘Nilam Puri’??? Sebuah course Ijazah Sarjana Muda bernama Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam??
Tuhan sungguh ana terpuruk di hadapan keagungan Mu yang berkemilau itu.... Allahu Akbar...!

Dan masuk ke Tahun Dua, mahu memilih pengkhususan lagi. Apa Bioteknologi kah, Sains Biokesihatan kah, atau Biokimia kah, Genetik kah, Mikrobiologi, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Bioinformatikkah atau Ekologi dan Biodiversiti?? Lalu Allah telah memilihkan Sains Biokesihatan, pilihan keduaku walaupun pilihan pertama adalah Bioteknologi . Sungguh ana tidak mahu yang lain lagi! Kerna ana sungguh-sungguh minat tentang kesihatan dan perubatan. Sehingga dahulu semasa pening-pening memikirkan, ada mengujarkan untuk menjadi doktor pada mak abah. Lalu mereka mengujarkan “Abah rasa...kak...kurang sesuai sikit menjadi doktor..” Perlahan-lahan abah menuturkan di dalam perjalanan kami itu sambil diiyakan mak. Walau rasa sedikit (perasaan apa ya? Sedih? terpukul? Mmm), namun ana tergelak juga sambil mengiyakan di dalam hati (Mana nak sesuai, bersifat tidak detail, kurang cekap dsb yang tidak selayaknya untuk seorang doktor. huh). “Habis sesuai jadi apa?” Tanya ana lagi. “Pensyarah la. Kan kak nak jadi tu dari kecil lagi. Lagipun sesuai la, kak dari kecil petah bercakap.” Ujar mereka. Adoyaii...   

Lalu inilah ana hari ini, yang menghitung hari menunggu offer letter dari IPS tentang pengajian masterku. Sesudahnya, ana kini Insya Allah menyambung dalam Ijazah Sarjana Usuluddin. Area of Research is in Al-Qur’an and Science. Mostly about Biohealth and it’s relation in human health and life. More specific is in Natural Health, Prophetic Medicine and so on.

Oh Tuhan...sungguh sungguh Yang Maha Esa itu telah melorongkan jalan ku. Memudahkan jalan kita semua. Saat ana lagi sekali pusing selepas graduasi, memikirkan “Jalan mana ingin ku tuju?” Lalu, Dia (dengan caraNya yang tersendiri, Maha Agung itu) telah menggerakkan tanganku, kakiku, jiwaku, perbuatanku, perasaanku untuk menulis e-mail kepada Pensyarah-pensyarah APIUM dan Fakulti Sains untuk menjadi RA, dan Subhaanallah... Dia telah memilihkan ana, menjadi RA kepada seorang pensyarah di Jabatan Al-Qur’an dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam, pada seorang murabbi yang amat sangat berdedikasi dan Ikhlas. (Dengan caranya yang tersendiri itu), telah mengenalkanku pada kematangan, ketekunan dan sifat dinamis dalam perjuangan. Dan dengan ini, telah membawaku mempunyai Jabatan sendiri. Ahh, alangkah begininya perasaan mempunyai Jabatan. Perasaan mempunyai dan dipunyai ternyata indah juga ya? Alhamdulillah... (Almaklumlah ketika Sarjana Muda, Sains Gunaan bukanlah jabatan tetapi sebuah program.)

Sedikit masa lagi ana akan memulakan pengajian dalam Sarjana. Astaghfirullah... sugguh takut rasanya. Sungguh sungguh takut. Perasaan yang tidak mampu diungkapkan dengan perkataan. Hari itu Ustaz Pa katua jabatan memanggilku, katanya. Lebih kurang begini bunyinya yang dituturkan dalam loghat Kelate. “APIUM ingin meningkatkan lagi Sains Gunaan dan Pendidikan Islam, mungkin menjadi jabatan. Jadi, mereka rasa perlu train, nak tak nak graduan dari kursus itu juga. Jadi mereka meminta nama, dan ana bagi nama enti. Jadi jangan risaulah, masa depan enti, senang kata, cerah lah di API”.. huhu, terharu rasanya..

Tapi antara ketakutanku adalah ketidakkompetenku dalam bidang ini. Mana ana mengerti apa itu Takhrij Hadith? Mana ana mengenal kitab-kitab tafsir muktabar? Mana ana mengenal kitab-kitab hadith terulung? Menghafaz muqaddam Juz 30 juga belum usai.. apatah lagi menghafaz hadith 40 susunan Imam Nawawi.. Belum lagi metodologi penafsiran dan sebagainya... Astaghfirullah..

