facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

Inspirasi Syahadah

Everyday is a miracle :)


A sweet nasyeed;
That always make me smiles even cries,
make me sails in thought,
make my heart beats, beats faster to Allah.
Grew closer  even fonder to Allah.
Allah, I Miss You =') 

Nasyid: Rindu Tuhan
Munsyid: Seismic (Indonesia)

Oh Tuhan........
Ku rindu kepada Engkau...
Yang Maha Bijaksana...
Oh Tuhan..
Ku rindu kepada Engkau... 
Yang Maha Pengasih Penyayang...

Segalanya ku persembahkan kepada Mu...
Ku abdikan diri...
Ku taati firman suci...
Untuk selalu di jalanMu...
Untuk selalu dalam redhaMu...

Wahai Tuhan..
Penambat hatiku..
Pengubat lukaku..
Pencerah kehidupanku..
Wahai Tuhan ampunkanlah hamba..
Bimbinglah selalu..
Mensyukuri setiap nikmatMu..

DOWNLOAD

 
 Share This Post =)
April 20, 2011 No Comments



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....

[18]
Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.
[19]
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
[20]
Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu;
[21]
Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan (silaturrahim), dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -
[22]
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -
[23]
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -
[24]
(Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
[25]
Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, – mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.
[26]
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
[27]
Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan ugamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya (sesiapa yang dikehendakiNya), -
[28]
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[29]
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.
[30]
Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman.


Katakanlah:
“Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri (*bertawakkal) , dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya) (*kepadaNya aku bertaubat).

Maka sungguh benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung...


Share This Post =)
April 20, 2011 No Comments



Syahadah Soff April 18 at 11:41pm
Jemputan ke :
WACANA UNIVERSITI RANKING:
HANYA BEBAN ADMINISTRATIF??

21 APRIL 2011 (KHAMIS)
8.00 MALAM
MASJID UIA PETALING JAYA

MODERATOR: SYED MUNAWWAR
PANELIS :
1) PROF DATO' DR. SIDEK BABA - UIAM
2) PROF MADYA DR AZMI SHAROM - UM
3) PROF DR KAMARUDIN MOHD YUSOF - UKM

JEMPUT HADIR DAN SEBAR-SEBARKAN =)
POSTER:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1845089140305&set=o.180010927989&type=1




 
 Share This Post =)
April 18, 2011 No Comments


Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
Terus berdoa
Terus berdoa...
(Hanya dia.... membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta...

Munsyid: NUR ONE
Lagu: DENGAN KUASA-MU... =')
Album: Dikau Terhebat (SAW)


 
 Share This Post =)
April 16, 2011 1 Comments


Makin diusir makin hadir menerpa
Bunga perasaan yang tidak pernah dirasa
Yang tidak pernah sekalipun dipinta
Yang tidak pernah dijemput tiba

Dalam setiap wajah melihat wajahnya
Di setiap tempat dirasakan kehadirannya
Dalam mimpi lalu bertemunya
Usai terjaga jadi teringatnya

Jadi mahu sekali memahaminya..
Berharap sekali menemaninya..
Teringin sekali menguatkannya..
Berdoa semoga menjadi yang halal baginya..


 
 Share This Post =)
April 12, 2011 1 Comments
Salamullaahi alaykum jami'an =)

Di tengah kekalutan dan kesibukan ini, saya ingin menulis lagi walaupun hanya 5 minit. Semoga 5 minit ini tidak menjadi 10 minit atau 15 minit atau setengah jam. Kerna di waktu lain barulah saya akan kembali dengan makalah yang panjang, membahaskan ilmu dan pengalaman, dan sewaktu itu saya akan menulis walaupun membawa ke sejam dan dua jam.. Demi manfaat dan perkongsian bersama, kerana Allah. Insya Allah.

Alhamdulillah saya sudah menyiapkan beberapa perkara

  • Apply SLAB/SLAI (rush apply dan menyiapkan dokumen yang tebal2 tu dalam hanya dua hari. Last minute tergerak hati untuk apply. Awal2 tak nak apply =P Thanks to adik saya Dik Akmal yang tolong faks beberapa dokumen dari kampung (oh lupa, sekarang dah jadi 'Ustaz' Akmal. Lepas STPM ni, sekarang duk ngajar PAFA =) Bolehlah save untuk masuk IPT nanti. Result STPM pun Alhamdulillah dapat lebih 3.0. Mabruk =) Kita simpan duit ya dik, berusaha dan berdikari sendiri, jangan meminta-minta dan menyusakan mak abah kita. Motor biru Kriss saya, saya dah bagi pada dia. Illalliqa' maassalamah PDY 8615, terima kasih sudi berkhidmat pada saya, selama 4 tahun saya di KL ='/  Jazaakillah khayr  =')
  • Apply Geran Postgrad, PPP. Semoga dapat, untuk lebih memudahkan research. Insya Allah.
  • Dah submit full report research, sebelum ini sebagai R/A. Alhamdulillah. Dah boleh tumpu research sendiri Insya Allah =)

Dan ada beberapa perkara/dokumen/paperwork/amanah/awlawiyyat yang sedang diuruskan sekarang ini. Yang terungkapkan dan tidak terungkapkan. Doakan =)

Dah cukup 5 minit. Sambung kerja ♥ ♥ ♥


Saya menghadiahkan lagu ini pada diri saya sendiri.
Semoga saya bisa menjadi seperti Fatimah ♥
Aaamiiiinnnnnnn! ♥




Share This Post =)
April 11, 2011 No Comments
KESAN PERANG DUNIA KE II TERHADAP PSIKOLOGI WANITA
Oleh : Syahadatul Hafizah binti Abdullah
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2006)
In Loving Memory of Allayarhamah Kak Zalikah Mat Zan (1984-2009)
Ini antara tugasan beliau kepada saya dalam Usrah Takwin.
Kerna dia sudah nampak sedikit kelebihan saya, anugerah buat saya..
Adalah dalam bidang penulisan, dalam bidang penyelidikan, dalam bidang 'wanita' dan psikologi. 
Blog beliau di http://zalikah.blogspot.com/ 
Rindu pada beliau yang amat dekat di hati =')
Ini penulisan saya semasa baru awal bermula, pada tahun 2006.
Maafkan jika 'kurang kena' dan 'pelik' =)
Moga bermanfaat apa adanya ♥ ♥ ♥



