facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

Inspirasi Syahadah

Everyday is a miracle :)

Salaamullaahi alayk.
Syukran pada yang sudi bertandang ke blog ini. Apa adanya...

Pada 18 April 2010, sekitar seminggu yang lepas, Alhamdulillah ana dan sahabat-sahabat sempat ke Ihtifal Amal Islami Tahunan, adik2 sekolah rendah agama peringkat daerah di Sekolah Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan berdekatan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Ada Nasyid, Syarahan Bahasa Arab, Azan, Musabaqah dan banyak lagi. Adik-adik, semoga kalian terus tumbuh membesar menjadi Mujahid Mujahidah Islam Insya Allah! 





Hakim nasyidnya, di kiri sekali berbaju biru turquoise adalah Akh Suhaimi Saad, ex In-Team. 
Bagus sekali penyanyi turun ke tengah masyarakat.
 Semoga artis-artis lain bisa mencontohi apa yang baik.




Ada gerai jualan. 'Ais-krim-goyang' (first time dengar dan tengok :P) mendapat sambutan hangat

Syukran pada pasangan qudwah ana yang telah memberi peluang, Ukhti Cahaya Petunjuk dan Akh Ibn Yusoff :) Insya Allah~ Ke sana bersama Ukhti Nur Jayyid@Ukhti Fariza, Ukhti Angah Rohani@Ukhti Rohani dan Ukhti Violet@Ukhti Syud juga pasangan pengantin baru yang bakal menjadi umi abi tidak lama lagi Insya Allah.

Dan dipilih Allah menjadi Hakim A bagi pertandingan Muhawarah Perempuan, sungguh memberi kesan yang mendalam~ Ada rasa tidak tentu hala lagi tidak berpengalaman, terharu, bersyukur, sebak dan kagum. Semua rasa pun ada :) 








Tajuk: Riadhah


Tajuk: As-Suuq


Tajuk: Riadhah

Antara peserta-pesertanya (sempat lagi tangkap gambar sambil menjadi hakim. Ngeee~ (>_<")

Pesertanya chinca kiopta, kawaii dan yang penting Solehah semuanya Insya Allah. Kagum pada kebolehan mereka berbahasa Arab dengan lancar walaupun menghafaz. Semoga Allah mengizinkan di suatu masa, ana mendapat permata hati seperti mereka Insya Allah. :)

Blogger Templates
April 28, 2010 No Comments

Hidup ini memang ada pasang surutnya.
Ada pasang. Naik. Up.
Ada surut. Turun. Down.

uʍop ǝpısdn...

Tika-tika fizikal menjadi letih.
Kala-kala qudrat menjadi lelah.
Kadang-kadang emosi menjadi nanar.
Ketika-ketika iman menjadi nipis. 
Saat-saat semangat melepas terbang....

Dengan sbuıןǝǝɟ-pןoʇun-xıɯ itu, sering ku teringat kata-kata Rasul mulia ini..
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:
”Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

Oh... Tuhan..!

Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.
(extract dari web JAKIM)

Namun ada yang menarik hati saya lagi :)
Apakah antum paham salah satu faidah hadits tersebut? Cobalah simak kisah salah seorang ulama salaf ahli hadits yang mulia, Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Atsqalani rahimahullah berikut (diceritakan ulang dengan kata-kata yang tidak persis sama).

