MY PASSION IS MY DEVOTION

4:27:00 PM


 

Isengku sudah tidak terbendung lagi. Jangan silap faham ayat mulaku ini. Ana merujuk pada isengku terhadap dunia penulisan.

Ada seorang sahabat berpesan padaku. Dalam kita melakukan hal-hal WAJIB di dalam hidup kita ini (dalam konteks manusia : ya tentunya sebagai ABID. Allah sendiri berfirman “..Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. Dan juga sebagai KHALIFAH. “..Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi...” Baca: Ibadah bukan hanya ritual dan di masjid-masjid, justeru menjadi khalifah itu sebagai ibadah kepada-Nya. Khalifah?? = Orang yang menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya), kita juga tidak harus mengesampingkan minat dan kecenderungan kita. Biar saja semuanya berpadu membentuk suatu bentuk peribadatan yang diberkahi Allah.

Jangan kerana sibuk berjuang, mesyuarat-mesyuarat persatuan, menyiapkan kertas kerja, paper project, menghadiri simposium dan konvensyen, menghadiri kuliah dan sebagainya kita jadi lupa pada minat dan hobi kita. Yang penting, biar semua gerak laku kita, kudrat kita, daya pikiran kita, jatuh bangun kita, susun atur kita, masa kita, wang kita menjadi suatu ibadah.

Agar semuanya itu dapat berkata-kata tulus di hadapan Allah suatu hari nanti, bahawa “..YA, AKU BERSAKSI YA ALLAH. BAHAWA TUANKU DAHULU INI SANGAT BAIK. SEGALANYA DILAKUKAN IKHLAS DEMI MU YA ALLAH...” Bukannya akan mendedahkan pada Allah di hadapan muka semua orang seraya layar kelakuan hodoh kita diulang tayang pada semua makhluk. Umpamanya kaki berkata “..AKU MENANGIS DIPAKSA MELAKUKAN APA YANG AKU TIDAK SUKA. AKU DIHAYUNKAN KE TEMPAT MAKSIAT SEDANG AKU TIDAK RELA..MAKA, SEKSAKANLAH DIA YA ALLAH..”

Aku mengagumi angkatan penulis muda kontemporari yang mempunyai fikrah yang jelas, dan tahu apa yang mereka ingin perjuangkan. Cukuplah mereka yang tergambar di pemikiran kalian, itulah dia angkatan itu!

So, jom3, tukarkan our passion to our devotion... To Just ALLAH! 
So, how about my passion?
Of course 1) Menulis   2) Melukis   3) Business    dan baaaaanyaaak lagi....   :) Doakan3.


Wassalam wbt.

You Might Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM @syahadatulhafizah

Subscribe