Assalamualaikum semua.. selamat datang ke laman Suri Ummi. Laman ini adalah di bawah seliaan Syahadah Abdullah dan Ridhuan Husin, khusus untuk berkongsi cerita tentang kehidupan, tips kesihatan dan kegembiraan.

We are also business partner of Shaklee Product at Gombak, Batu Caves and nearby area. Delivery throughout Malaysia and nearby. Hubungi kami juga untuk konsultasi kesihatan percuma dan peluang menjana kewangan hebat bersama Shaklee World. Hubungi 013.2505.386 segera. Anyone can be healthy, wealthy and happy!

Thursday, September 22, 2011

HATI MUKMIN YANG SUNGGUH ISTIMEWA


HATI, tanpa suluhan ilmu berkaitan hati (TASAWWUF@TAZKIATUNNAFS), maka kita tidak dapat melihat kejahatan nafsu, sekaligus tidak dapat mengesan apa yang menjadi punca penyakit hati.

Dan orang beriman selalu punya cara tersendiri untuk Memelihara dan Menjaga hatinya, meski berlawanan dengan apa yang ia terima dalam kehidupan.

Saat mendapat musibah air matanya menitis, tapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberikan ALLAH padanya pasti yang terbaik untuknya.

Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mungkin penat, tapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila diuji oleh ALLAH itu adalah tandanya bahawa ALLAH masih sayang padanya.

Subhaanallah...
Kita insan dhaif, lagi lemah.
Harus kita belajar menjadi hambaNya yang tahu BERSYUKUR dan BERSABAR.



Share This Post =)

No comments:

Post a Comment