Dan teringat lagi pada ujaran dan pesanan abahku, tentang ilmu, tika balik di Cuti Tahun Baru Cina yang lepas. “Kalau nak tahu sesuatu ilmu yang telah dipelajari oleh kita itu berkat atau tidak, ia haruslah mampu menjaga kita. Apa guna belajar banyak-banyak tapi natijahnya, makin malas solat, makin lambat solat, makin berat untuk berqiamullail, makin culas puasa.. Tentu ada sesuatu yang tidak kena dalam menuntut ilmu itu..” Allah, sungguh-sungguh ana sangat sangat terasa. Memikirkan mahasiswa sekarang yang gersang identiti dan tandus akhlak dan cetek kefahaman... Allah..lagi ana terasa.. Semoga ana, Syahadatul Hafizah binti Abdullah mampu menjadi antara tangan-tangan yang mampu mengubah fenomena itu, Insya Allah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!     

Maka inilah antara subjek yang ku ambil sepanjang tiga tahun di Perlembahan Ilmu, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Resultnya, ahhh biar ku simpan sndiri. Ngeee~

BACHELOR OF APPLIED SCIENCE WITH ISLAMIC STUDIES,
MAJORING IN BIOHEALTH SCIENCE - (BAScIStud)
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES, UNIVERSITY OF MALAYA

UNIVERSITY COURSE (COMPULSORY)
CODE
COURSE TITTLE
C/H
GXEX 1401
KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT
1
GXEX 1410
TITAS
2
GXEX 1411
HUBUNGAN ETNIK
2
GNEK 1048
KO-KURIKULUM (KEUSAHAWANAN)
2

TOTAL
7

ISLAMIC STUDIES COURSE
CODE
COURSE TITTLE
C/H
IAEU 1110
EPISTEMOLOGI ISLAM
3
IFEH 1110
PENGANTAR PENGAJIAN ISLAM
3
IQEU 1110
PENGAJIAN AL-QUR’AN
3
IQEU 1111
PENGAJIAN AL-SUNNAH
3
ISEU 1110
SEJARAH TAMADUN ISLAM
3



ISEU 2110
KESARJANAAN SAINS ISLAM
3
IAEU 2110
FALSAFAH ISLAM
3
IQEU 2110
AL QUR’AN DAN SAINS
3
IFEH 2115
KAEDAH PENYELIDIKAN ISLAM
3



IFEH 3103
FIQH AL HALAL WAL HARAM
3
ISEU 3110
ISU-ISU ISLAM SEMASA TENTANG SAINS DAN TEKNOLOGI 
3
IAEU 3110
FALSAFAH SAINS ISLAM
3

TOTAL
36

SCIENCE COURSE (MAJORING IN BIOHEALTH SCIENCE)
CODE
COURSE TITTLE
C/H
SHES 1270
AMALI BIOLOGI
2
SHES 1201
BIOLOGI SEL
2
SHES 1203
BIOLOGI POPULASI
2
SXEX 1110
BIOSTATISTIK
3
SHES 1200
PROSES KEHIDUPAN
2
SHES 1202
BIOLOGI ORGANISMA
2



SHES 2132
FARMAKOLOGI
3
SHES 2134
HISTOLOGI
3
SHES 2250
MIKROBIOLOGI AM
3
SHES2130
BIOKIMIA ASAS
3
SHES 2330
PENYAKIT BERJANGKIT TROPIKA
3
SHES 2240
GENETIK ASAS
3
SHES 2135
IMUNOLOGI PERUBATAN
2
SHES 2133
FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN
3
SHES 2131
FITOKIMIA
3
SHES 2333
FISIOLOGI PEMBIAKAN
3
SHES 2273
AMALI SAINS BIOKESIHATAN 1
2
SHES 2334
PERUBATAN ALTERNATIF
3



SHES 3173
AMALI SAINS BIOKESIHATAN 2
2
SHES 3333
ENDOKRINOLOGI
2
SHES 3334
ENTOMOLOGI PERUBATAN
3
SHES 3383
TOPIK KHAS SAINS BIOKESIHATAN
1
SHES 3332
BIOLOGI KANSER
3
SHES 3183
PROJEK SAINS BIOKESIHATAN
8