Perang Dunia II memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.
Perang Dunia II adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia II membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan pihak Berikat (Alliance) - Negara-negara Komanwel (British Commonwealth) , Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China; dengan Kuasa Paksi (Axis Powers) - perikatan antara Jerman, Itali, dan Jepun. Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia II medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Peperangan Dunia II ini adalah penting disebabkan buat kali pertamanya kuasa udara memainkan peranan utama. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia II merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar polisi pengasingan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh pihak Berikat yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Berbeza dengan Perang Dunia I, pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia II tidak meminta bayaran gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya, dalam satu pelan yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George Marshall, "Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih terkenal dengan nama Marshall Plan, mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk memperuntukkan berjuta dollar untuk pembinaan semula Eropah.
Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai ( Holocaust ) dilaksanakan kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General Government ), dalam perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland, pihak Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam "perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan kerana jenayah perang.
Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ), mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang mungkin berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara Barat dan, disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat, berusaha untuk meniru Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan keajaiban ekonomi dan kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.
Justeru, mereka menjajah negara-negara Asia lain yang lebih mundur. Antaranya Tanah Melayu. Kesan daripada perang ini, wanita banyak menderita dari segi emosi dan psikologi. Di Tanah Melayu sendiri, wanita hidup dalam serba ketakutan. Tentera Jepun bersikap buas dengan memperkosa gadis-gadis. Begitu juga golongan wanita lain tidak kira isteri orang mahupun janda. Justeru, mereka hidup dalam ketakutan yang amat mencengkam. Wanita disorokkan dari mata askar Jepun. Mereka hidup dalam ketakutan. Manakala yang menjadi mangsa pula, mereka menderita trauma emosi dan fizikal hingga ada yang membunuh diri. 
Kehilangan anak-anak dan suami yang tersayang yang terlibat sebagai tentera perang telah mengakibatkan trauma yang panjang. Mereka telah hilang tempat bergantung kerana ada yang terbunuh. Justeru, mereka hidup terabai. Kehilangan suami, ayah, anak dan juga saudara mengakibatkan mereka tiada sumber pendapatan dan hidup susah. Mereka terdera dari segi mental dan turut mengalami kemelaratan.
Begitu juga dengan kehilangan orang awam yang amat besar jumlahnya. Termasuk juga kerosakan harta benda dan hak milik telah menyebabkan para wanita yang terlibat merasakan dunia mereka seolah-olah kelam. Tiada lagi keluarga yang ramai, semuanya telah hilang satu persatu. Mereka jatuh papa dan miskin, dengan tiada harta benda untuk meneruskan kehidupan.
Selain itu, pertempuran yang memperkenalkan serangan dari udara ini telah banyak mengganggu psikologi manusia, terutamanya wanita. Mereka sentiasa berada dalam keadaan bimbang dan bingung akan serangan-serangan yang tidak mengira tempat dan masa, khususnya apabila waktu malam dan sebagainya. Mereka menjadi begitu takut untuk keluar dari rumah dan sebagainya, menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan setiap masa.
Termasuk juga dengan tragedi ‘holocaust’ yang menghantui para etnik Yahudi. Dengan pembunuhan beramai-ramai puak mereka menyebabkan para wanita Yahudi menjadi begitu bingung dan tertekan, menyebabkan emosi yang tidak stabil melanda mereka. Mereka hidup dalam kemurungan dan ketakutan yang melampau.
Namun, selepas perang itu, sedikit demi sedikit sinar baru mula muncul. Terdapat bantuan yang diberikan oleh pihak Amerika yang membiayai kerosakan dan kemusnahan yang telah ditimbulkan. Ini menyebabkan negara yang terlibat dalam kemusnahan perang merasakan nasib mereka mula terbela. Begitu juga dengan nasib wanita yang selama ini ditindas.
Yang berlaku di Jepun pula, negara mereka mula mengalami revolusi yang sangat pantas dan maju, meninggalkan jauh segala mimpi buruk yang melanda mereka. Para wanita mula merasa terbela, dengan pengaplikasian gaya Barat yang dikira moden pada ketika itu, tetapi tidak meninggalkan latar belakang dan pegangan adat resam yang tetap utuh dalam jatidiri mereka.
Kesimpulannya, sekiranya berlaku sesuatu perang, wanita adalah mangsa yang sangat terdera. Ini kerana, perasaan wanita adalah sangat halus dan sensitif, dan mereka sangat anti kepada keganasan kerana fitrah mereka yang penyayang. Kehilangan insan-insan di sekeliling mereka juga menyebabkan mereka menjadi merana. Sesungguhnya, sebarang perang haruslah sedaya upaya untuk dihindari demi keamanan duniawi.



 Share This Post =)
April 07, 2011 No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



A simple me, Syahadah Hafeezah.
Co-Founder at
MYHEAVEN GROUP SDN. BHD.
Printing | Boutique

Follow Us

Labels

Arkib Syahadah bayi berbuka berpuasa Bingkisan_Mujahidah breastfeeding Buatmu Akhawat Fillah cinta cirit-birit DIARI HIDUP fidyah Free Wallpaper Gerbang Pendidikan Hadith Habibi hari lahir Hari-hari adalah Perjuangan Hari-Hari adalah Perjuangan.. Hebahan ibu Info Inspirational Motivational jannah Jurnal Kesyukuran Lagu Ini Me Myself and I MOTIVATION Muhasabah Cinta muslimah Nasihat Buat Puteri Nasyeed Parenting penyusuan perkahwinan perubatan qadha puasa Ramadhan sabar sakit perut Sembang Buku Sembang_Buku Sembang_Isu Seputar Kemahasiswaan suami Tafsir Hati Tasyji' tazkeerah.net Tazkirah tinta_kejora TIPS uzur Wacana_Fikrah walimah WALIMAH CINTA Walimah Sakinah WOMENS HEALTH

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2018 (1)
    • ▼  November (1)
      • Blog My Love
  • ►  2016 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (3)
  • ►  2013 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  July (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (11)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (19)
  • ►  2010 (91)
    • ►  December (7)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (8)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (14)
  • ►  2009 (46)
    • ►  December (15)
    • ►  November (7)
    • ►  October (8)
    • ►  September (8)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (19)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose