FASA KE DEPAN (BERSAMA CAHAYA CINTA DARI SYURGA)

by - March 23, 2010


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh buat semua ikhwah akhawat, saudara saudari seaqidah, yang bersyahadat cinta yang satu kepada-Nya, dan khususnya yang sebai’ah; disaksikan bulan bintang dan seluruh alam sarwajagat serta manusia ramai , bahawa hidup dan matinya kita adalah untuk Allah, untuk Islam!
Bagaimana ingin kunukilkan perasaanku pada kalian, biar dari ceruk mana pun kalian. Apa di Bintang Chinakah? Atau di Naga Bhutankah? Dan Helang Zambia. Mungkin juga Bulan Maldives. Pedang Arab Saudi. Bola Korea Selatan dan Jepun, Lotus Macao, Cedar Lebanon, Mahkota Tajikistan, Maple Canada, Crane Uganda mahupun Belang-Belang Malaysia; semuanya aku cintai apatah lagi yang dekat di sisi, hampir di hati. Asalkan kalian bersyahadat cinta. Memang benarlah kata-kata ini: Dari seorang penyair Ikhwan al-Muslimin, suatu masa pernah mendendangkan:

“Aku tidak mengenal tanah air selain Islam,
Sama saja bagiku, lembah Nil ataupun Syam,
Setiap kali nama Allah disebut di suatu negeri,
Aku menganggap seluruh penjuru negeri itu adalah tanah airku sejati…”

Allahu Akbar....sudah lama tidak menuliskan coret-coretan di blog kesayangan ini. Menulis dari hati, bukan paste mahupun copy. Maafkan kekhilafanku yang buat-buat busy, atau takut ‘tidak ikhlas’ bertandang di hati, atau bagaimana halnya peri? Wallahu a’lam..
Inilah diriku kini, yang sekali lagi, akan melalui fasa baru nanti, selepas bergraduasi kira-kira 7 purnama yang lalu: 7 purnama yang makin mengenalkanku sesungguhnya pada hidup, pada perjuangan, pada rasa, pada cinta, pada rindu, pada ikhlas, pada jujur, pada muhasabah, pada ukhuwwah, pada akhlak, pada ilmu, pada amanah, pada matang, pada islah, pada dakwah, pada insaf dan sekalian pada-pada yang biar sahaja ku simpan sendiri di dalam relung hati terdalam ini... Dan blog kesayangan yang sudah berwajah baru ini, menandakan 'fasa ke depan' yang harus lebih progresif, produktif, dinamis dan pemberani. 
Fasa ke depan adalah fasa tekun menimba ilmu Ilahi dan serius dalam perjuangan sejati. Tegar membuat keputusan sendiri; tidak harus bergantung lagi pada manusiawi; yang nyatanya lemah dan hina sendiri. Fasa ke depan adalah harapan baru yang bakal menerbitkan cerlang ketenangan. Fasa ke depan adalah sinar kemilau yang bakal menerbitkan nur kejayaan. Fasa ke depan adalah kirana agung yang bakal menjulangkan gemerlap keberhasilan!



Dan rahasia hati ini, biar hanya Dia yang mengerti ~

         Blogger Templates

You May Also Like

4 Comments

  1. salam..
    madah berpusi kak fizah
    menggamit hati
    menyulam rasa
    ayuh maju kak fizah
    semoga usahamu beroleh natijah
    salam syg dr saya..!! :))

    ReplyDelete
  2. Insya Allah. aii dik, kamu ni memang la obses dekat DBSK and Super Junior. Sekejap gambar tu, gambar ni.. haiii..Dun tell me that you go to their concert! :P
    Anyway, chommal gomawo dik :) Sama2 kita berusaha berjaya :) Insya Allah~

    ReplyDelete
  3. salam kak.
    oh no.. kak fizah. dont say like that..that's not true..
    iam only admire at TVXQ faqot!! huhu..
    and i didnt go to that concert ya.. huhu.. i just knew that suju at malaysia buat konsert:)))
    oh ya.. gmba yg saya letak tu sume gmba tvxq. hehe

    :)) insyaallah.. smga sama2 najah! aminn..
    wo ai nie heeee

    ReplyDelete
  4. alamak da salah...kompius kompius. semua pun jambu2... adoila.. tak minat eden!~ hihi
    wo ai ni sapeeee....?? :P

    ReplyDelete