KESAN PERANG DUNIA KE II TERHADAP PSIKOLOGI WANITA

4:43:00 PM

KESAN PERANG DUNIA KE II TERHADAP PSIKOLOGI WANITA
Oleh : Syahadatul Hafizah binti Abdullah
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2006)
In Loving Memory of Allayarhamah Kak Zalikah Mat Zan (1984-2009)
Ini antara tugasan beliau kepada saya dalam Usrah Takwin.
Kerna dia sudah nampak sedikit kelebihan saya, anugerah buat saya..
Adalah dalam bidang penulisan, dalam bidang penyelidikan, dalam bidang 'wanita' dan psikologi. 
Rindu pada beliau yang amat dekat di hati =')
Ini penulisan saya semasa baru awal bermula, pada tahun 2006.
Maafkan jika 'kurang kena' dan 'pelik' =)
Moga bermanfaat apa adanya ♥ ♥ 



Perang Dunia II memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.
Perang Dunia II adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia II membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan pihak Berikat (Alliance) - Negara-negara Komanwel (British Commonwealth) , Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China; dengan Kuasa Paksi (Axis Powers) - perikatan antara Jerman, Itali, dan Jepun. Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia II medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Peperangan Dunia II ini adalah penting disebabkan buat kali pertamanya kuasa udara memainkan peranan utama. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia II merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar polisi pengasingan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh pihak Berikat yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Berbeza dengan Perang Dunia I, pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia II tidak meminta bayaran gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya, dalam satu pelan yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George Marshall, "Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih terkenal dengan nama Marshall Plan, mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk memperuntukkan berjuta dollar untuk pembinaan semula Eropah.
Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai ( Holocaust ) dilaksanakan kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General Government ), dalam perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland, pihak Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam "perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan kerana jenayah perang.
Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ), mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang mungkin berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara Barat dan, disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat, berusaha untuk meniru Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan keajaiban ekonomi dan kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.
Justeru, mereka menjajah negara-negara Asia lain yang lebih mundur. Antaranya Tanah Melayu. Kesan daripada perang ini, wanita banyak menderita dari segi emosi dan psikologi. Di Tanah Melayu sendiri, wanita hidup dalam serba ketakutan. Tentera Jepun bersikap buas dengan memperkosa gadis-gadis. Begitu juga golongan wanita lain tidak kira isteri orang mahupun janda. Justeru, mereka hidup dalam ketakutan yang amat mencengkam. Wanita disorokkan dari mata askar Jepun. Mereka hidup dalam ketakutan. Manakala yang menjadi mangsa pula, mereka menderita trauma emosi dan fizikal hingga ada yang membunuh diri. 
Kehilangan anak-anak dan suami yang tersayang yang terlibat sebagai tentera perang telah mengakibatkan trauma yang panjang. Mereka telah hilang tempat bergantung kerana ada yang terbunuh. Justeru, mereka hidup terabai. Kehilangan suami, ayah, anak dan juga saudara mengakibatkan mereka tiada sumber pendapatan dan hidup susah. Mereka terdera dari segi mental dan turut mengalami kemelaratan.
Begitu juga dengan kehilangan orang awam yang amat besar jumlahnya. Termasuk juga kerosakan harta benda dan hak milik telah menyebabkan para wanita yang terlibat merasakan dunia mereka seolah-olah kelam. Tiada lagi keluarga yang ramai, semuanya telah hilang satu persatu. Mereka jatuh papa dan miskin, dengan tiada harta benda untuk meneruskan kehidupan.
Selain itu, pertempuran yang memperkenalkan serangan dari udara ini telah banyak mengganggu psikologi manusia, terutamanya wanita. Mereka sentiasa berada dalam keadaan bimbang dan bingung akan serangan-serangan yang tidak mengira tempat dan masa, khususnya apabila waktu malam dan sebagainya. Mereka menjadi begitu takut untuk keluar dari rumah dan sebagainya, menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan setiap masa.
Termasuk juga dengan tragedi ‘holocaust’ yang menghantui para etnik Yahudi. Dengan pembunuhan beramai-ramai puak mereka menyebabkan para wanita Yahudi menjadi begitu bingung dan tertekan, menyebabkan emosi yang tidak stabil melanda mereka. Mereka hidup dalam kemurungan dan ketakutan yang melampau.
Namun, selepas perang itu, sedikit demi sedikit sinar baru mula muncul. Terdapat bantuan yang diberikan oleh pihak Amerika yang membiayai kerosakan dan kemusnahan yang telah ditimbulkan. Ini menyebabkan negara yang terlibat dalam kemusnahan perang merasakan nasib mereka mula terbela. Begitu juga dengan nasib wanita yang selama ini ditindas.
Yang berlaku di Jepun pula, negara mereka mula mengalami revolusi yang sangat pantas dan maju, meninggalkan jauh segala mimpi buruk yang melanda mereka. Para wanita mula merasa terbela, dengan pengaplikasian gaya Barat yang dikira moden pada ketika itu, tetapi tidak meninggalkan latar belakang dan pegangan adat resam yang tetap utuh dalam jatidiri mereka.
Kesimpulannya, sekiranya berlaku sesuatu perang, wanita adalah mangsa yang sangat terdera. Ini kerana, perasaan wanita adalah sangat halus dan sensitif, dan mereka sangat anti kepada keganasan kerana fitrah mereka yang penyayang. Kehilangan insan-insan di sekeliling mereka juga menyebabkan mereka menjadi merana. Sesungguhnya, sebarang perang haruslah sedaya upaya untuk dihindari demi keamanan duniawi.



 Share This Post =)

You Might Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM @syahadatulhafizah

Subscribe