Syaikh Ibnu Hajar memiliki sebuah kendaraan yang digunakannya untuk berangkat ke tempat kerjanya. Kendaraan itu adalah sebuah kereta kuda (semacam dokar), kendaraan yang terbilang mewah pada zaman itu.
Suatu hari beliau berangkat ke tempat kerjanya menggunakan kendaraannya itu. Lalu beliau bertemu dengan seorang Yahudi penjual minyak yang pekerjaannya berat, pakaiannya lusuh, dan terlihat begitu menderita. Dia berkata kepada Ibnu Hajar, ”Bukankah nabimu pernah bersabda, dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir. Lalu mengapa engkau memakai kendaraan yang mewah itu sedangkan aku (si Yahudi) mempunyai pekerjaan yang berat seperti ini?”
Lalu Al-Hafidz Ibnu Hajar menjawabnya dengan penjelasan,
“Ya, dunia adalah penjara bagi orang mukmin. Karena sesungguhnya kenikmatan dunia tidak ada apa-apanya bila dibandingkan dengan surga yang akan mereka peroleh. Nikmat kendaraanku ini bila dibandingkan dengan surga jika aku memasukinya nanti tidak ada apa-apanya. Maka kenikmatan dunia ini dibandingkan dengan surga adalah seperti penjara.
Sedangkan engkau (si Yahudi), maka penderitaanmu sekarang ini bila dibandingkan dengan sisa neraka nanti juga tidak ada apa-apanya. Maka penderitaanmu dunia ini dibandingkan dengan siksa neraka nanti adalah seperti surga bagimu.”
Setelah mendengar penjelasan tersebut, akhirnya si Yahudi penjual minyak tersebut mengucapkan kalimat syahadat dan masuk Islam…
Nah, begitulah salah satu faidah hadits rasulullahshalallahu’alaihiwasallam tersebut. Jadi bukan berarti kita harus bermiskin-miskin dan menderita seperti terpenjara agar kita menjadi seorang yang mukmin.
(extract dari blog Abrari) 

Kenapa saya menuliskan ini??
Kerana ramai sekali mengirim SMS padaku, nada-nada berunsur meminta pencerahan, console, nasihat dan sebagainya. Ada dik _ _ _, ada Ukhti _ _ _ _ _ _, dll.
Malah sahabat dekat ku juga ramai upside-down?
Apa kerna sekarang ini sesi submit paper projek, musim peperiksaan, pencarian identiti diri bagi pelajar tahun akhir, sesi memilih tajuk bagi student pasca siswazah, masalah hati?? dll??
(Ahhh sahabat, siapa diriku untuk memberi pencerahan pada kalian, ana pun sedang sbuıןǝǝɟ-pןoʇun-pǝxıɯ, uʍop-ǝpısdn) huhu~
Namun sahabat, kalau sekarang ini kita pening-lalat memikirkan, apa selepas ini akan tiada lagi hal seumpama ini. Tentulah akan tetap ADA.

Kerna masa hadapan adalah lebih mencabar jiwa dan nurani. Membuat keputusan serius untuk hidup. Mahu jadi apa? Mahu dengan siapa? Mahu mula di mana? Mahu sebagai apa? Mahu bagaimana?? Mahu akhir bagaimana? Apa? Siapa? Di mana? Bagaimana? Bila? 

Justeru, cepat-cepatlah kita mengemaskan perasaan sendiri, mengumpul semangat waja di dalam diri!

The Climb~ by Miley Cyrus

I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin, 
You'll never reach it.

Every step I'm taking, 
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle, 
Sometimes you going to have to lose, 
Ain't about how fast I get there, 
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing, 
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking
The pain I'm knowing
But these are the moments that
I'm going to remember most
yeah
Just got to keep going
And I, 
I got to be strong
Just keep pushing on, 


There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle, 
Sometimes you going to have to lose, 
Ain't about how fast I get there, 
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle, 
Sometimes you going to have to lose, 
Ain't about how fast I get there, 
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

"KEEP YOUR FAITH IN ALLAH"

"Apa yang paling kutakuti adalah hilangnya semangat juang dari dalam jiwa khususnya pemuda Islam"-Syahadah al~Hafeezah.
April 23, 2010 2 Comments














Andai bisa ku petik bintang kejora
Yang paling cemerlang
Buat menghiasi langit malam
Nan suram kelam

Andai bisa ku petik bintang kejora
Yang paling kemilau
Buat menyinari relung kehidupan
Yang berona warna

Andai bisa ku petik bintang kejora
Yang paling cerlang
Buat menunjuk jalan kehidupan
Menuju negeri Abadi

Andai bisa ku petik bintang kejora
Yang paling terang
Buat menemani lorong perjuangan
Menuju sisi Tuhan

Andai bisa ku petik bintang kejora
Yang paling gemilang
Buat menyatu ruang jiwa
Yang paling terdalam

Siapa dia bintang kejora?
Apa dia bintang kejora?
Di mana dia bintang kejora?
Bagaimana dia bintang kejora?

Andai bisa ku petik bintang kejora
Hadiah dari sisi Tuhan
Datang menyapa "Salam Sejahtera" 
Menebar ketenangan dan kebahagiaan



Blogger Templates
12/4/2010
Villa Mujahidah
April 12, 2010 No Comments
Memang adat biasa lelah itu hadir
Dalam kehidupan seorang insan
Kerna hidup ini ghalibnya begitu
Dicipta penuh perasaan

Untuk dirasa..dihayati..difahami..

Lalu di suatu hujung minggu ini..
Kami pun bertolak mengorak langkah
Menuju alam indah ciptaan Tuhan
Berjaulah buat mengganda hammaasah

KOLAM AIR PANAS SUNGAI LUI dan SUNGAI CONGKAK, HERE WE COMES!!


Hadirmu wahai teman
Memberi kekuatan
Dikala ku perlukan sokongan dan bantuan
Didalam kesulitan engkau tunjukkan jalan
Tiada kata untuk ku lafazkan

Kiranya ku aur engkau adalah tebing
Itulah hakikat kita saling perlukan
Inilah persahabatan anugerah Tuhan
Untuk hamba yang inginkan kebahagian

Hubungan terjalin dengan diri terpimpin
Persengketaan adalah dugaan
Dengan iman dihati amalan dibaiki
Terjalinlah satu ikatan murni

Anugerah (Inilah Persahabatan) by Durrani

--> DOWNLOAD

April 10, 2010 2 Comments
Salamullahi alaykum jamii’an.
Ah...sekejap saja, ana sudah ke ILIM, kemudian kembali ke Villa Mujahidah semula. Kemudian menjalani hari-hari perjuangan lagi.. Insya Allah.. Bagai sekelip mata sahaja. Sungguh-sungguhlah bahawa; tahun, bulan, hari, jam, minit dan saat; cepat sungguh berlalu! Subhaanallah~ Astaghfirullah. Nanti-nanti sekejap sahaja, sudah mengadap Allah. Itupun, kalau Dia sudi bertemu kita... Allahu Akbar..

Sahabat-sahabat ramai bertanya tentang Assessment di ILIM itu. Kerana ada yang gilirannya minggu ini. Ana pula hari itu, tidak bersedia langsung. Menanggapi apa adanya. Fikir-fikir kembali lucu juga. Di tengah malam suntuk sebelum bertolak pagi Sabtunya, barulah gagah-gagah mesej saudara Norazali. Kerana mendapat khabar, dia juga akan menjalani Assessement sekali. Alhamdulillah, dia banyak bercerita selok belok. Kerana katanya dia sudah bertanya pada Kak Khairul Izza. Namun, di tengah hari Sabtu, dia harus bergegas pulang dan menarik diri dari assessement itu. Kerana musibah yang tertimpakan keluarganya.. Allahu Akbar. Selalu saja nikmat dan cobaan datang silih berganti, buat memberi hikmah pada insani..

Justeru, ana kongsikan di sini. Moga ada manfaatnya Insya Allah.

Ana sampai dan mendaftar diri. Mendapat nombor yang sangat comel sekali. Semua orang mengujarkan padaku “Wahh..nombor bertuah..” The Lucky number, termasuklah Ustaz Iszam Padzil. Nomborku 123. Besarnya tag, peserta jadi cuak. Namun mereka berkata, “Semua orang pun pakai.. Janganlah malu..” huhu


 I got filmed??

