- UNTUK PERTAMA KALINYA TIDAK TAHU TAJUK -

by - March 12, 2011

Ya, saya memang selalu posting di blog, hampir setiap hari saya membuat posting.
Kerana ia memang hobi saya sejak saya di asasi Nilam Puri.
(Man.....I'm blogging since September 2007! =) And previous blog is with blogdrive (syahadah.blogdrive.com) since 4 August 2005!)
Malah sejak dari kecil, di mana saya suka sekali mencoretkan momen-momen indah dan tidak indah di dalam sebuah buku kecil comel seumpama diari..
Malah hinggalah kini..
Apatah lagi dengan wireless Villa Mujahidah selaju 4GB, dan juga Wireless di Teratak Ilham =)

Namun kini saya juga ingin jarang mencatatkan tentang hal peribadi dan kisah hidup saya serta perasaan saya..
Padahal saya sangat suka kerna bagi saya, kisah hidup yang kita ceritakan, sangat mampu memberi inspirasi kepada orang; sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Dan kisah hidup kita ini adalah unik dan berbeza dari orang lain, di mana setiap dari kita mampu mengambil pedoman buat digunakan di masa hadapan.
Malah juga mungkin agak sama dengan kisah hidup orang lain, menjadikan ia mampu diambil pedoman buat menghadapinya bersama-sama.
Namun, kini saya mahu mengurangkannya...

     Mengurangkan posting di blog tentang diri...
     Mengurangkan status di FB..
     Mengurangkan tweet di twitter setiap hari..
     Mengurangkan bercakap meluah rasa dengan sahabat dari hati ke hati..

Bolehkah saya...?
Mampukah saya...?

Kerna saya mahu merasa keindahan yang berganda-ganda dalam hidup bertemankan Allah..
Segala-gala perasaan yang dirasa...
              Pertama kali dahulunya diluahkan pada Allah..
Segala-gala persoalan yang berlegar...
              Pertama kalinya ditanya pada Allah..
Segala-gala kegundahan yang mencengkam...
              Terlebih dahulunya diadu pada Allah..

Kerna saya mahu merasa keindahan yang berganda-ganda dalam hidup bertemankan Allah..
Menjadi gembira dan terhibur dengan alunan Kalam Allah al-Mu'jiz...
- Jauh melebihi dari mendengar nasyid apatah lagi lagu biasa..
Menjadi kemaruk untuk mengafaz Al-Qur'an...
- Melebihi dari menghafaz kata-kata hikmah manusia apatah lagi lirik-lirik lagu...
Menjadi bersatu jiwa dan ruh dengan membaca dan mentadabbur ayat-ayat Cinta Ilahi dari Kitab al-Qur'an
- Melebihi kesenangan melakukan hal-hal mudah tak bererti apatah lagi menghabiskan masa di hadapan internet dan facebook
Menjadi obses untuk membaca kitab-kitab ilmu...
- Melebihi kegilaan membaca novel-novel biasa apatah lagi novel cinta buta..
Menjadi tegar untuk qiam al-lail di hening malam..
- Melebihi nekad berjaga menonton drama rekaan manusia apatah lagi menonton bola
Menjadi bahagia dalam dakapan tudung dan baju yang labuh
- Melebihi kepuasan memakai tudung trend kini apatah lagi pakaian yang tidak sempurna menutup aurat
Menjadi teramat cinta untuk menguasai Bahasa Arab Bahasa Qur'an Bahasa Nabi Bahasa Syurga
- Melebihi keterujaan menguasai Bahasa Inggeris bahasa antarabangsa apatah lagi bahasa-bahasa lain
Menjadi rajin untuk menghadiri kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama, melawat ke taman-taman syurga dunia..
- Melebihi kesukaan untuk berjalan berjaulah melepaskan lelah di tempat rekreasi apatah lagi bershopping menghabiskan wang
Menjadi kuat merindukan Tanah Haram dan menyimpan duit buat menunaikan Haji lebih awal di umur-umur muda supaya saya sempat meLENGKAPkan LIMA rukun Islam andai dijemput pulang lebih awal ke negeri akhirat...
- Melebihi keinginan untuk melawat bermusafir ke tempat-tempat lain di seluruh dunia apatah lagi negara-negara yang cantik tapi untuk mendapatkan sekeping roti yang halal pun adalah sangat sukar

Kerna saya mahu merasa keindahan yang berganda-ganda dalam hidup bertemankan Allah..
  Menjadi bersemangat untuk melakukan rutin harian dengan penuh kerajinan ~
  Menjadi bersemangat untuk menggiatkan al-bahsu ilaLlah dengan penuh ketekunan ~
  Menjadi bersemangat untuk berjuang Fisabilillah dengan penuh keikhlasan ~
              
Setelah makin kenal diri dan hati sendiri..
Itulah KPI kepada tarbiyyah saya...
Tarbiyyah Sufiyyah Harakiyyah..
Mampukah saya mencapainya...?

Jujur...
Saya yang faqir ini.......... Walaupun sudah di sela umur 24 tahun..
Masih tidak mampu untuk berkata.. "Inni Daa'iyan IlaLlah..."
Melainkan hanya mampu berkata "Inni Mujahidah Fillah..."
Masih berusaha membetulkan diri yang tempang dan cacat
Dan hati yang buta dan mati...
Tanpa berani menyampaikan dakwah secara terbuka dan terus
Atau menegur mana-mana yang salah dan munkar..
Hanya mampu bersikap dan berperasaan dengan selemah-lemah iman...
Ohh...

Saya akan terus berusaha sampai akhirnya saya mampu berkata:
"Inni Daa'iyan IlaLlah...!"
"Inni Jundullah....!"
"Inni Ansorullah...!"
"Inni Ramyullah...!"  


I am the Soldier Of Fisabilillah Force...!


YANG TIDAK HANYA SEKEDAR PADA NAMA..
DAN GELARAN ATAU PANGGILAN...
HANYA..
SEMATA.. MATA..

P/S: Oh....jadi tak tahu apa yang saya tulis ini? ~
Semoga saya tidak diuji dengan apa yang saya katakan..
Dan kenapakah untuk menuliskan ini pun mata saya kebasahan...
Entah kenapa terlalu bertukar menjadi sensitif sekarang ini? (-_-)??
Tidak mengapalah, asalkan tidak mencacatkan hablun min an-nas
Dan menyusahkan orang lain  =P


 Share This Post =)

You May Also Like

0 Comments