TOTAL
66


TOTAL: 109 CREDIT HOURS
CLASS HONOUR, WITH CGPA 3 point dot dot (:P)
March 24, 2010 2 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh buat semua ikhwah akhawat, saudara saudari seaqidah, yang bersyahadat cinta yang satu kepada-Nya, dan khususnya yang sebai’ah; disaksikan bulan bintang dan seluruh alam sarwajagat serta manusia ramai , bahawa hidup dan matinya kita adalah untuk Allah, untuk Islam!
Bagaimana ingin kunukilkan perasaanku pada kalian, biar dari ceruk mana pun kalian. Apa di Bintang Chinakah? Atau di Naga Bhutankah? Dan Helang Zambia. Mungkin juga Bulan Maldives. Pedang Arab Saudi. Bola Korea Selatan dan Jepun, Lotus Macao, Cedar Lebanon, Mahkota Tajikistan, Maple Canada, Crane Uganda mahupun Belang-Belang Malaysia; semuanya aku cintai apatah lagi yang dekat di sisi, hampir di hati. Asalkan kalian bersyahadat cinta. Memang benarlah kata-kata ini: Dari seorang penyair Ikhwan al-Muslimin, suatu masa pernah mendendangkan:

“Aku tidak mengenal tanah air selain Islam,
Sama saja bagiku, lembah Nil ataupun Syam,
Setiap kali nama Allah disebut di suatu negeri,
Aku menganggap seluruh penjuru negeri itu adalah tanah airku sejati…”

Allahu Akbar....sudah lama tidak menuliskan coret-coretan di blog kesayangan ini. Menulis dari hati, bukan paste mahupun copy. Maafkan kekhilafanku yang buat-buat busy, atau takut ‘tidak ikhlas’ bertandang di hati, atau bagaimana halnya peri? Wallahu a’lam..
Inilah diriku kini, yang sekali lagi, akan melalui fasa baru nanti, selepas bergraduasi kira-kira 7 purnama yang lalu: 7 purnama yang makin mengenalkanku sesungguhnya pada hidup, pada perjuangan, pada rasa, pada cinta, pada rindu, pada ikhlas, pada jujur, pada muhasabah, pada ukhuwwah, pada akhlak, pada ilmu, pada amanah, pada matang, pada islah, pada dakwah, pada insaf dan sekalian pada-pada yang biar sahaja ku simpan sendiri di dalam relung hati terdalam ini... Dan blog kesayangan yang sudah berwajah baru ini, menandakan 'fasa ke depan' yang harus lebih progresif, produktif, dinamis dan pemberani. 
Fasa ke depan adalah fasa tekun menimba ilmu Ilahi dan serius dalam perjuangan sejati. Tegar membuat keputusan sendiri; tidak harus bergantung lagi pada manusiawi; yang nyatanya lemah dan hina sendiri. Fasa ke depan adalah harapan baru yang bakal menerbitkan cerlang ketenangan. Fasa ke depan adalah sinar kemilau yang bakal menerbitkan nur kejayaan. Fasa ke depan adalah kirana agung yang bakal menjulangkan gemerlap keberhasilan!



Dan rahasia hati ini, biar hanya Dia yang mengerti ~

         Blogger Templates
March 23, 2010 4 Comments

"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhu'lah, Tika tangan letih menggapai cita-cita, maka serulah Allahu Akbar, Tika bahu tiada kuasa memikul amanah, maka bersujudlah. Ikhlaskan semuanya tunduk kepada Allah... Agar tunduk di saat yang lain angkuh.. Agar teguh di saat yang lain runtuh... Agar tegar di saat yang lain terdampar..."

Segalanya milik Allah... Maka mintalah HANYA padaNYA..

Blogger Templates

 

March 05, 2010 2 Comments
Anak-anak adalah anugerah Allah, sebagai amanah; untuk ditatang bagai minyak yang penuh: Bukan dalam erti kata 'material', 'kebutuhan' dan 'kasih sayang terlampau', tapi ditata dari sudut 'agama', 'akhlak' dan 'ilmu'.
Banyak sudah kulihat sekarang, anak-anak yang rosak, jika diselidik adalah asal mula dari ibu bapa. Sungguh kecewa.. “Pendidikan terhadap anak-anak bermula 20 tahun sebelum kelahiran anak”. ... kata Imam al-Ghazali. Maksudnya apa? Tentulah ia harus bermula dari soal persediaan ibu dan ayah, sejak mula sebelum berkahwin lagi hinggalah seterusnya, seterusnya dan seterusnya lagi...
Ana dan kawan-kawan tergelak-gelak menonton filem Ketika Cinta Bertasbih II, khususnya part usai pernikahan Anna dan Azzam. "Hal anta Indonesiyy??" "Aiiwah..." Itulah kalau dah namanya graduan Timur Tengah, Graduan al-Azhar. Hm.. Tapi yang kuterpikat adalah, apa yang cuba disampaikan oleh penulisnya juga pembikin filemnya. Moga-moga bisa menyedarkan masyarakat yang sudah makin tenat dan sakit!
Memberi Salam pada iseri, Solat Sunat bersama-sama pada Malam Zafaf.. Ohh indahnya andai hidup bersendikan Islam dalam setiap apa yang dilakukan. Setiap saat dan detik selari dengan ajaran dan asuhan Islam, dalam memburu ketenangan hidup sementara di dunia, dan paling penting dalam memburu redha Ilahi. Subhaanallah.... Sewaktu mengandung, diperdengarkan bacaan ayat Al-Qur'an, dan ketika menidurkan atau meragam, disuguh zikir, tentu dia akan berhenti meragam. Cubalah, pasti berkesan. Andaikata anak-anak dari ibubapa yang tidak mengerti ajaran Islam...atau lebih teruknya, dari hasil zina.. (Astaghfirullah) Akan adakah diaplikasikan ajaran Islam ini?? lalu bagaimana anak yang bakal dilahirkan??....Allah.... Ana sempat rasa cuak dan pelik..mengucap panjang ana..membaca cerita sorang artis semasa mengandung dengan bangga memberitahu. "Seawal 3 bulan saya dah dengarkan dia dengan muzik-muzik rock supaya dia biasa dengannya..."(kerana ibunya dan datuknya minat muzik rock) Hmm....
Ya Allah..semoga anak-anak yang dilahirkan adalah anak-anak yang lebih baik dari kita, bakal menjadi pewaris perjuangan Rasulullah SAW. Cermatilah doa dari Surah Furqan ayat 74 ini : "Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati , dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."Yang ku paling terkesan adalah (bak tazkirah abahku padaku yang meminta mengamalkan doa ini sehari-hari)..... Jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa??? Jadi orang yang bertaqwa aja belum tentu.. bagaimana pula dengan halnya menjadi Imam bagi orang yang bertaqwa?? Allahuakbar...sungguh-sungguh generasi itu, sungguh generasi yang didamba-dambakan!
Sebenarnya ana mahu kongsi gambar sepupu-sepupuku ini. Membebel pula kat atas tu. Moga-moga ada manfaatnya. :) Rindu sungguh kat semua! Khususnya Che Yah (adik ketiga mak) yang sejak dari zaman anak daranya hingga sekarang dah beranak tiga, tetap juga baik sungguh dengan diriku ini... Juga adik Syuhada yang kini menginjak umur 8 bulan, comel sungguh! Subhaanallah.... Makin besar makin kawaii nee! Moga membesar dalam keimanan Insya Allah :) (Adikku yang bongsu sudah Tingkatan 2, nasib le..main dengan sepupu2 je la sekarang...)











March 01, 2010 No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



A simple me, Syahadah Hafeezah.
Co-Founder at
MYHEAVEN GROUP SDN. BHD.
Printing | Boutique

Follow Us

Labels

Arkib Syahadah bayi berbuka berpuasa Bingkisan_Mujahidah breastfeeding Buatmu Akhawat Fillah cinta cirit-birit DIARI HIDUP fidyah Free Wallpaper Gerbang Pendidikan Hadith Habibi hari lahir Hari-hari adalah Perjuangan Hari-Hari adalah Perjuangan.. Hebahan ibu Info Inspirational Motivational jannah Jurnal Kesyukuran Lagu Ini Me Myself and I MOTIVATION Muhasabah Cinta muslimah Nasihat Buat Puteri Nasyeed Parenting penyusuan perkahwinan perubatan qadha puasa Ramadhan sabar sakit perut Sembang Buku Sembang_Buku Sembang_Isu Seputar Kemahasiswaan suami Tafsir Hati Tasyji' tazkeerah.net Tazkirah tinta_kejora TIPS uzur Wacana_Fikrah walimah WALIMAH CINTA Walimah Sakinah WOMENS HEALTH

recent posts

Blog Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2016 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (3)
  • ►  2013 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  July (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (11)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (19)
  • ▼  2010 (91)
    • ►  December (7)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (8)
    • ▼  March (4)
      • MADAH DIRAASAH... MUSYTAAQUN JIDDAN...!
      • FASA KE DEPAN (BERSAMA CAHAYA CINTA DARI SYURGA)
      • MUNAJAH CINTA...
      • ANAK-ANAK PEWARIS PERJUANGAN
    • ►  February (4)
    • ►  January (14)
  • ►  2009 (46)
    • ►  December (15)
    • ►  November (7)
    • ►  October (8)
    • ►  September (8)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (19)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose