Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku?

by - August 01, 2011



"Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang.


Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan.."

"Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli.."
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
"Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia."
"Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu."
"Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?"
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.
Artikel iluvislam.com
SUMBER: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/3263--bila-cinta-berputik-adakah-dia-jodohku.html

♥     ♥     ♥     ♥     ♥     

Syahadah Says:



Macamni lah kalau duk menghadap laptop je...
Kalau dah jammed kepala duk menaip dan baca artikel2 ilmiah, mesti ana akan baca artikel2 dan tazkirah yang best. Khususnya di iluvislam.com, sambil mendengar I luv Islam Radio juga, cause I LOVE ISLAM!


Kadang-kadang terfikir, Memang Takdir Allah tentukan ana dengan laptop.
Sedangkan dahulu Zero tentang laptop dan teknologi!
Tingkatan Tiga pun masih tak pandai guna Microsoft Word! (+_+)'
Teruk betul rasanya masa tu.
Apatah lagi design mendesign dan internet stuff.


Alhamdulillah Ya Allah..
Sekarang bolehlah guna Photoshop, Illustrator, Indesign, Flash, Web Design dll..
Alhamdulillah..


Semasa undergraduate dahulu, ana merupakan Exco Media dan Penerbitan
Lajnah Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi PMIUM.
Masa tu banyak kerja dengan laptop. Jatuh cinta ~~~~ 
Then sebab terlalu banyak menaip, my hand got some sort of  burning mark.
Dan masa buat paper projek Last year pun, kena juga.
Sekarang dah datang balik penyakit ni.
Mengadap laptop je. 
Tapi dah beli keyboard sambung, untuk bagi feel menaip ala2 pejabat (ada pulak macam tu =P ), so I think it will be ok Insya Allah.


Tapi tak mengapalah kalau got burning mark.
Kalau itu bisa jadi mysyahadah (kesaksianku) di akhirat kelak.
Dan juga laptopku, menjadi mysyahadah juga.
Dan juga blog ini, dan hasil coretanku @ perkongsianku (copy-paste) ini bisa jadi mysyahadah..


Kadang-kadang kerana keterbatasan masa untuk ke luar..
Membuat diri ini di rumah sahaja (mengadap laptop)..
Dan kerana bateri laptopku yang sudah 'kong'..
Tapi still, we should say hello to the world.
So, thanks to facebook, blog dll..
Untung2, kalau ana tak dapat pergi bagi kuliah/perkongsian/usrah dll, boleh lah secara maya.
Ballighu Anni Walau Aayah.. (sampaikan dariku walau sepotong ayat).. pesan Nabi saya..
Dan penyampaian itu, bukan hanya pada lisan, kan..?


Kerana itu, gagah-gagah ana mencuba ingin dapatkan Samsung Galaxy Tab.
Walaupun harganya bukanlah murah (tapi tidaklah semahal iPad)




Bila kita berazam, bertawakkallah pada Allah, Sang Pemberi Rezeki.
Tapi perlu define betul-betul, sebarang perkara yang kita mahu "Apa ia suatu kePERLUan? atau hanya keHENDAK sahaja?" Kerana "TIDAK SEMUA KEINGINAN HARUS DIPENUHI"
Insya Allah, semoga pelaburan ini, akan berbaloi.
Untuk dunia ku, dan paling paling pentingnya, untuk akhiratku.


Kerna ana tidak mahu di rumah sahaja.
Ana masih mahu keluar rumah berjumpa warga dunia, tapi masih tetap meneruskan kerja-kerja "Perkeranian" =P Kerna ana ini selalu sahaja dilantik menjadi Setiausaha, dari Darjah Lima lagi ^_^
Kadang-kadang ada Kertas Kerja, Report dsb yang perlu disiapkan.
Bukan hanya Kertas Kerja, Report dunia akademik dan Pengajian Tinggi.
Dan ana juga mahu serius menjadi PENULIS!
Aamin..aamin.... =')


Ana mahu menjadi manusia yang seimbang, khalifah yang bersifat wasatiyyah.
Menggunakan sepenuhnya potensi diri yang dikurniakan Allah.. malahan mencabar dan mengoreksi lagi kelebihan dan bakat terpendam yang Allah beri.. bahkan mampu juga dilatih dan ditempa sekiranya tidak ada (jika sememangnya ia diperlukan).


Hm.. tak tahu cakap apa pula..
Berbalik pada tajuk di atas, menarik.. kan..?
Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku?
Insya Allah, kita harus yakin (bak sinar mutiara dari seorang murabbiahku)
"Jika selama ini kita yakin bahawa betapa halus dan cantiknya perjalanan hidup kita yang telah ditentukan oleh Allah, Insya Allah.. dalam 'soal' sepenting ini (yang menentukan Sa'adah kita, Syaqawah kita), pasti DIA tidak akan sesekali tinggalkan kita!"


Di Group FB kami, ada sahabat ikhwah yang mengujarkan:
"Tidak semestinya kita kahwini orang yang kita cintai, namun semestinya kita cintai orang yang kita kahwini.."
Dan ana menyetujuinya, dan turut menambah:
"Bertuah kalau mengahwini orang yang kita cintai. Kerana falsafah perkahwinan adalah perasaan mawaddah (cinta). Dengan cinta, rumahtangga menjadi 'hidup'. Namun, Allah Maha Tahu Yang Terbaik. Dia tidak akan pernah SESEKALI menzalimi hambaNya.."
Dan beliau membalas lagi:
"Jangan takut untuk bercinta.. tapi takutlah kepada Pencipta cinta.." 
~Nasihat buat yang belum bercinta~


Ok, Salam Ramadhan..
Remember: "RAMADHAN IS NOT A REHEARSAL"
Ramadhan - MONTH WE ALL ADORE!  ~~~~~~~~~~ ♥ ♥ 
"...Ku mengaharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...."




My Heartstrings is singing ;

 Share This Post =)

You May Also Like

2 Comments

  1. sabda Rasulullah s.a.w:
    "Allah berasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yg cenderung kepada kebodohan". -riwayat Ahmad

    ReplyDelete
  2. pinjam kartun taruk kat facebook/dressmehappy ye yang..free2 masukla like :) tq

    ReplyDelete