WANI DALAM KENANGAN...

by - October 07, 2008



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Izinkan saya mengucapkan salam buat sahabat-sahabat sekalian..
Terasa sangat rindu kerana sudah lama tidak berkesempatan menjenguk blog..
Maafkan bilaku tak sempurna..maafkan atas kelemahan saya.. Khususnya Hazirah nun di UPM (yang berkali-kali mengingatkan saya dan merindukan post saya), maaf ya sudah lama tidak sempat mencoret melakarkan analisis, pandangan, luahan atau sekadar coret-coretan sahaja.

Ya, keinginan dan kerinduan saya untuk mencoretkan sesuatu di sini ada kalanya menjentik tangkai dan menggugah naluri...
Tapi apakah semua keinginan harus dipenuhi?(Kang Abik-Ayat-ayat cinta)
Ada pelbagai rasa untuk dikongsi, ada lontaran pendapat mahu diluah, ada cerita mahu diberita..namun sebagai insan lemah saya harus akur..kerna tenaga dan masa saya terhad...ternyata saya masih lemah dalam disiplin sebagai seorang penolong agama ALLAH...

Selepas hari raya saya pulang ke kampus, di kelam Isya', hari Ahad (5 Syawal=5 Oktober) saya mendapat berita yang menggugah jiwa dan naluri dari Wahida teman baik saya..
Sahabat saya Hazwani Zakiria telah pulang ke rahmatullah...dalam kemalangan di Bentong
Saya terkesima..dia yang baik dan ceria itu...kini telah tiada..

Teringat saya kata kata Eu-Jinn dalam Winter Sonata..saat Jun Sang telah tiada..
Lebih kurang begini bunyinya..
"Dunia masih yang sama..hari-hari berlalu seperti biasa..namun seseorang itu telah tiada.."

Ya...seseorang itu telah tiada..kita bangun di pagi hari dan mendapati orang itu telah tiada...kita melalui hari-hari seperti biasa namun dia telah tiada..kita ke kelas namun dia tiada di bangkunya.. Parking motor, dan dia tiada di situ bersama motornya.. Saya telah dapat menyelami perasaan itu..

Teringat saya ketika sibuk menguruskan AGM PMIUM dahulu. Saya dan Nana ke kedai printer untuk membuat name tag, dan terbawa format 2007 dalam pendrive.
Tapi, di kedai itu format 2003. Mujur ada Wani, lalu dia buru buru ke bilik (ketika itu ada perjumpaan dengan pengetua 11th), lantas dia menconvertkan ke format 2003, dan seterusnya menghantar ke email Nana, dan kami mengambilnya melalui e-mail di kedai itu.. Kenangan itu sangat mengesankan bagi saya..

Saya akan sentiasa mengingatinya.. Didoakan moga Wani akan mendapatkan tempat terbaik di sisi Ilahi... Malam itu, setelah mengetahui tentangnya...sempat saya berbaring di ruang tamu mengosongkan minda... Dengan mendengar lagu nasyid melalui winamp laptop (Shuffle) lalu tiba-tiba lagu itu terputar.. seolah-olah mengerti perasaan saya.. Kau Sahabat Kau Teman dendangan Hijjaz...air mata saya berlinang..


Mengingatkan apakah khabarnya di sana?
Mengingatkan bila agaknya giliran aku?

Apakah amal yang mampuku dibawa?
Bagaimana nanti jika aku telah tiada?
Akan bagaimanakah keluargaku?
Sahabatku?
Akan di manakah aku di akhirat nanti?


Semua itu berputar-putar di minda..
Kerna sesungguhnya ajal itu tidak mampu dipercepatkan mahupun ditunda walau sesaat..
Sama ada kita bersedia.. atau tidak.. ia tetap tepat akan berlaku.

You May Also Like

4 Comments

  1. salam.. kak fizah..
    tersususn syahdu ayat2 akak..
    saya turut rasa sebak...
    arwah kak wani depan bilik saya je. ( masa sem lepas)..terkenang jugak.....em.. alfatihah..

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum, walaupun x kenal, tp bg sy insyaAllah doakn bersama-sama syurga bagi allahyarhamah

    ReplyDelete
  3. Al fatihah...saya juga pernah kehilangan seorang teman..moga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..

    ReplyDelete