Begini jadualnya:
HARI 1
8.30-10.00    : Pendaftaran
10.00-10.30  : Sarapan pagi
10.30-11.30  : Taklimat
11.30-12.30  : Ujian Psikometrik
(12.30)         : Mencabut tajuk Speech Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
12.30-2.00   : Lunch/Solat
2.00-2.50     : Aktiviti 1 (LDK-Ice Breaking, Aktiviti berkumpulan, Pembentangan)
3.00-4.00     : Aktiviti 2 (Wacana Ilmiah-Tajuk Kalimah Allah)
4.00-4.15     : Rehat, minum
4.15-6.15     : Aktiviti 3 (Speech Bahasa Melayu, dapat tajuk, bersedia 5 minit terus speech. Tajukku: Kepentingan Gerakerja Bersama dalam Organisasi)
6.15-8.30     : Solat, Dinner, Solat
8.30-10.30   : Ujian Qira’ah (Membaca al-Qur’an, soalan Tajwid)
HARI 2
6.00-7.30     : Solat Subuh, Breakfast
8.30-10.30   : Aktiviti 4 (Speech Bahasa Arab, 5 minit, Tajukku: Daur al-Mar’ah fi Binaa’ al-Usrah wa al-Mujtama’)
10.30-11.00  : Rehat, minum pagi
11.00-1.00   : Speech Bahasa Inggeris (5 minit, Tajukku: Gangsterisme in School)
1.00-2.00     : Lunch, Solat
2.00-3.00     : Aktiviti 6 (Simulasi Mesyuarat. Masing-masing mendapat kad nama. Pengerusi Majlis, Wakil MERCY, JAKIM, PUM (pun ada J), dll. Dan ana, Wakil ABIM! :P
3.10-4.40     : Aktiviti 7 (Debat Ala Parlimen. Ada barisan pembangkang dan kerajaan. Ana di pihak pembangkang. Dan telah memilih Parlimen Kota Raja. Buntu, tak tahu nak tulis apa. hehe)
5.00-6.00     : Ujian Penulisan (Terjemah BI-BM, BA-BM, BM-BI, BM-BA)
6.00-6.15     : Penutup
6.30             : Makan malam, bersurai)

Ya Allah, syukran bagiku pengalaman mahal ini. Serasa sungguh-sungguh energi dan daya fikir ku dikerah dan ditarah. Seolah-olah segala-gala yang kubelajar harus dikeluarkan ketika itu. Boleh dikatakan, secara kesimpulan, ini adalah seumpama tamrin + BTN. Ngeee~ Syukran juga pada ibu dan abahku yang menyarankan ana pergi. Juga pada beberapa individu yang kutanya pendapatnya. Syukran kalian.

Sepanjang melalui program penilaian ini, daya fikirku berpusing 24 jam. Macam-macam ku fikir. Walau ana menanggapi segala ujian yang mendatang dengan bersemangat dan mencuba buat sehabis baik (bak SMS pesan abahku saat ana menjejak sahaja kaki ke ILIM-“Buat sehabis baik, tunjukkan kebolehan dan kelebihan diri. Waktu sekarang ini, agak susah kalau mahu memilih kerja”) namun, ana menyerahkan segalanya pada Allah. Total. Insya Allah. Titik.


Ada beberapa perkara membuatku terkesan
1)Ada calon yang tidak membawa pen dan kertas, seolah-olah tidak bersedia ke program
2)Ada calon yang lambat-lambat
3) Dari 7000 orang yang menduduki ujian pada pertama kali dulu, 861 orang terpilih untuk ke assesment ini. Alhamdulillah...
4) Perlu lebih banyak belajar, baca dan hadam isu-isu semasa khususnya berkaitan umat Islam dan agama Islam.
5) Kuatnya semangat ibu-ibu mengandung. Antaranya Ukhti Rabihah sahabatku..
6)Sebolehnya menjaga akhlak, adab dan tingkah laku, padahal tidak diperhatikan atau di evaluate 24 jam pun. Apa taranya dengan pengawasan Allah pada kita, sungguh-sungguh 24 jam itu maha benar. Lalu, mengapa masih sanggup berbuat durjana! Analoginya, mereka yang berjaya dalam assessment ini, seolah-olah kalau dikaitkan dengan suasana akhirat, mereka adalah yang berjaya ke syurga. Keluarlah senarai nama mereka yang berjaya dan tidak. Kerna sungguh-sungguhlah bahawa dunia ini adalah ladang tempat bercucuk tanam, dan di akhirat nanti hasilnya dituai. Sungguh-sungguhlah juga, bahawa nanti sudah di sana, kita tidak mampu kembali lagi ke dunia!! Nastaghfirullahal Aziim.. (menanggapi pesan-pesanan dalam KCB1, oleh ayah Anna Althafunnisa’: “Bahawa biar segala yang berlaku di dunia ini dikaitkan dengan akhirat”)
7) Bertemu ustaz-ustazah JAKIM yang banyak kulihat di TV. Menyaksikan kesungguhan mereka. Menjadi sangat tertarik hati dengan bidang/lapangan perkhidmatan Hal Ehwal Islam, turun ke medan ke tengah masyarakat..
8) Dan banyak-banyak lagi hikmah. Allahu Akbar~

Syukran pada yang sudi mendoakan. Sarang Haeyo Fillah Insya Allah.

- Malam ini, jemput ke DKU APIUM!

Blogger Templates

Blogger Templates
April 08, 2010 2 Comments



Walau dari mana pun ada!
Walau agama apa pun anda!
Walau siapa pun anda!
Dijemput hadir beramai-ramai
Dan minta disebarkan untuk manfaat semua.
Syukran.
April 05, 2010 No Comments
Assalamualaikum.
Post kali ini simple. Hanya ingin menukilkan beberapa perkara.

Pertama, ana sudah tamat RA di hujung bulan yang lepas. Sangat berterima kasih kepada Murabbiku, Prof Zul. Banyak mengenalkanku pada kehidupan dan galur dunia ilmu dan akademik. Ana tidak bermaksud untuk bekerja secara penuh lagi. Kerna ingin bersedia untuk Master. Insya Allah, sekarang sudah di peringkat JKA dan selepas ini akan di senat dsb. Ada juga tawaran sebagai part time RA dsb, Insya Allah akan difikirkan lagi. Persediaan untuk Master juga perlu, kerana ana berhasrat untuk bergraduasi pada tahun depan, Ogos 2011 Insya Allah. Sebelum menyambung lagi ke Doktorat Insya Allah. Tajuk Master ku juga, ada slight/minor problem. Ana pun tidak tahu untuk klasifikasikannya sebagai apa. Mungkin sedikit overlap. Ana ingin mengambil Preventive Step. Bukankah mencegah itu selalunya lebih baik dari mengubat??

Kedua, Insya Allah, ana akan berkursus selama 2 hari mulai pagi esok (Sabtu) di ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia) Bangi. Kursus (Tahap Kedua) setelah Alhamdulillah, lulus pada ujian di kali pertama yang lepas. Dan jika lulus, barulah ke tahap ketiga iaitu interview. Untuk Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam (apa layakkah??). Ana hanya menanggapi apa adanya, kerana jiwa untuk belajar, mengkaji dan menulis buku masih menebal. Apapun, ana hanya menyerahkan nasib pada Allah. Kerana Dialah sebaik-baik perancang. Dengan caraNya yang halus dan berseni serta penuh hikmah itu, apa taranya dengan perancangan kita yang penuh lemah, berlubang dan compang-camping itu??

Ketiga, tentang cinta manusiawi, sungguh ana ingin tawakkuf seketika. Habislah kalau Mak Abah tahu. Kerna sekali lagi, (seperti di atas), ana ingin sekali menyerahkan nasib pada Allah. Kerana Dialah sebaik-baik perancang. Dengan caraNya yang halus dan berseni serta penuh hikmah itu, apa taranya dengan perancangan kita yang penuh lemah, berlubang dan compang-camping itu? Apapun bak pesan Kak Dayah (kini sudah mengandung hampir dua bulan Alhamdulillah), Zaujah pada Ustaz Yusri Hafiz, haruslah SABAR+USAHA+DOA+TAWAKKAL BULAT.
Jadi teringat pada ujaran sahabat seperjuanganku sejak dari sekolah menengah hingga kini, Ukhti Hazirah yang dicintai kerana Allah, begini komentarnya:
"Rasanya harus seimbang, mesti yang boleh completekan enti. Contoh, enti agak outspoken, dia mesti yang tak banyak cakap sangat tapi diam berilmu, tegas. Anak sulung pun boleh tapi bukan anak bongsu kot. Protaz  lebih sesuai rasanya. Bagus untuk kembangkan potensi enti.."
Syukran sahabatku, memang seperti apa yang hatiku mahu. Sungguh-sungguh Cik Hazirah memahami hatiku. Walau kita dipisahkan oleh jarak dan waktu, namun dengan 'sesuatu' itu, kita dipertemukan kembali oleh Allah, malah lebih hampir, makin dekat berbanding dahulu.. Rabitah kita [semoga] bersulamkan Ukhuwwah Islamiyyah dan Jihad Fisabiilillah.. Itulah, apapun manusia boleh merancang dan mengajukan proposal Insaniyyah di hadapan meja pengadilan Allah, tapi Allah lah yang Maha Mengadili. Insya Allah.. Yang disayang Tuhan tentulah yang Redha padaNya, dan Dia juga pasti akan redha pada kita.. Insya Allah..
"Tuhanku Ya Allah…jangan sampai aku mendapatkan cinta ‘dia’ sebelum aku mendapatkan cintaMU Tuhanku, dan cinta Nabiku, cinta keluargaku, mualim mualimahku, sahabat sahabiahku, dan cinta pada ilmu dan perjuangan Islam. Ya ALLAH, kerana aku takut, aku takut tidak kuat dalam mencintainya”~ begitu beberapa hari lepas ana menyampaikan bicara ini pada beberapa sahabiah kesayanganku... 

Keempat, ana ingin menulis buku. Tapi pesan Pak Sasterawan Negara saat diajukan persoalan oleh Akhi Faisal Tehrani (bakal Sasterawan Negara Insya Allah) :) tentang apa tipsnya untuk menulis dengan baik? Jawabnya "Membaca, membaca, membaca barulah menulis!" Jadi Syahadah, teruskan membaca lagi ya...! Semestinya genre pilihanku nanti adalah Karya Kreatif lmiah (Kang Abik, Fatimah Syarha) dan Tazkirah Santai Menyentuh Jiwa (Kang Salim A. Fillah). Semoga Ya Allah.. Aamiin.. Sementelah abahku yang berkali-kali mengingatkan dan bertanya, "Bila mahu mula menulis serius?" Sementelah lagi beliau seorang guru sastera, juga seorang penulis. Sungguh ana bagai nasi yang telah tumpah kuah ke atas ku :)

Kelima, ingin mula berbisnes dari muda juga. Semestinya produk baik dan syar'ie serta bermanfaat buat ummah. HPA, MLM Syariah pertama di Malaysia sudah ku daftar sejak dahulu. Cuma, baru mula untuk aktif kembali. Kedua, MLM Syariah kedua di Malaysia, Stormreaders.net, (tolong promote e-store adik kesayangan..hehe), gedung perniagaan buku-buku ilmiah! Juga bakal kusertai. Semoga bermanfaat untuk ummah. Menebar budaya Iqra' di kalangan warga. Ana sejujurnya sejak dari kecil ingin mempunyai syarikat penerbitan sendiri kerana buku dan penulisan adalah passionku! Sangat teruja untuk memiliki perniagaan sendiri, yang menjadi perniagaan keluarga dan diwariskan ke generasi. Semoga menjadi kenyataan nanti! Insya' Allahu Rabbi..

Keenam, ingin serius dan istiqomah dalam Pemuda Persatuan Ulama' Malaysia. Syu'bah Syubban ini baru sahaja dilakukan rebranding dan transformasi. Syukran pada Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor, selaku Ketua Pemuda yang memberi peluang kepadaku untuk turut serta. Menanggapi tugas setiausaha, semoga Allah melorongkan jalan dan memberi kekuatan..!

Ketujuh, Rindu Teratak Ilham di Taman Ilmu! Nun di Timur Bilaadi. Pada seorang peribadi yang telah 10 bulan aku dalam rahimnya yang mulia; mengenalkanku pada dunia; tempat menanam usaha dan perjuangan agar di akhirat dapat dituai hasilnya. Dan pada sosok yang telah memberi mesej padaku beberapa hari lepas "Salam. Abah harap anak-anak semua bahagia walaupun tinggal berjauhan." Beliau suka melakukan itu, lantas menghantar pada semua anaknya yang keenam-enam telah mempunyai handset. Kadang-kadang hanya segaris ayat buat inzar dan tazkirah. Abah I got terjemahan Sahih Bukhari for you! I grab it at Pesta Buku KL. Dan ana kangan bangat sama seluruh isi rumah....! Juga ikan-ikan tilapia di kolam kecil, tepi Ghurfah Syahadah. Dan juga harus sebelum itu, abang long ku Muhammad Hafiz@Abg Fiz yang kelakar sempoi nun di KUSZA, adik-adik ku yang sudah makin menginjak dewasa; Abdul Hakim Fikri@Dik Yee yang sering saling meluah berkongsi perasaan denganku memahami hatiku; nun di UMS Labuan Sabah, Ahmad Akmal@Dik Maa yang sering berbincang tentang buku kitab, soal agama, ilmu dan kesufian denganku; nun di Sekolah Menengah ku dahulu SMKA Nurul Ittifaq, Muhammad Arif@Dik Reef yang rajin, yang sering membantu keluarga dan aku; nun di SMKA Wataniah dan Nur Adam Azami@Dik Ami, yang bongsu sekali, manja mudah menitiskan air mata saat aku mengusiknya, tapi kini sudah makin matang dan besar (paling tinggi di kalangan keluarga padahal paling bongsu) nun di SMA Ittifakiah sekolah emakku dan abang longku dahulu.... :'( Segeralah hadir cuti semester IPT dan cuti persekolahan bersama-sama, agar ana mampu pulang seketika menatap mata kalian yang kurindui saban hari.

Baarokallahu Fiik...

Blogger Templates

"Makin dewasa; makin pekat bejat cabarannya. Harga kematangan amat besar tukarannya, namun sangat mahal nilaiannya. Bertuahlah barangsiapa yang memilikinya.."-Syahadah al~Hafeezah
April 02, 2010 No Comments


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...Allah izinkan ana menulis lagi. Kerna ternyata, tanpa nikmat kesihatan, pemikiran, dan pelbagai nikmat lain lagi, umpamanya tangan untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci, mata untuk meneliti baris demi baris; apa kita mampu terus bernafas, menulis, mencoret hingga ke detik ini??

Sejujurnya, di kali ini ana khusus ingin menukilkan tentang ini. Tentang "Beautiful Blogger Award"?? :)
Ada seorang ukhti yang baik dan ikhlas, telah menghadiahkan ana hadiah ini. Nama penanya Mawar Larangan. Persis ana sahaja, Mawar_Mujaheedah. Beliau, yang amat baik dan dekat di hati ini, walau tak pernah bersua sekali pun. Ahh..inilah bahana Ukhuwwah Fillah. Asasnya Syahadat Cinta kita yang satu. Wasilahnya adalah blog, jaringan maya ini. Subhaanallah.. Syukran dik Rin (^_^)

Ini senarai pemenangnya:

1) ukhti syahadahtul hafizah (Syahadatul dik. hehe :)


Di nombor satu?? Aduyai...


Ana ingin berkomentar sedikit. Sekarang ini ana melihat award award ini berlegar-legar di alam maya. Khususnya di jaringan bloggers akhawat. (Muslimat la yang suka bab-bab ni ya... :P)
Bagi ana tidak mengapa, kerna ia anugerah ikhlas (Semoga). Tapi semogalah dengan award-award seumpama ini, tidak mengusik hati kita untuk menjadi tidak ikhlas. Aduh, bimbang benar andai terselit virus itu, apatah lagi virus riya', ujub' dan sum'ah dan pelbagai lagi yang sungguh-sungguh bisa merusakkan amal! Dan suatu saat yang pasti nanti, ia bakal lebur.... hancur...menjadi debu dan puing-puing kosong nyali tak bererti di hadapan Allah... Astaghfirullah.... Dan juga, semogalah dengan anugerah seumpama ini, menjadi suntikan semangat yang bertambah-tambah padu dan bererti buat kita meningkatkan lagi amalan-amalan kita antaranya berupa perjuangan, dan ibadah melalui penulisan ini. Insya' Allahu Akbar..


Tapi, ada task untuk award ini. Hiiiii... Tu yang lemah tu. Ngeee~
Tasknya, jeng jeng jeng....
1) Thank and link the person who gave you the award.
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4) State 7 things about yourself. 


1)  Sudah mbak.. :)
2) 15, Ramainya.. erk.. kerna sejujurnya ana amatlah kurang blogwalking..kerna keterbatasan masa.huhu
Tapi ana state beberapa sahaja. Setakat mampu. Oh Tuhan... I dunno.. chommal. Menerima tapi tidak memberi?? erkk. Plus I'm quite high-taste?? huu
                              
1) Dik Aye- http://qudwahhumaira.blogspot.com/ (because it's pink and full of flower) i loike
2) Nis-http://niesnoraliena.blogspot.com/ (because it's unique)   
3) Puan Shu-http://shuhadajaafar.blogspot.com/ (merah membara semangat waja..)
4) Pastu tak tahu dah...
                    
3) Insya Allah
4) Alamak.... hmm... sikit-sikit je la ye
1) Full name is Syahadatul Hafizah binti Abdullah
2) Dah grad, now on da way sambung MA
3) Minat Sains + Agama sangat sangat sangat
4) Suka sangat Yogurt Strawberry dan Sup Cendawan
 5) Aduh banyaknye...  Suka Nasyeed Indonesia
 6) Lahir 30/12/1986
 7) Status Single.. (+_+) Ngeee~
  
Ok I've done. Dan satu lagi for                     


Syarat& terma award: (Tq dik, for second place) :) I like dis one.

1) Sila link-kan pemberi award ini &pendapat kamu tentang cadangan pembaikan blog beliau.
2) Sila beri award ini kepada 12 bloggers yang memberi inspirasi kepada anda.
3) Antara Fiqah, Aqidah, Sirah Nabawiyah, Akhlak, & kajian Quran (tilawah) & Hadis [sekadar menyebutkan beberapa], bahagian ilmu manakah yang paling anda sukai?
4) Senaraikan 10 buah buku ilmiah [sertakan nama penulis] yang telah anda baca & memberikan inspirasi kepada anda.
5) Senaraikan 5 Surah di dalam Al-Quran yang paling menjadi kegemaran anda & nyatakan sebab



I'll get ya next time.. Aasifah Jiddan...
-SyahadahAbdullah-
April 01, 2010 3 Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



A simple me, Syahadah Hafeezah.
Co-Founder at
MYHEAVEN GROUP SDN. BHD.
Printing | Boutique

Follow Us

Labels

Arkib Syahadah bayi berbuka berpuasa Bingkisan_Mujahidah breastfeeding Buatmu Akhawat Fillah cinta cirit-birit DIARI HIDUP fidyah Free Wallpaper Gerbang Pendidikan Hadith Habibi hari lahir Hari-hari adalah Perjuangan Hari-Hari adalah Perjuangan.. Hebahan ibu Info Inspirational Motivational jannah Jurnal Kesyukuran Lagu Ini Me Myself and I MOTIVATION Muhasabah Cinta muslimah Nasihat Buat Puteri Nasyeed Parenting penyusuan perkahwinan perubatan qadha puasa Ramadhan sabar sakit perut Sembang Buku Sembang_Buku Sembang_Isu Seputar Kemahasiswaan suami Tafsir Hati Tasyji' tazkeerah.net Tazkirah tinta_kejora TIPS uzur Wacana_Fikrah walimah WALIMAH CINTA Walimah Sakinah WOMENS HEALTH

recent posts

Blog Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2016 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (3)
  • ►  2013 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  July (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (11)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (19)
  • ▼  2010 (91)
    • ►  December (7)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ▼  April (8)
      • Ihtifal Adik-Adik yang Soleh Solehah dan Comel Sek...
      • UPSIDE-uʍop-OF-ǝɟıן
      • ANDAI BISA KU PETIK BINTANG KEJORA...
      • JAULAH BUAT MENGGANDA HAMMAASAH
      • SANA SITU SINI ~ MOGA ALLAH DI HATI INI
      • DIALOG ANTARA AGAMA: KESELAMATAN KANAK-KANAK, WANI...
      • AL-AYYAAM FI HAYAATI...
      • AWARD DI SANA SINI :)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (14)
  • ►  2009 (46)
    • ►  December (15)
    • ►  November (7)
    • ►  October (8)
    • ►  September (8)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (19)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose